Sensenique Natural Produk Yang Harus Dimiliki Setiap Rumah


Mencari produk yang menggunakan ramuan yang selamat dan menyakinkan memang menjadi keutaamaan. Apatah lagi jika penggunaan itu setiap hari dan ianya termasuklah dalam rutin kebersihan diri. Dan antara produk penjagaan diri yang ada pasaran yang sekarang saya sedang gunakan bersama famili ialah SENSENIQUE NATURAL. 

Produk dan jenama Sensenique Natural keluaran syarikat Niche Systems Sdn Bhd dimiliki oleh dua orang berjiwa besar iaitu Puan Faith Chong dan Encik Kevin Ooi. Pasangan suami isteri ini sangat optimis dan yakin tentang konsep penawaran produk semula jadi dan berkualiti kepada pengguna. Nah! Sikap ini secara tidak langsung menerbitkan rasa keghairahan dan komitmen mereka yang mahukan gaya hidup lebih hijau dan lebih sihat.

Untuk pengetahuan korang selain daripada NATURAL HOMEMADE SOAP, jenama SENSENIQUE NATURAL turut memperkenalkan 2 jenis varian syampu, perapi dan juga pembersih badan.

 Halia Oren - Syampu, Perapi &  Pembersih Badan

 Pudina Limau Nipis - Syampu, Perapi & Pembersih Badan

Untuk pengetahuan semua penghasilan produk ini adalah menggunakan 98% bahan semulajadi yang penuh dengan kebaikan Minyak Argan, Minyak Zaitun, Minyak Biji Jojoba, Minyak Biji Macadamia, Minyak Pati Tulen Halia, Kulit Oren, Limau Nipis dan daun Pudina, jus daun Lidah Buaya organik (Barbadensis Aloe) yang diiktiraf oleh ECOCERT dan ekstrak tumbuhan semula jadi ECOCERT yang menyegarkan, melembapkan dan baik untuk rambut serta kulit.

Sebatian premium ini mengandungi bahan aktif permukaan atau surfaktan yang berasaskan asid lemak, asid amino & glukosa yang selamat, tiada toksin, lembut namun berkesan, menjadikannya sangat sesuai untuk digunakan setiap hari. Dengan bauan harum daripada haruman minyak pati tulen dan dengan penggunaan yang konsisten, kulit, rambut dan kulit kepala akan menjadi lebih sihat. Ianya juga sesuai untuk semua jenis rambut termasuk rambut yang diwarnakan dan semua jenis kulit, terutamanya kulit yang bermasalah serta sensitif.

Saya difahamkan formula yang digunakan tidak mengandungi sebarang bahan aktif permukaan atau surfaktan sulfat atau surfaktan betaina seperti Kokamidopropil Betaina, Koko Betaina, Sodium Lauret Sulfat (SLS), Sodium Lauril Sulfat (SLES) dan Ammonium Lauret Sulfat (ALS).

Apa yang membanggakan jenama Sensenique Natural: Sensenique Natural merupakan jenama lokal Malaysia yang dihasilkan di bawah piawaian pengilangan ketat GMP & ISO 9001:2015. Produk ini telahpun menerima Sijil HALAL dari Jakim, Malaysia yerpp. Jadi ianya HALAL dan kita perlu ragu-ragu menggunakannya.

Satu kejayaan yang sangat dibanggakan apabila jenama Sensenique Natural telah memenangi Anugerah Kecantikan dari pelapor majalah gaya hidup dan kecantikan yang cukup popular*. Dan antara anugerah tersebut adalah:-

1) Anugerah Kecantikan *Her Beauty pada tahun 2019 – Pilihan Editor –Kategori Perapi Rambut Terbaik Untuk Rambut Kering / Rosak bagi Perapi Rambut Halia Oren dan Pudina Limau Nipis

2) Anugerah Kecantikan *Her Beauty pada tahun 2019 – Pilihan Pembaca – Kategori Pembersih Badan Terbaik - Jenama Tempatan bagi Pembersih Badan Halia Oren dan Pudina Limau Nipis

* Anugerah Kecantikan Her Beauty merangkumi majalah her world, Jelita, Women’s Weekly & Shape.


