myNEWS Melancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready-To-Eat

Sememangnya saya sangat menantikan satu kedai serbaneka yang bukan hanya menjual makanan kering, minuman dan sebagainya bahkan turut ditawarkan adalah makanan yang sedia untuk dinikmati (ready-to-eat). Ini bukan sahaja memudahkan pelanggan untuk mendapat barangan keperluan di bawah satu bumbung bahkan dengan pelbagai pilihan memberi kepuasan dalam membuat pemilihan.


Apatah lagi makanan inspirasi daripada negara Jepun yang sememangnya cukup terkenal dengan hidangan hebat dan berkhasiat yang tersedia dalam pek. Sesuai dengan kehidupan masyarakatnya  yang sentiasa sibuk setiap hari.

Menyedari tentang gaya hidup masyarakat Malaysia yang juga menyerupai masyarakat Jepun, myNEWS telah memperkenalkan produk makanan ready-to-eat berinspirasi makanan Jepun seperti onigiri, roti, set bento dan sebagainya. Ianya disediakan secara 'fresh' daripada bakeri mereka sendiri iaitu Maru Bakes.

Selain itu pelanggan juga boleh mendapatkan minuam panas seperti kopi yang dibru secara segar, hot chocolate, cappucino dan pelbagai lagi dari myNEWS Maru Kafe. Saya paling gemarkan Maru Cream iaitu ais krim yang punyai rasa lembut dan perisa yang sangat sedap :-)

Majlis pelancaran myNEWS Kineya dan myNEWS RYOPUN telah diadakan pada 1 Oktober 2019 bertempat di HQ myNEWS Kota Damansara. Kaloborasi antara myNEWS dengan 2 syarikat gergasi didalam industri makanan di Jepun dijangkakan dapat memperkembangkan lagu mutu perniagaan myNEWS. Ini juga dikatakan salah satu strategi untuk menjadikan kedai serbaneka myNEWS salah satu pilihan pelanggan untuk singgah kerana mudah untuk dapatkan apa sahaja yang dikehendaki.

Antara jenis-jenis roti, onigiri dan bento yang korang boleh dapatkan di myNEWS seperti berikut (lihat pada gambar ya!)

















Banyak betul pilihan makanan. Rambang mata hendak memilihnya. Apa yang pasti harga yang ditawarkan agak murah dan berbaloi.

myNEWS yang mula diperkenalkan pada bulan Disember 1996 kini semakin berkembang dan maju. Apatah lagi kedai serbaneka ini telah memberi perkhidmatan lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan daripada 500 outlet di seluruh negara.

Atas perkembangan positif itu, penghantaran servis atas talian myNEW DASH telah diperkenalkan. Jadi pelanggan boleh membuat tempahan apabila ingin menikmati hidangan yang diikehendaki . Jimat masa, jimat tenaga dan 'hassle free'

Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
http://www.mynews.com.my
myNEWS Melancarkan Makanan Inspirasi Dari Jepun Ready-To-Eat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 04, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.