MENTHOLATUM 50 MEGUMI ANTI HAIR LOSS Mampu Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Garis rambut yang semakin menyusut, rambut semakin nipis dan masalah keguguran rambut sering menjadi isu yang dikaitkan dengan proses penuaan dan lebih biasa dialami oleh golongan lelaki. Namun, di zaman ini, semakin ramai wanita muda di penghujung usia 20-an dan 30-an mengalami masalah keguguran rambut lebih cepat daripada yang dijangkakan. Dianggarkan jumlah wanita yang mempunyai lambut yang lebat di sepanjang hayat mereka adalah kurang daripada 45 peratus. Kajian telah menunjukkan bahawa masalah keguguran rambut boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuklah diet yang tidak seimbang, perubahan hormon, kesan sampingan ubat, rawatan rambut dan lain-lain.

Wanita yang mengalami masalah keguguran rambut sering mengalami gangguan dari segi psikologi serta tidak berupaya untuk berfungsi dari segi sosial akibat daripada itu. Masalah keguguran rambut boleh berlaku apabila bilangan folikel rambut yang terlampau banyak dari     yang normal beralih dari fasa Anagen (fasa tumbuh) ke fasa Catagen (fasa peralihan) dan apabila rambut mencapai fasa Exogen (fasa pengguguran), rambut akan kelihatan lebih nipis. Fasa Telogen (fasa rehat) berlaku selepas fasa Catagen dan pada fasa ini rambut yang baru akan tumbuh di bawah rambut yang sedia ada sebelum ia gugur. Jangka hayat fasa Telogen adalah antara tiga hingga empat bulan. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan nutrisi yang betul diberikan kepada kulit kepala di fasa Anagen untuk menggalakkan penumbuhan rambut yang lebat dan kuat.


Dalam menangani masalah rambut ini, Rohto Pharmaceutical di Jepun telah menemui formula terkini yang boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut serta mengembalikan kelebatan rambut dengan bantuan daripada 50 bahan herba semula jadi yang berharga, yang juga di mana produk itu berasaskan namanya iaitu – 50 Megumi Anti Hair Loss Series. 


Sebahagian daripada ramuan herba bernutrien yang terdiri daripada 50 bahan herba yang boleh didapati di dalam 50 produk Megumi termasuklah:

  • Ekstrak Panax Ginseng dan Halia untuk menguatkan akar rambut
  • Ekstrak Swertia Japonica untuk melindungi daripada keguguran rambut
  • Hydrolised Collagen untuk memanjangkan jangka hayat rambut
  • Ekstrak semula jadi limau dan lemon untuk meningkatkan proses penyerapan ke dalam kulit kepala
Bahan-bahan lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah Shea Butter, Minyak Biji Macadamia, Minyak Zaitun, Ekstrak Cone Pine, Ekstrak Lidah Buaya, Minyak Benih Bunga Matahari, Ekstrak Rumpai Laut, Kafein, Ekstrak Akar Pueraria, Ekstrak Rosemary dan Minyak Jojoba – di mana kesemuanya membantu mengelakkan masalah keguguran rambut serta membantu meningkatkan kelebatan rambut.


Produk 50 Megumi Anti Hair Loss termasuklah 50 Megumi Anti Hair Loss Treatment Essence serta dua varian syampu dan conditioner iaitu Moist dan Fresh.




50 Megumi Anti Hair Loss Treatment Essence, 160ml (RM150.00) adalah produk utama dalam siri Anti Hair Loss ini. Kegunaan Treatment Essence adalah langkah penjagaan rambut yang penting dalam menangani masalah keguguran rambut. Sama seperti Essence yang diterapkan pada wajah anda, konsistensi Hair Treatment Essence yang tipis ini membolehkan ianya menyerap langsung ke kulit kepala dan rambut untuk menyebarkan semua khasiat dan nutrien yang diperlukan.



50 Megumi Hair Treatment Essence tidak perlu dibilas selepas diaplikasikan malah ia juga membantu menguatkan akar rambut, meningkatkan kelebatan rambut serta mengurangkan keguguran rambut. Aplikasikan pada rambut selepas mencucinya dengan syampu dan conditioner. Urutkan sedikit pada kulit kepala serta rambut dan biar kering. Teksturnya yang ringan, cair dan tidak melekit amatlah baik malah rambut akan terasa ringan selepas aplikasi. Lebih-Lebih lagi, aroma daripada sitrus limau dan lemon membuatkan rambut berbau segar! Untuk membuah hasil, gunakan Hair Treatment Essence ini sekurang- kurangnya dua kali sehari selama 4 bulan pada rambut yang kering atau basah sebelum style rambut. Untuk mencapai hasil yang optimum, Hair Treatment Essence ini paling baik digandingkan pengunaannya dengan syampu dan conditioner 50 Megumi .



Syampu dan Conditioner 50 Megumi Anti Loss berfungsi dengan berkesan untuk merangsangkan kulit kepala, menguatkan akar rambut, melembapkan kulit kepala, mengurangkan keguguran rambut, melindungi warna rambut dan membuatkan rambut kelihatan lebih lebat. Diperkayakan dengan 5 minyak botani semula jadi, syampu 50 Megumi membantu mengekalkan kelembapan yang lebih lama serta mendalam untuk menguatkan akar rambut serta menjadikan rambut kelihatan lebat. Vitamin E dan bahan-bahan bernutriesn yang lain juga terdapat di dalam formula syampu untuk memperbaiki rambut dan kulit kepala manakala formulanya juga membantu mengekalkan warna rambut berwarna agar kelihatan segar. Conditioner 50 Megumi juga berfungsi sama seperti syampu
tetapi mengandungi 8 jenis asid amino yang bertujuan membantu menyuburkan dan melembapkan kulit kepala sambil menguatkan akar rambut untuk rambut yang licin, lebat dan lebih sihat.

50 Megumi Anti Hair Loss Shampoo - Moist, 250ml (RM50.00) dan 50 Megumi Anti Hair Loss Conditioner – Moist, 250ml (RM50.00) sesuai untuk rambut yang kering dan rosak manakala 50 Megumi Anti Hair Loss Shampoo - Fresh, 250ml (RM50.00) dan 50 Megumi Anti Hair Loss Conditioner – Fresh, 250ml (RM50.00) adalah untuk jenis rambut yang normal dan berminyak.
Produk 50 Megumi Hair Anti Hair Loss boleh didapati di mana-mana kedai farmasi Guardian dan Caring di seluruh negara bermula pada Ogos 2019.
MENTHOLATUM 50 MEGUMI ANTI HAIR LOSS Mampu Mengatasi Masalah Keguguran Rambut Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 13, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.