Senang dan Praktikal Untuk Servis dan Pemeriksaan Kereta Menggunakan Aplikasi SERV

Tidak dinafikan kekangan masa menjadi punca untuk kita lupa menghantar kereta untuk di servis, apatah lagi saya memang seorang wanita yang agak kurang mengambil berat tentang penjagaan kereta. Tetapi baru-baru ini saya telah diperkenalkan satu aplikasi yang sangat membantu memudahkan dalam membuat penyelenggaran kereta (servis).

Saya hanya muat turun aplikasi 'SERV' ke dalam telefon pintar dan seterusnya membuat tempahan (booking) servis yang dikehendaki dari situ. Memang sangat mudah dan praktikal. Apatah lagi melihat kepada paparan menu memang mesra pengguna dan mudah difahami oleh orang seperti saya yang agak kurang arif tentang kereta.


Aplikasinya sangat mudah! Hanya masukkan maklumat kereta terutama tahun bila dikeluarkan, jenis dan sebagainya. Didalam applikasi ini memang kita boleh membuat pemilihan jenis servis apa yang kita inginkan. Semudah ABC korang! Tak perlu pening kepala tenatng bajet semuanya ada tertera harga yang dikenakan. Jadi kita boleh rancang perbelanjaan bulanan yang mana perlu masukkan servis kereta.


Pemilihan servis samada nasic, premium dan juga 'health check'. Memandangkan saya sudah lama tidak menghantar kereta Hyundai ke pusat servis jadi saya memilih 'health check' untuk melihat jenis kerosakan atau apa sahaja yang diperlukan oleh kereta Hyundai saya. Dan pengguna juga boleh memilih tambahan servis yang diinginkan seperti tukar wiper, minyak enjin, spark plug dan sebagainya. Apa yang menarik caj semua dinyatakan di sana jadi memudahkan pelanggan membuat perkiraan mengikut bajet yang mereka tetapkan. Dan ini bagi saya sangat 'transparent', pelanggan perlu tahu apa yang perlu mereka bayar.

Selain itu kita boleh memilih untuk servis kereta di mana. Apa yang best tentang SERV ini ialah kita boleh memilih servis kereta di rumah. Di mana mekanik akan datang ke rumah mengikut waktu dan tarikh temujanji seterusnya akan servis kereta kita. Jadi di sini memang sangat menjimatkan masa kita tanpa perlu ke bengkel kereta.

Bila kita dah bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Boleh tekan pada butang 'proceed' dan seterusnya membuat pembayaran sepertimana yang dipersetujui.

Saya memilih secara 'online banking' kerana ianya lebih mudah dan saya cukup selesa menggunakan cara pembayaran ini.

Saya memilih servis 'health check', jadi ada 23 poin pemeriksaan akan dilakukan oleh 2 mekanik dari SERV.

LUBRICANT CHECK
🗹Engin oil
🗹ATF Oil/Manual
🗹Brake Fluid
🗹Power Steering Fluid
🗹Coolant
🗹Coolant spare tank
🗹Washer tank

COMPONENT CHECK
🗹 Radiator Cap
🗹Radiator Hose
🗹Air Filter
🗹Spark Plug
🗹Fuel Filter
🗹Vacuum Hose
🗹Belting
🗹Battery


BRAKE SYSTEM CHECK
🗹Front Brake Pad
🗹Rear Brake Pad/shoe
🗹Brake Line
🗹Brake Pump


SUSPENSION SYSTEM

🗹Front Absorber
🗹Rear Absorber
🗹Lower Arm
🗹Drive Shaft
🗹Steering Arm
🗹Axle/4x4 Transmission Oil


INTERIOR

🗹A/C Filter
🗹Front Headlamp
🗹Rear Lamp
🗹Signal LHS
🗹Signal RHS
🗹Reverse
🗹Hazard Lamp
🗹3rd Brake Light
🗹Washer Pump
🗹Wiper Front/Rear
🗹Room Lamp
🗹Aircond
Yang bestnya, lepas selesai pemeriksaan ke semuanya mekanik akan berikan laporan tentang kereta. Sangat terperinci hokeh! Dan dari sini saya banyak belajar banyak perkara tentang kereta saya. Selama ini saya hanya tahu memandu sahaja, hahaha. Terima kasih SERV :-)

Lega bila semua dah diperiksa. Jadi kita tahu apa masalah kereta yang menjadi pengangkutan utama membawa anak-anak ke sekolah. Lepas ini boleh rancang untuk servis penukaran komponen-komponen yang perlu diganti.

