Acson Memperkenalkan Anti VOC Spray Pertama di Malaysia
Acson yang cukup terkenal dengan tagline "Nature Breeze" (Bayu Semulajadi) telah memperkenalkan Anti VOC Spray pertama di Malaysia. Apa yang menarik produk ini sangat membantu meningkatkan kualiti udara dalaman serta menyokong gaya hidup sihat kepada pengguna.
APA ITU VOC?
VOC adalah singkatan kepada Volatile Organic Compound yang mana ianya merupakan ancaman yang tersembunyi didalam premis/kediaman yang tertutup. Keadaannya sebati dengan udara menyebabkan ianya mungkin tidak berbau mahupun berbau. Pernafasan di peringkat rendah VOC boleh meningkatkan risilo dari segi masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang.
Merujuk kepada Kod Amalan Industri Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan kanser.
FUNGSI ANTI VOC
Menyedari tentang permasalahan dan risiko tersebut. Ascon telah memperkenalkan Anti VOC Spray. Ianya direka dan dipatenkan bagi menguraikan VOC, bahan kimia yang mungkin terdapat didalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit, penyegar udara, produk pembersihan dan rokok. Dan apa yang menarik proses penguraian ini boleh bertahan sehingga tempoh 2 tahun.
Ianya berfungsi untuk memberi perlindungan terhadap VOC dan juga bakteria Selain itu ianya berkesan menghilangkan bau yang teruk serta selamat digunakan untuk kegunaan dalaman rumah/premis.
DI MANA BOLEH DIGUNAKAN ACSON ANTI VOC SPRAY
Sepertimana yang kita ketahui Acson Ant VOC Spray ini boleh meminimumkan pendedahan kepada VOC. Kita boleh sembur pada dinding, perabot, lantai, karpet dan banya tempat lagi. Namun yang demikian terdapat beberapa tempat tidak boleh disemburkan dengan Anti VOC ini iaitu peralatan rumah, soket suis, lukisan, perkakasan makanan/masakan, produk logam, sutera dan barangan kulit bermutu tinggi,
Sebenarnya setelah kita sembur dengan Anti VOC dalam tempoh 24 jam akan membentuk satu salutan. Di mana Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokalis akan menguraikan ahan serta baktera yang merbahaya ke dalam air dan karbon dioksida dengan kehadiran cahaya (samada cahaya dari lampu mahupun matahari).Dengan tanpa gosokan yang kuat di permukaan, kesan fotokatalis ini boleh bertahan sehingga 2 tahun. Menarikkan!
BERSEMPENA DENGAN ULANGTAHUN ACSON KE-35
Tahun ini merupakan tahun 35 Acson berada di pasaran. Untuk meraikannya Acson telah memperkenalkan Aroma Diffuser yang sesuai untuk mereka yang sentiasa mengutamakan kualiti hidup yang tinggi.
Kredit Pic: Cyrill
ACSON Malaysia telah memperkenalkan dua model Aroma Diffuser iaitu:-
- Aroma Diffuser - Isipadu 130ml yang mana kita perlu menggunakan USB untuk mengaktifkannya.
- Aroma Diffuser Speaker - Isipadu 200ml dan menggunakan pin 3-palam untuk mengaktifkannya. Ianya juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan 'timer' yang boleh diubahsuai. Saiznya yang agak kecil memang sangat praktikal untuk di bawa ke mana sahaja.
Dengan titisan minyak aromaterapi didalam Aroma Diffuser bersama cahaya ambien yang sedia ada secara tidak langsung mewujudkan rasa tenang dann sekaligus kita mendapat kualiti tidur (lebih lena dan nyenyak). Bukan itu sahaka ianya juga berfungsi sebagai humidifier bagi membantu mengekalkan kelembapan di udara pada tahap yang sihat dan selesa. Jadi untuk mereka yang menghabiskan masa yang agak lama di bilik berhawa dingin sangat disarankan menggunakan Aroma Diffuser.