Review:

SENSENIQUE NATURAL GINGER ORANGE -“Betaine, Sulfate & Silicone FREE”

Seperti yang kita maklum bau buah oren sememangnya sangat wangi dan menyegarkan. Manakala halia baunya agak pedas (strong) namun kaya dengan rahsia membuang angin dalam badan. Bukan saya sahaja yang menggunakannya bahkan anak saya Yara yang berusia 2 tahun juga mencubanya. Ini kerana kombinasi minyak Argan dan Lidah Buaya organik mampu melegakan serta melembutkan kulit badan termasuklah kulit kepala.

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif juga sesuai untuk menggunakan produk ini. Sebabnya ianya adalah produk penjagaan rambut dan badan "BEBAS Betaina, Sulfat dan Silikon" . Bagi anak terutama yang ada masalah kulit, ianya akan membantu memberi kelegaan juga sebenarnya. Seperti Yara,kulit dia agak sensitif terutama waktu jerebu seperti hari ini. Memang saya memberi pelindungan badannya dengan menggunakan produk SENSENIQUE NATURAL GINGER ORANGE.
Tambahan pula Yara memang aktif jadi saya kekalkan kecergasan dia selain daripada memberikan makanan yang seimbang, beliau juga haruslah cukup tidur. Dan tidur perlu betul-betul lena. Jadi setelah saya menggunakan mandian SENSENIQUE NATURAL GINGER ORANGE pada Yara, beliau lebih selesa, tidurnya tidak lagi terganggu (mudah terjaga). Serius "I'm a happy mother".

Paling saya suka dengan rambut Yara yang makin lembut. Senang nak urus! Tidak lagi terlekat pada skala 6 dan sebagainya, hahahaha.


SENSENIQUE NATURAL PEPPERMINT LIME-“Betaine, Sulfate & Silicone FREE”


Untuk varian ini memang menggunakan daun pudina dan limau nipis. Produk ini memang hebat terutama bagi mereka yang mengalami masalah kelumumur. Setelah saya menggunakannya lebih daripada seminggu, saya dapati kelumumur semakin berkurang (tak ada dah rasanya).  Dan yang bestnya! Rasa sejuk sahaja kepala. Mungkin efek daripada daun pudina yang memang terbaik.

Sebenarnya saya ada kesan luka akibat menggaru di kepala. Tetapi lepas saya menggunakan Sensenique Natural Peppermint Lime sakit bahagian luka itu hilang. Saya difahamkan antara khasiat daun pudina ialah ianya mempunyai enzim antiseptik. Mungkin sebab itu bahagian luka dialami oleh saya sembuh secara perlahan-lahan.

Begitu juga mandian, saya memang sangat teruja dengan aromanya. Ini kerana gabungan limau nipis dan daun pudina memang ohsem! Seperti dalam masakan kalau digabungkan dua rencah ini memang memberi rasa yang umphhh, begitu juga jika dijadikan dalam ramuan yang digunakan pada luaran. Memang terbaik!

 Jika dilihat pada cecair produk. Memang jernih dan transparent. Ini kerana ianya tidak mempunyai sebarang warna tambahan mahupun tiruan. Dan ianya cukup mudah dibersihkan (bilas) selepas mencuci (menggunakan).

Cara pembungkusan cukup praktikal dan mudah. Hanya tekan (picit) sahaja untuk gunakannya. Cara ini juga sangat membantu kita mengekalkan 'hygiene' dalam penggunaan produk. Harga yang ditawarkan untuk setiap botol juga sangat berpatutan iaitu RM 39.00 untuk setiap satu botol syampu, perapi dan mandian pada saiz 300ml. Memang jimat dan berbaloi.

Di manakah penjagaan badan dan rambut Sensenique Natural boleh didapati? Yerpp tidak semua tempat kita boleh dapatkan produk Sensenique Natural ini. Ianya dijual secara esklusif di   ROBINSONS di The Gardens, Mid Valley City & ROBINSONS Four Seasons Kuala Lumpur, SOGO KL and Central iCity Shah Alam, Farmasi Keluarga Health Lane terpilih, Matahari Organic, pasar raya butik premium terpilih, farmasi, kedai organik 
Sensenique Natural Produk Yang Harus Dimiliki Setiap Rumah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 19, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. memang digalakkan guna bahan home made atau pun at least organik. selain dari kebaikan bahan asli, juga banyak kebaikan lain.

