Kempen "I Suka Pergi MBH Medispa"

Tidak dinafikan dalam hidup kita memang perlukan terapi. Sama ada kita pergi bercuti, makan hidangan yang paling digemari, bersantai membaca buku dan pelbagai lagi. Bagi saya, antara terapi yang paling best tentulah memanjakan diri di spa.

Dan MBH Medispa antara rangkaian pusat kecantikan kulit wajah yang saya gemar kunjungi. Terdapat cawangan MBH Medispa di seluruh Malaysia jadi mudah untuk pilih mengikut keselesaan dan berdekatan dengan kita. Bahkan MBH Medispa ini sentiasa mengadakan promosi hebat yang luar dijangkau fikiran. Memang sangat berbaloi dan rugi untuk dilepaskan. Apatah lagi servis perkhidmatan memang terbaik sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan.

Pastinya, hujung tahun merupakan waktu yang dinanti-nantikan. Ini kerana sepanjang tempoh ini adalah Year End Sale (YES) dan MBH Medispa ada menawarkan pelbagai produk dan servis yang dijual pada harga yang tidak masuk akal. Tawaran ini adalah khusus untuk pelanggan yang suka menjaga kecantikan kulit wajah dan sentiasa menyokong MBH Medispa.

Puan Yaya Mohammad, Pengasas MBH Medispa
Sinonim dengan tarikh pelancaran jualan akhir tahun YES, I SUKA MBH SALE ! pada 10 Oktober 2019, MBH mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan satu rawatan terbaharu yang diberi nama MBH Therapeutic Face Massage dengan harga promosi RM10.10 sahaja daripada harga asal RM69.

Tentunya harga ini menjadi harga yang terlajak mampu untuk setiap pelanggan yang mengidamkan kulit yang sihat dan berseri. Istimewanya, MBH Therapeutic Face Massage ini menggunakan teknik urutan ‘pressure point’ disetiap titik-titik tertentu bagi melancarkan peredaran darah, memberi kesan ‘relaks’ dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.
Antara produk terbaru dari MBH Medispa ialah Dermaklair Gentle Skin Bar. Ia merupakan produk pertama pembersih wajah versi sabun pepejal. Sabun pembersih wajah ini diormulasikan khas untuk jenis kulit normal dan kulit kering/ Selain itu terdapat fungsi 3 dalam 1 yang dapat mencerahkan, anti penuaan dan melembapkan kulit muka. 

Sempena dengan promosi YES, untuk 50 pembeli pertama dari laman sesawang www.dermaklair.com akan diberikan tuala muka secara PERCUMA

Pelancaran ‘facial’ serendah RM10.10 ini dihadiri oleh artis tanah air, Eleena Haris yang menjadi penyanyi utama lagu terbaharu MBH bertajuk ‘I PERGI MBH’. Beliau juga merupakan antara artis yang sering datang ke MBH Medispa untuk membuat rawatan kulit wajah.


Satu peraduan juga telah dilancarkan dimana hadiah berupa baucar tunai RM10 untuk ditebus pada 26 Oktober ini akan diberikan kepada pelanggan yang menaik muat gambar dengan #ipergimbh. Tambahan itu, hadiah berupa wang tunai RM1000 menanti pemenang yang melengkapkan contest #ipergimbh. Jom korang join! Menang hadiah lumayan jugak tu :p



Selain itu, bagi yang ingin merawat masalah kedutan atau garis halus, parut jerawat dan kulit kering boleh mencuba rawatan kedua terbahru daripada MBH iaitu, MBH Vampire Dragon’s Blood Anti Scar dimana ianya menggunakan serum dari pokok naga berdarah. Megiku kajian, bahan rawatan unik ini terhasil daripada pokok naga dari pulau Socotra di Timur Tanduk, Africa yang bertindak sebagai kolagen merawat tisu kulit yang telah rosak.

Merujuk kepada rawatan – rawatan yang disebutkan, tidak hairanlah jika MBH mendapat beribu-ribu testimoni daripada pelanggan dan diiktiraf sebagai Top Brand Excellence Service Asia Pasific 2017-2019 serta Malaysia Tourism Council Gold Awards 2018 kerana MBH menggunakan bahan rawatan dan produk yang semulajadi, berkualiti dan tebukti berkesan daripada Dermaklair seiring dengan servis 5 bintang dari pakar terapi.

