Korean Food Fair di Isetan Food Market KLCC Bermula 25 Oktober sehingga 6 November 2019

Anyoung haseyo!
Saya memang 'excited giler' bila Korean Food Fair berlangsung sekali lagi di Isetan Food Market KLCC. Kebetulan memang sedang mencari produk makanan Korea, untuk dibuat stok. Apa yang menariknya sepanjang karnival ini berlangsung akan terdapat pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan pada harg yang cukup berpatutan.

Dan barangan yang ditawarkan memang banyak pilihannya. Selain itu kita boleh mencuba sendiri makanan di sana melalui penyediaan 'food tester' yang dibuka setiap tempat jualan makanan yang ditawarkan. Seperti biasa bila ke karnival ini memang saya akan mencari kimchi, mee ramen dan juga stok air pisang. Ini semuanya memang menjadi kegemaran anak-anak saya dan mereka gemar menikmatinya ketika waktu santai.

Antara produk Korea yang menarik boleh korang dapatka di sini seperti:-



Seaweed dari Laverland Crunch antara yang memang saya 'aim'. Sedap dan pembelian berbaloi sangat. Bayangkan harga asal adalah RM19 satu pek. Tetapi di karnival ini ditawarkan hanyalah RM25.99 untuk dua peket. Bestkan! 

Snek udang. Nampak menarik juga :-)

Ok! Yang ini memang comel betul. Tengok pembungkusan pun tahu ianya menarik :p

Dan banyak lagi pilihan kudapan.

Kudapan Korea di sini agak unik dan jarang kita dapat jupa di pasaran. Memang sedap dan ranggup. Tapi makanan manis macam ni walaupun sedap dikunyah, make sure tak berlebihan (nikmat terbaik). Manis manis sangat yang berlebihan boleh kena diabetis nanti. So beringat ok.

Muka bahagia sangat apabila dapat membeli air minuman kegemaran. Untuk kali ini saya hendak mencuba air minuman laici + peach, tengok pada pembungkusan nampak menarik dan sedap.

Semakin banyak pilihan perisa air ini ya. Setakat ini air minuman pisang dan melon antara menjadi kegemaran saya.

Air minuman Pororo pun ada juga ya..

Begitu juga dengan air tonik dan sparkling yang dibawa terus dari Korea. 

Rasanya makanan Korea tidak lengkap jika tiada mee ramen. Terutama bagi mereka yang begitu meminati hidangan pedas seperti masakan melaka (ibusyurga.blogspot.com). Bolehlah dapatkan di karnival di sini.

Mee ramen bersama kimchi pun ada! Makanan macam ni sedap makan panas panas masa cuaca sejuk. Sekarang ni kan hari hari hujan. Memang terbaik.

Korea Strees Food memang terkenal dengan hidangan 'fish cake' yang dinikmati bersama sup. Macam saya, gemarkan sup miso dan saya akan nikmati snek ikan ini bersama sup miso yang diletakkan dengan seaweed.


Kesegaran Cendawan King Oyster yang menambat hati.


Nak beli sos atau perencah homemade masakan Korea boleh juga dapatkan di karnival ini. Selain daripada banyak pilihan, kita juga boleh mencubanya terlebih dahulu sebelum membeli.


Agak unik terutama bila ada pickles' dan pelbagai lagi ramuan. Memang mudah sebenarnya kalau nak sediakan masakan Korea apabila kit amempunyai pes-pes dan sos seperti ini.

 Sos Gonchujang ni memang feveret saya. Anak saya suka gunakannya dalam penyediaan ayam goreng versi korea. Sedap hoii!

 Kimchi is a must! Bila datang ke Korean Food Karnival, produk kimchi sentiasa dicari. Paling penting ianya HALAL. Kita boleh lihat tanda haal tersebut di pek pembungkusan.

 Ini juga antara wajib beli- Rice Cake! Hidangan saya siap ada versi tambah keju lagi diatasnya. Memang sedap.

 Salah satu perencah untuk masakan Korea. Ini adalah pes untuk penyediaan ayam sup sihat versi Korea.

Produk ini sedap dijadikan minuman ataupun ramuan didalam masakan. 


Korang kena cuba dua ais krim ini. Satu ais krim kacang merah dan lagi satu adalah ais krim buah-buahan. Keduanya memang sedap. Untuk ais krim melona kacang merah, ada tawaran beli 1 percuma 1 tau!

