Tasty Australia 2019 di Isetan KLCC Bermula Dari 30 Ogos sehingga 11 September 2019

Tasty Australia 2019 kini kembali lagi dan kali ini ianya berlangsung di Isetan KLCC bermula dari 30 Ogos 2019 sehingga 11 September 2019. Dan tahun 2019 merupakan tahun keenam Karnival Tasty Australia dianjurkan di Kuala Lumpur.


Dif-dif yang terhormat hadir ke majlis pelancaran karnival Tasty Australia 2019. Antaranya seperti Mr Ben Budgen, Ms Elizabeth Simaliak, Mr Issy Bilal, Mr Kim Fewster, Mr Simon Green, Mr Bevan Eatts dan Ms Mei Young.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan karnival kali pertama yang menampilkan makanan daripada Australia Selatan dan Australia Barat. Terdapat 25 jenama terkenal (The Model Cook) daripada Australia Selatan, 12 jenama baru dan lebih 80 produk yang ditawarkan sepanjang karnival ini.


Tasty Australia 2019 kali ini lebih memperkenalkan tabiat pemakanan dan pengambilan sayuran, serta paling penting bebas GMO. Apa yang lebih menarik, sepanjang karnival berlangsung pengasas untuk produk-produk tertentu akan berada disini bagi bertemu dan menerangkan sendiri kebaikan serta kehebatan produk mereka kepada pelanggan.

Antara produk Australia yang korang dapatkan di sepanjang karnival Tasty Australia 2019 seperti:-

Madu asli

 Rempah masakan

Keju yang sentiasa menjadi kegemaran saya :-)

Pelbagai pilihan yeogurt

 Ais Krim

Kekacang

Seafood!

 Bijirin

Kudapan sihat

Kopi :-)

Biskut

Susu kacang almond pelbagai perisa

Madu asli mentah

Pop corn pun ada!

Minuman sparkling

Sabun homemade, makanan bayi dan pelbagai lagi.

Selain itu turut ditawarkan pelbagai jenis hidangan istimewa dari Australia yang boleh kita cuba di sini. Antaranya seperti di bawah:-






Dan banyak lagi! Semuanya memang menyelerakan tau!

Barang-barang yang ditawarkan sepanjang karnival memang dijual pada harga yang cukup berpatutan. Ini terutama harga promosi bersempena dengan pelancaran Karnival Tasty Australia 2019.

Untuk setiap perbelanjaan RM100 ke atas melayakkan korang untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan adalah voucher RM500 Isetan untuk 5 orang dan 10 pemenang saguhati bakal menerima hamper istimewa dari Tasty Australia 2019.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

Tasty Australia 2019 di Isetan KLCC Bermula Dari 30 Ogos sehingga 11 September 2019 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 03, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.