PROMOSI DAN HARGA YANG DITAWARKAN
Produk Acson Anti VOC dan Aroma Diffuser boleh didapati secara esklusif di PrestoMall dengan tawaran diskaun istimewa bermula dari 23 Oktober sehingga 29 Oktober 2019. Dan produk ini akan dijual di atas talian (online store) bermula dari 29 Oktober 2019.
Kredit Pic: Cyrill
Dalam tempoh promosi esklusif ini pembeli boleh membuat tempahan awal Acson Anti VOC pada harga yang tawarkan adalah RM159 (harga asal RM209). Manakala untuk Aroma Diffuser berharga RM129 (harga asal RM169) dan Aroma Diffuser Speaker berharga RM189 (harga asal RM229). Untuk minyak aromaterapi 5ml seperti bunga lavendar (ibusyurga.blogspot.com), eucalyptus dan lemongrass boleh didapati pada harga RM49 (harga asal RM87).
Setiap rumah perlu ada sekurangnya satu ACSON Anti VOC Spray. Untuk kualiti kehidupan, demi kesihatan dan kesejahteraan masa depan!
Keterangan lanjut boleh layari: https://acson.com.my
Acson Memperkenalkan Anti VOC Spray Pertama di Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 23, 2019
Rating:
Bagi seketul Rawlins yang mempunyai kulit sensitif pada pencemaran udara, memang perlu ada satu kat pejabat dan kat rumah. Menarik nie kan.
ReplyDeleteSyok ni kalau dapat letak kat meja kerja. Baru semangat buat kerja kan. Design pun nampak menarik juga..
ReplyDeletePackaging nampak menarik dan global sangat. Patutlah harganya pun menarik haha tetapi bagus untuk mendapat udara yang segar dalam rumah kan?
ReplyDeletewow new product, good to know from you. I been missing this type of new product. Only recent knowing of new smart phone.. hehe.
ReplyDeleteWah... Menariknya! Setuju setiap rumah kena ada atleast satu spray ni. Bagus laaa.. Untuk kesihatan. Ingatkan mahal sangat, ada promo ni harus laa grab seketul. Nina nak beli laaa... Thanks sharing ni Ayu!
ReplyDeleteBest la spray kualiti udara ni. Saya suka. Nak spray kereta boleh tak? Hehe. Best semua item ni. Acson ni bukan saja jual air cond tapi menggalakkan kualiti udara sekali. I like! Promosi tu pun sangat best untuk grab. Diskaun banyak jugak tu.
ReplyDeleteoo macam fungsi essential oil juga la ni. bagus ni, dah banyak pilihan kepada pengguna
ReplyDeleteThis is so cool! I need essential oil to calm me down! Been so stress!
ReplyDeleteACSON Anti VOC Spray ni bagus.. terasa macam nak dapatkan satu untuk rumah.. meang sedang mencari pun..
ReplyDeleteBagus jugak tu kalu ada minyk aroma terapi sebab susah nak tdo malam 😂. Harga mahal takpe janji setanding dengan kualiti
ReplyDeletememang menarik produk ni. first time juga tahu tentang VOC. memang sangat perlu untuk ada di setiap rumah. :)
ReplyDeleteOK saya baru tau ada menda alah mcm ni.. Huhuhu.. Penting ni sebab kita tak tau gas apaa yg terse bunyi dekat dalam rumah kita kan
ReplyDeleteBagusnya produk ni. Tak tahu pula dalam keadaan rumah macam ni masih ada bakteria yang tersembunyi dalam udara. Boleh beli satu nanti.
ReplyDeleteBagus ACSON do this. Wonder kalau dia ada video demo partikel udara bagai tu kan macam mana dia berfungsi sebab agak kurang faham sebenarnya macam mana benda ni berfungsi.
ReplyDeleteSpray2 kena berapa kali top up every cycle ya?