Sedapnya POKE BOWL Dari Fitlicious

Fitlicious - Gabungan antara perkataan"FIT" dan "DELICIOUS". Bagi mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan yang berkhasiat haruslah mencuba POKE BOWL daripada Fitlicious. 

Dan sejujurnya ini pertama kali saya mencuba POKE BOWL. Jika sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar POKE BOWL hasil perkongsian dari rakan-rakan sahaja dan kini saya dapat merasainya sendiri. Memang teruja giler! Hehehehe.

Untuk pengetahuan semua POKE ini cara penyebutannya ialah “poh-kay” berasal dari Hawaii. Untuk satu hidangan POKE biasanya akan ada satu hidangan karbo (pilihan seperti nasi, ubi kentang dan sebagainya), 1 protein (ikan, ayam dan sebagainya) dan 4 jenis gabungan sayuran dan buahan.


Dan kebiasaannya untuk menarikkan lagi persembahan satu hidangan POKE BOWL, kita akan pilih hidangan yang berwarna-warni. Contoh sayuran berwarna hijau  dan oren serta pelbagai lagi. Cara masakan ramuan POKE BOWL juga menggunakan kaedah yang sihat. 

Sayuran kebanyakan adalah dimasak secara stim, begitu juga dengan ikan yang hanya mentah seperti ikan salmon yang kaya dengan zat Omega-3 dan ikan dory. Ayam juga saya perhatikan dimasak ala-ala dikukus. Ini bagi memastikan hidangan yang dihasilkan tidak hilang khasiat semulajadinya terutama daripada sumber sayuran.


Selain itu menambahkan topping pada hidangan POKE BOWL sangat penting juga. Ini memberi lebih rasa kepada hidangan didalam POKE BOWL.

 Terdapat juga pilihan untuk kita membuat pnambahan kekacang didalam POKE BOWL.. Untuk lebih khasiat zat besi :-)

 Sesi demonstrasi oleh Azukii Beans Azukii cara menyediakan POKE BOWL. Sangat mudah dan nampak sedap giler, hehehe.


TADAAAA!! Hasil POKE  BOWL dari Azukii Beans Azukii , satu menu hidangan yang sangat berkhasiat

Dan nak tengok hasil POKE BOWL saya... HAhahaha...Ok tak... semua ini memang pilihan makanan kegemaran saya tau :p



Nampak sedap tak POKE BOWL yang disediakan oleh saya, ngeh ngeh...

Saya juga dapat mengenali beberapa lagi produk organik dan baik untuk kesihatan seperti kudapan dari Black & White Easy dan air gabungan buahan yang sangat sedap.





Kalau tidak berkesempatan datang ke sini, koranh boleh membuat pesanan dari FoodPanda dari 2 lokasi samada di Fitlicious SS15 ataupun  Fitlicious Damansara. Bagi pesanan dari luar kawasan FoodPanda, sebagai alternatifnya boleh juga membuat pesanan dari laman web :-

Jangan lupa untuk follow social media Fitlicious untuk sebaran informasi terkini yerpp..

Ada berita baik yang hendak saya kongsikan buat semua pembava blog Ayuarjuna. POKE BOWL kini telah megadakan promosi BELI 1 PERCUMA 1 untuk setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Oktober di cawangan Fitlicious Uptown Damansara. 

Dan saya juga mempunyai 5 voucher untuk diberikan kepada 5 pemenang bertuah :-) . Ianya I1 POKE BOWL ayam yang bernilai RM15.80 setiap satu. Dan voucher ini boleh ditebus sehinga akhir Oktober 2019. Rujuk pada posting di IG @ayurafikah yerp!!

Acara yang banyak mengajar tentang pengambilan dan penyediaan makanan yang sihat iaitu POKE BOWL. Sememangnya agak unik, praktikal, sihat dan paling sedap untuk dinikmati pada bila-bila masa dan dimana jua.

Terima kasih Fitlicious, Bang Bang Miko, The Entertainer, Hungry, Lavigato, Sulusso & 8LabsStudio atas  tajaan pelbagai goodies yang ohsem.

Sedapnya POKE BOWL Dari Fitlicious Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 30, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. Good healthy eats is the way to living healthy & fit. Eating healthy need not be boring & FitLicious just nailed it with the wide selection of fresh ingredients!

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya Rawlins kena beajar gak resipi poke bowl. Boleh la bawa bekal ke pejabat kelak kan. Boleh saving duit dan juga menjaga kesihatan diri ye tak.

    ReplyDelete
  3. Nisa ada kawan yang memang kaki gym and jaga pemakanan, so memang dia suka makan pokebowl ni. Nisa pernah ikut dia makan pokebowl.. mula-mula takut tak ngam dengan tekak. tapi eh not bad juga yaaa.

    ReplyDelete
  4. Makanan berkhasiat ya? Lepas ini boleh Naim mencuba nya di rumah. Terima kasih share

    ReplyDelete
  5. Unik nama tu dan mudah difahami makan sedap tapi berkhasiat. Tak pernah makan poke bowl. Suka jugak 1 portion tu colorful. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi makan poke bowl tapi tengok cerianya warna dalam 1 mangkuk tu kan. Dah la ceria, sihat pulak tu. Adakah Nur perlu ubah gaya makan macam ni?

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap je poke bowl tu. Menarik color dia. Bagus amalkan pemakanan macam ni kan

    ReplyDelete
  8. Teringin nak cuba Poke Bowl, tengok rakan-rakan blogger semua pakat share pasal Poke Bowl ni. Nampak menarik di mata bila lihat warna warni makanan ni. Nak cubalah nnti. terima kasih share ya

    ReplyDelete
  9. Wow!!! Eat clean gitu... tengok warna-warna yang menarik tu, rasa ceria je... cara pemakanan yang bagus untuk membentuk masyarakat yan gsihat ni... jom mulakan dengan diri kita... okay, balik nanti boleh singgah... hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Time2 berdiet ni sesuai le makan makanan macam ni. Nampak colorfull dn menyeerakan. Tapi boleh ke sis makan ni je..huhuhu, sesekali boleh le kot

    ReplyDelete
  11. I've read a few blogs about Poke Ball!
    My Goodness! Time to try them out!

    ReplyDelete
  12. Sekarang dah menjadi trend makanan sihat macam ni kerana orang mula sedar nak cari yang baik untuk diri kita pernah cuba memang sangat bagus dan banyak pilihan sapa kata makanan sihat tidak sedap dan kurang menarik...

    ReplyDelete
  13. Nampak colourful la hidangan die..sesuai sangat untuk mereka yg nak diet...maknan yang berkhasiat dan seimbang..nnt nad nak try juga la

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.