Di Korean Food Fair juga ada menawarkan makanan siap dimasak panas-panas. 

Ramai juga pelanggan yang datang dan membeli makanan panas di sini.

Terdapat juga produk penjagaan diri dari Korea ditawarkan (info leaazleeya.com). Ke semua produk adalah jenama yang cukup terkenal dari Korea. 


Bagi mereka yang berbelanja RM100 ke atas bolehlah menyertai cabutan bertuah. Banyak hadiah menarik ditawarkan. Mana tahu ada rezeki boleh menang sakan!

Oh ya! Korea Food Fair di Isetan ini berlangsung daripada 25 Oktober sehingga 6 November 2019. Bertempat di Food Market Isetan KLCC yang mula beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Kam-sa-ham-ni-da


Korean Food Fair di Isetan Food Market KLCC Bermula 25 Oktober sehingga 6 November 2019 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 27, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Kak Ayu, why are you hugging on to the Korean Laici + Peach beverage? Must be your favourite, ah? For me, my favourite has to be their wide selection of instant noodles like those with Kimchi & Cheese flavours.

    ReplyDelete
  2. lalu setiap kedai yg ada food tester, kenyang dah. hahaha

    tak reti sangat makanan korea ni, paling tak pun Peppero tu je la.hahaha

    ReplyDelete
  3. Peminat makanan korea mesti takkan lepaskan peluang nak dapatkan item sale ni. Kalau mek mungkin ambik ramen je la kot. Itu je yg tahu makan.

    ReplyDelete
  4. Yg kite reti mkn meggie mee ramen ngn aym korean je..hihi..tp nak juga cuba makanan yang lain..mcm kimchi tue..thank you kak ayu for sharing..

    ReplyDelete
  5. Teringat ada paste goujujang dekat rumah ni.. Nak kena buat ayam goreng Korea la malam ni.. Baru sedap kannn..

    ReplyDelete
  6. TB tak biasa makanan Korea ni ni tapai adalah tengok orang share-share kat FB..heheh.. Pepero tu dari Korea ke? baru tahu.. heee

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Airah memang suka makanan korean ni. Stok kimchi memang wajib ada la dalam fridge. Seaweed pun

    ReplyDelete
  8. Nampak nya Mat Drat kena pergi jugak ni. Banyak juga makanan Korean kat sini. Boleh la mengubat rindu dgn makanan korea

    ReplyDelete
  9. Seronoknya. nampak gaya macam nak kena pergi ni, bawak kawan2 yg minat dengan makanan & barangan korea. haha. saya ni bukanlah nak kata tak minat, tapi tengok tu bolehlah.. haha apa2pun terima kasih share.

    ReplyDelete
  10. tu dia..banyaknya makanan korea ada..yang ada tester senang la,..tau sedp ke tak..hehee...nanti nak terjahla..nak buat stok maknan korea dekat rumah..ehhee

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing! Nak pi la tu! I love Korean food and snacks! yum yum yum....

    ReplyDelete
  12. Peminat korean food memang wajib singgah dan grab. Rugi kalau diorang tak shopping produknkorean food kat sini kan. Adik adik saya memang suka makan makanan korea ni. Saya je kureng sket. Tengok tengok menu kalau nak makan. Tekak saya more pada western.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. Wow bestnya event macam ni. Makanan korea. Sapa yang memang suka makanan korea mesti takkan lepaskan peluang shopping sini

    ReplyDelete
  14. Wah meriah sungguh food fair ni. Peminat makanan Korea mesti x leh lepaskan peluang untuk stok up makanan fave n!

    ReplyDelete
  15. Aaa bestnya! yaya dah lama nak cuba makanan korea yang lain dari yang biasa kita makan. Mesti lagi best kan kalau dapat hidangkan Rice Cake kat rumah sendiri. Thanks sharing kak ayu! Nak pergi la KLCC nanti hee

    ReplyDelete
  16. Meriahnya tengok food fair ni.. Dahlah kita ni hantu makanan korea... Kalau dekat kita dah mai sini dah... Alahai akk de beli apa2 tak.. Hehhee... Dah lama xbuat tteobboki kat rumah nanti nk beli bhn2 la

    ReplyDelete
  17. wah bestnya. kena pi jugalah tengok apa yang ada kat sana, mesti best2 terutama siapa yang minat food korean

    ReplyDelete
  18. Bestnya.. teringin nak pergi cuna jauh dr tempat saya lah pulak

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.