    Tapi itulah, nak buat sendiri, memang malas. beli je la organic products yang ada. walaupun mahal dr produk biasa, tapi efek bagus, so berbaloi melabur duit

    ReplyDelete
  2. Menarik...bahan-bahan dari bahan semulajadi.. packaging pun cantik..boleh buat sebagai hadiah

    ReplyDelete
  3. Produk2 organik camni memang mudah dapat sambutan walaupun harga mahal sikit dari brands lain yg dah well-established. Yang penting, produk bagus, marketing mantap, confirm sales letup2. 😊

    ReplyDelete
  4. zaman skrg ni semua orang nak guna produk organik kan.. takut nak guna produk yg ada bahan kimia.. lagi2 kalau nak bagi anak2 guna..

    ReplyDelete
  5. first time heard of this brand.. looks great and good.. nice one...

    ReplyDelete
  6. TB suka produk yang mengandungi minyak argan ni.. kebanyakan produk yang TB guna sekarang memang menmgandungi minyak argan.. suka sangattt..

    ReplyDelete
  7. Bagusnya ada halia dengan oren untuk body scrub, boleh hilangkan selulit di kulit. Dah la bau pun wangi. Botol dia pun ada pump senang nak guna & mudah kalau pergi travel

    ReplyDelete
  8. Sukanya part yang ada limau nipis tu. Skrng mmg kena jaga kesihatan dalam dn luar badan. Salah produk je, siap lah penyakit dtg.

    ReplyDelete
  9. Produk ramuan semulajadi ni memang selalu jadi pilihan abam. Lebih yakin dafi produk yang gunakan byk bahan kimia. Lagipun produk ni sendiri dh menang byk anugerah. Masih nak fikir produk lain hehe

    ReplyDelete
  10. Baguslah ada produk semulajadi macam ni. Sekarang ni banyak yang dicampur bahan kimia. Kadang2 tak sesuai dengan kita.

    ReplyDelete
  11. uih ni feeling mandi herba kat spa ni. kalau dapat berendam dengan bau aroma terapi herba masyaAllah, nikmatnya. hilang stress dan penat.

    ReplyDelete
  12. First time dengar produk ni tapi macam menarik sebab natural kan.. enjoy betul Yara dapat shampoo oren tu..mint mmg best utk kulit kepala..sy suka juga..

    ReplyDelete
  13. Menarik. Semua diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan homemade pulak tu. Fefeeling spa la kalau guna semua items ni kan.

    ReplyDelete
  14. Bagus sekarang ni dah ada mcm2 produk natural & organic. Walaupun mahal tp sgt bebraloi penggunaannya dan selamat dari kesan jangka masa panjang bahan kimia berbahaya kpd tubuh badan kita. Bestnya tak ragu utk kasi anak guna. Sbb selamat...

    ReplyDelete
  15. Wah nampak menarik produk natural ni. Sekarang ni jadi mudah nak cari produk berasaskan bahan bahan semualajadi sebba tak perlu risau dengan kandungan yang ada dalamnya. Nanti nak try jugaklah produk ni. Mesti baunya best dan lembut je bila dihidu

    ReplyDelete
  16. Bagusnya makin byk produk baru yg bebas silikon, sls dan paraben. YG lime mint tu macam best je. Ingredients dia mmg menyegarkan.

    ReplyDelete
  17. Suka Yara dapat mandi dan juga cuci rambut untuk lebih lembut dan sesuai untuk kanak-kanak hehehehe Produk ni kita tak pernah dengan ini first time tahu ok lah kalau orang laki yang tak ada rambut boleh guna tak untuk lebat rambut hehehehe...

    ReplyDelete
  18. First time dengar nama produk ni. Menarik, nammpak kualitinya terbukti. Bolehlah cuba nanti. Terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  19. baru je tahu pasal produk ini. Boleh lah Lia cuba lepas ni syampu dia sebab kulit kepala pun sensitif jugak. Nak juga tidur lena tanpa gangguan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.