Pembentangan Bajet 2020 Belanjawan Malaysia | Kementerian Belia dan Sukan
Bajet perbelanjaan tahun 2020 yang sangat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia kini telah diketahui. Ini terutama didalam matlamat untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Malaysia dan juga untuk pembangunan masa hadapan.
Untuk mencapai visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2023, langkah-langkah teras dalam Bajet Belanjawan 2020 perlu sejajar dengan strategi 7 (SPV30) iaitu bagi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan didalam pembangunan ekonomi. Dan Kementerian Belia dan Sukan telah meletakkan bajet sebanyak RM1.2 billion bagi merangka pelbagai perancangan pembangunan dalam menyokong visi ini.
Pembangunan belia telah diperuntukkan sebanyak RM138 juta melalui program-program seperti Youth Power Club (YP), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dam Volunterism Initiatives . Rentetan itu Kementerian Belia dan Sukan harus memastikan peruntukan ini digunakan bagi melaksanakan pelan tindakan yang komprehensif demi pembangunan belia selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
MALAYSIA @ KERJA /#malaysiakerja
Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan 350,000 pekerjaan sebagai sokongan kepada pembangunan belia Malaysia. Ini adalah satu cara bagi mengurangkan pengambilan pekerja warga asing. Antara insentif dan bajet yang dicadangkan untuk menyokong 4 program ini adalah seperti berikut:-
Graduan @ kerja
bagi graduan yang menganggur selama atau lebih 12 bulan, satu insentif gaji dicadangkan iaitu RM500 diberikan selama 2 tahun (sebagai tambahan gaji yang terima). Bagi pihak majikan pula insentif penawaran pekerjaan sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.
#graduankerja
Wanita @ kerja
Khas untuk pekerja wanita yang telah berhenti dan kembali bekerja setelah setahun atau lebih dan juga berumur diantara 30 hingga 50 tahun akan mendapat iniastif seperti mendapat insiatif upah RM500 setiap bulan sehingga 2 tahun. Pengecualian cukai pendapatan juga diberikan kepada wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023. Dan juga insentif RM300 sebulan sehingga 2 tahun untuk majikan yang menawarkan pekerjaan kepada golongan ini. . Melalui inisiatif ini secara tidak langsung dapat mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan setahun kepada golongan wanita untuk kembali bekerja.
#wanitakerja
Perantis @ Kerja (TVET)
Ini adalah satu program insentif di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) . Bagi melahirkan pelatih berkualiti dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Kerajaan telah menyediakan elaun tambahan RM100 kepada semua pelatih TVET. Ianya juga bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET
Kerajaan juga akan melanjutkan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi tempoh dua tahun lagi. Potongan cukai dua kali yang telah diberikan kepada syarikat yang melaksanakan Program Internship Berstruktur (SIP) yang diluluskan oleh TalentCorp bagi pelajar yang mengikuti bidang kejuruteraan dan teknologi akan diperluaskan kepada semua bidang akademik yang lain.
Watan @ kerja
Satu insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM350 / RM500) selama 2 tahun mengikut sektor. Di mana untuk majikan diberi insentif sehingga RM250 sebulan selama 2 tahun. Selain itu, gaji minimum dipertingkatkan kepada RM1,200 bandar-bandar utama dan RM1,100 di luar bandar.
#watankerja
Program #MalaysiaKerja dijangkakan akan menjadikan rakyat Malaysia yang menganggur dapat menguasai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan dengan syarikat yang relevan serta peratusan pengekalan pekerja selepas tempoh dua tahun insentif tamat adalah melebihi 90 peratus.
Inisiatif akan disediakan oleh kerajaan dan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program #PerantisKerja.
Mengarus Perdana TVET
Peningkatan peruntukan untuk program TVET adalah dari RM5.7 bilion iaitu peningkatan sehingga RM5.9 bilion. Ini termasuklah peruntukan RM50 juta kepada menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk membiayai kursus TVET. Bagi Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA) disediaka dana geran padanan sebanyak RM20 juta untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri. Ianya juga meliputi tambah baik peralatan serta upah untuk tenaga pengajar industri.
Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) juga akan menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional. Dan melalui HRDF, Kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
Peruntukan Untuk Atlet Negara
Penghargaan dan sokongan kepada atlet-atlet Negara melalui peruntukan diberikan sebanyak RM179 Juta . Pencapaian atlet-atlet termasuk atlet paralimpik negara amat dihargai dan peruntukan ini diberikan bagi menyokong usaha mereka mengharumkan nama negara. Usaha-usaha persiapan ke Tokyo 2020 dan Hanoi Sea Games 2021 akan dipergiatkan bagi memastikan atlet negara mencapai sasaran pingat yang ditetapkan. Sasaran bukan sahaja kepada pingat emas di Sukan Olimpik bukan sahaja di Tokyo, bahkan juga di Paris (2024) dan Los Angeles (2028).

Peruntukan Pembaikan Kemudahan dan Fasiliti
Tidak dikecualikan peruntukan pemulihan kemudahan sukan sebanyak RM299 juta. Ini merangkumi membina fasiliti dan menaikkan taraf kemudahan Kompleks Belia dan Sukan serta pusat-pusat sukan di setiap negeri.
E-Sport/E-Sukan
Dengan mengambil kira permintaan yang tingi untuk sukan eSports / eSukan maka Kerajaan telah meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta. Industri e-Sports adalah medium terkini yang penting dalam membina generasi masa depan. Ia langkah terbaik dalam dunia digital dan bukan sekadar bermain permainan atas talian namun ia merupakan langkah awal anak muda negara bersedia dalam Revolusi Industri 4.0.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
Memandangkan sukan Bola Sepak Negara boleh pergi lebih jauh. Peningkatan peruntukan sebanyak RM45 juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) . Ini adalah berdasarkan kepada prestasi yang ditonjolkan daripada pemain-pemain pelapis bola sepak negara di dalam program NFDP yang telah membuka mata banyak pihak di dalam dan luar negara. Pihak Kerajaan juga menyedari akan kepentingan dan memberi sokongan kepada usaha ini dengan meningkatkan peruntukan dari RM15 juta pada tahun 2019 kepada RM45 juta bagi tahun 2020 melalui Kementerian Belia dan Sukan.
Program Sukan Wanita
Begitu juga ke arah meningkatkan program sukan wanita sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan. Ini bagi mengalakkan lebih ramai golongan wanita terlibat secara aktif di dalam sukan samada peringkat kelab dan pasukan dengan menyediakan lebih banyak program untuk mereka.
#Belanjawan2020
#BelanjawanAnakMuda
#BelanjawanSukanNegara
Tidak dikecualikan peruntukan pemulihan kemudahan sukan sebanyak RM299 juta. Ini merangkumi membina fasiliti dan menaikkan taraf kemudahan Kompleks Belia dan Sukan serta pusat-pusat sukan di setiap negeri.
E-Sport/E-Sukan
Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
Memandangkan sukan Bola Sepak Negara boleh pergi lebih jauh. Peningkatan peruntukan sebanyak RM45 juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) . Ini adalah berdasarkan kepada prestasi yang ditonjolkan daripada pemain-pemain pelapis bola sepak negara di dalam program NFDP yang telah membuka mata banyak pihak di dalam dan luar negara. Pihak Kerajaan juga menyedari akan kepentingan dan memberi sokongan kepada usaha ini dengan meningkatkan peruntukan dari RM15 juta pada tahun 2019 kepada RM45 juta bagi tahun 2020 melalui Kementerian Belia dan Sukan.
Program Sukan Wanita
Begitu juga ke arah meningkatkan program sukan wanita sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan. Ini bagi mengalakkan lebih ramai golongan wanita terlibat secara aktif di dalam sukan samada peringkat kelab dan pasukan dengan menyediakan lebih banyak program untuk mereka.
#Belanjawan2020
#BelanjawanAnakMuda
#BelanjawanSukanNegara
Pembentangan Bajet 2020 Belanjawan Malaysia | Kementerian Belia dan Sukan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 11, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...