Pengarah pemasarannya, Shida Mohammad berkata, "Pelancaran ini adalah bertujuan menghebahkan kepada seluruh warga setempat khususnya untuk pergi ke MBH dan mendapakan promosi termurah YES I Suka MBH Sale!. Jaminannya, tidak merugikan kerana MBH bakal membantu semua untuk tampak cantik 24-7”, ujar beliau.



Tambahannya lagi, “Setiap kali promosi, pasti akan ada maklumbalas menyedihkan dari pelanggan MBH akibat terlepas promosi MBH”. Oleh itu, hebahan secara holistik perlu supaya kali ini tidak ada yang terlepas untuk meraih promosi terhebat ini”

Maklumat lanjut sila layari:

Jom rebut peluang promosi dari Kempen " I Suka Pergi MBH Medispa" , manjakan diri sebagai terapi :-)

Kempen "I Suka Pergi MBH Medispa" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 14, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Rawatan Vampire Dragon’s Blood Anti Scar ini sekali baca dan tengok ritu kat IG sis , iolls dah terberminat untuk try out. Muka iolls dah breakout sangat ni .

    ReplyDelete
  2. see another posting and im about to book this spa for this weekend ! yeay !. harap dapat rilexkan diri kat sini nanti.

    ReplyDelete
  3. Ada banyak offer ye. 10.10 plak tu. Rawlins macam nak pergi sebab ada MBH Bangi kan? Bestnya kalau Rawlins dapat pergi memanjakan diri kat sini ye tak

    ReplyDelete
  4. Tertarik dengan rawatan serum dari pokok naga berdarah? omg so interesting nak cuba! Yaya memang suka buat facial tapi dekat medispa yang dipercayai dan berdaftar macam ni sahaja. Kalau yang mobile spa tu kena tengok dan check betul2 dulu. So kalau ada masa baik terus ke spa kan hee dekat je dengan rumah yaya ni

    ReplyDelete
  5. Siapa yang tak nak cantik. Tapi tak tahan nak continue treatment la bagi maintain. Btw, harga yang ditawarkan MBH murahlah 10.10. Bolehlah sis jengah next time.

    ReplyDelete
  6. Wow .. macam best juga. Lain kali nak try ini. macam best betu dan dengan adanya masa, i pun nak pergi spa dan buat treatment. Kena jaga sikit sikit

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi saya pergi spa sebab segan haha . Kalau ada geng bolehlah kut. Menarik promosi kali ini. Nanti saya share dengan family. Thanks atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  8. Ada satu tempat mbh mediaspa dekat dengan rumah nad. Memang bagus tau..haritu pun ade promosi..kalau nak dtg time promosi la elok..hehee

    ReplyDelete
  9. Bestnye pegi buat face treatment kat mbh medispa. Lama dah tak gi spa, manjakan diri

    ReplyDelete
  10. Murahnya harga YES dia..memang mampu bayar utk dpt kulit yang cantik. Siap ada contest lagi. Hadiah pun lumayan. Rugi tak cuba kan.

    ReplyDelete
  11. wow murah yer buat facial harga memang tak masuk akal. nak ajak kakak pergi spa sama2 la, me time kat sana, dan nak join contest menarik tu!

    ReplyDelete
  12. murah juga buat dengan harga macam tu. bolehlah nak riki2 dan set timing yang sesuai

    ReplyDelete
  13. Uitttt murah gila offer diaorng ya. Sis pun nak cuba jugak lah buat rawatan wajah kat sini. Ramai yang kata bagus so sis nak cuba jugak

    ReplyDelete
  14. Tak pernah pergi MBH MEDISPA tapi selalu nampak spa.Jodoh belum bertaut.Nanti nak survey la spa ni.
    Sebab dkt cheras ada satu dekat permaisuri tu.

    ReplyDelete
  15. Bestnya kalau dpt buat treatment dekat sini kan.. Saya Muka tengah breakout gila.. Now abih berjerawat n patut dekat dahi n dagu.. Geram tgk.. Boleh mntk husband belanja treatment kat medispa la pasni

    ReplyDelete
  16. Happening spa ni! Dah lah menarik promosi ni! Nanti mouse mommy share kat kengkawan jugak.

    ReplyDelete
  17. Banyak nya offer yg menarik.. AM mmg suka gunakan serum pada kulit wajah.. Cuma tak pernah cuba lagi serum naga berdarah nie.. Nnti AM nak cuba la.. 😍 😍 😍

    ReplyDelete
  18. Bagus kalau kerap pergi buat facial and spa, badan baru boleh cergas and kulit akan lebih terjaga.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.