Pastinya saya akan membuat tempahan dengan aplikasi SERV. Mudah dan praktikal.

Untuk keterangan lanjut korang boleh layari:-
https://www.serv.my

Atau hubungi di talian 018-2108110

Senang dan Praktikal Untuk Servis dan Pemeriksaan Kereta Menggunakan Aplikasi SERV Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 09, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Serve eh? It doesn't look so difficult to use. Thank you for sharing this information. Take care and have a good day dear.

    ReplyDelete
  2. Ehh senang nya kalau macam ni. Kadang-kadang kalau perempuan pergi bengkel sendiri senang orang nak tipu. bertuah lah siapa yang ada knowledge pasal kereta ni kan. Dekat apps ni kita boleh tengok sendiri harga semua. haaa takdelah kena tipu.

    ReplyDelete
  3. I can't express how grateful I am for all these on call services. It makes life so much easier. The app looks user friendly. I'm gonna save this just in case there's an emergency. Thank you so much for sharing!

    ReplyDelete
  4. baru ku tahu..nampak memudahkan lagi2 orang perempuan..next time boleh cuba apps.ni

    ReplyDelete
  5. Mudahnya sekarang.. Nak servis kereta boleh guna apps je kalau nak booked ya..
    Bagus macam ni kan.. Lagi lagi kalau suami ke yang bz tak sempat nak hantar kereta, boleh la isteri gunakan apps ni je kan..

    ReplyDelete
  6. Part keta ni Sal dah mula amik tahu sebab takut jugak incase husband kena gi outstation ke..jenuh jugak tapi kalau dah ada service macam ni kita call je la kan..bagus gak atleast membantu .. hehehe

    ReplyDelete
  7. KITA BARU TAHU ADA SERVICE DALAM MOBILE MACMA NI SEKARANG SANGAT MUDAH SEGALA PEMILIK KEDAI MENCARI PELANGGAN DAN BUKAN PELANGGAN PERGI PADA MEREKA ITU UNTUK PENIAGA YANG NAK BERJAYA LAH GUNA TEKNOLOGI SEKARANG LAGI MUDAH DAN CEPAT...

    ReplyDelete
  8. Wahhh best ni! Sangat membantu utk mereka yg mempunyai kereta. Saya belum ada lgi kereta, in shaa Allah suatu hari nnti. Applikasi ni sgt membantu! Sangat inovatif. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  9. Kita punpernah guna khidmat serv ni. Memang mudah sangat tak perlu nak que bagai. Order je then diaorang sampai depan umah

    ReplyDelete
  10. wah bagus yer ada apps macamni, sangat memudahkan kita especially kaum wanita ni kan. thanks for sharing, nnt boleh install dan guna.

    ReplyDelete
  11. bagusnya service ni. tak pernah tahu yang ada disediakan platform macam ni. yes, kadang kita takde ruang nak mencelah untuk servis. kalau boleh datang rumah itu satu perkhidmatan yang bagus dan patut di-support.

    ReplyDelete
  12. Wow!
    Terbaik. On-the-go servis gitew.
    Mudah. Di mana2. Even d rumah pun boleh.
    If aida,prefer diorang dtg servis di opis :)
    Weekday.
    Servis kta ni penting.
    But most of the time kita xde time!
    Terlepas tarikh. Mileage pun running.

    ReplyDelete
  13. bagus nya sis ada aplikasi macam ni. lepas ni bila dah ada kereta nak kena install la ni kan. benda bagus buat apa tengok je kan.

    ReplyDelete
  14. Bagus gila ada app servis kereta macam ni.Dah siap tulis siap2 harga setiap sparepart yang kite nak tukar ganti tu.Harga pun boleh tahan berpatutan.Boleh try ni nanti.Paling best sebab buat dekat rumah.hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.