Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM)



Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya yang berkaitan telah berganding bahu bagi menjayakan sebuah Program Sauh JKKN dan MOTAC iaitu Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM). Program yang berlangsung dengan begitu meriah ini telah diadakan selam 3 hari iaitu 18, 19 dan 20 Oktober 2019 bertempat di pekarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia. 

Untuk pengetahuan semua festival FSSM2019 ini bertemakan “Selat Melaka, Warisan Nusantara” yang mengetengahkan pelbagai aktviti berteraskan seni budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka (ibu syurga), Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia. Kerajaan Negeri Melaka juga turut mengangkat program ini sebagai sebahagian daripada acara Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob. 

Di antara pengisian menarik FSSM 2019 adalah Malam Gala Selat Melaka (19 Oktober 2019 – Sabtu), Persembahan Sisipan (Showcase) Warna-warni Selat Melaka, Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka, Pusat Transformasi Rakyat, Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka dan Bazaar Selat Melaka : Seni Budaya dan Pelancongan. 

Memang hebat dan meriah!

MALAM GALA SELAT MELAKA (Acara Kemuncak dan Perasmian)
19 Oktober 2019 (Sabtu) berlangsung dari jam 8.30 malam – 10.45 malam 

MALAM GALA SELAT MELAKA yang juga merupakan Acara Kemuncak FSSM 2019 adalah persembahan berkonsepkan muzikal dalam Kota Melaka. Tetamu Kehormat yang diraikan ialah Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob dan  YBhg. Tan Sri Hajjah Norliza Rofli Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Tetamu Kehormat Malam Gala FSSM2019 telah menaiki beca yang disediakan oleh Persatuan Beca Warisan serta diiringi Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, dari Melaka juga Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka ke tapak acara. Untuk pengetahuan semua perarakan Kereta Lembu dan Beca Warisan yang mengiringi kenaikan Tetamu Kehormat pada malam itu adalah sebagai perlambangan kepada kesenian pelbagai kaum yang menunjangi seni budaya negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. 

Malam Gala FSSM2019 penuh gemilang ini turut menggabungkan garapan kreatif kesenian dondang sayang, kearifan tempatan iaitu seni berbahasa pantun serta persembahan muzik cak lempong, tari randai dan piring lambung yang diwakili oleh JKKN Negeri Sembilan dalam Segmen Kabar Berusik Negeri Sembilan. Sementara JKKN Johor menerusi Segmen Bayu Muara Maharani pula menampilkan kehebatan seni Ghazal, Kuda Kepang, Barongan dan Zapin yang turut disertai oleh Badan Seni Budaya dari Muar dan Batu Pahat dan penyanyi Rojer dengan permainan muzik gambusnya. 
Paling mengujakan Segmen Warnawarni Pelangi Dondang Sayang yang mewakili negeri Melaka selaku tuan rumah pula, JKKN Melaka, Briged Seni Melaka, Kumpulan Kesenian Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Institut Warisan Melaka (INSWA) dan Gabungan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan Negeri Melaka turut menampilkan Kumpulan Tarian Singa dan Naga Wen Wei Melaka, Kumpulan Komuniti Chitty Kampung Gajah Berang, Melaka, Badan Kesenian Baba dan Nyonya Melaka (KEBAYA), Kumpulan Kesenian Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka, Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka, Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Persatuan Beca Warisan Melaka, Pengusaha Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, Melaka, Persatuan Teo Chew Melaka, Persatuan Tamil Melaka, Persatuan Bhangra Melaka, Pusat Warisan dan Kebudayaan Melayu Melaka (PERANTARA).

Tiga Puluh Tiga (33) agensi Kerajaan dari negeri Melaka telah turut serta menjayakan FSSM2019, tujuh (7) agensi swasta, sebelas (11) persatuan dan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan dan dua (2) komuniti. FSSM turut menampilkan pelbagai pengisian seperti berikut; PERSEMBAHAN APRESIASI RAKYAT & SISIPAN (SHOWCASE) SELAT MELAKA Persembahan Sisipan Warna-warni Selat Melaka adalah salah satu pengisian program dalam FSSM bagi menghebahkan dan memeriahkan lagi FSSM2019 di beberapa tempat tumpuan pelancong di negeri Melaka.

Persembahan sisipan ini melibatkan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Mega Mall serta di lokasi utama di Kota A Famosa, Banda Hilir, Melaka. 

Comel anak-anak Citty, berkebaya :-)

BAZAAR CITRARASA INAP DESA HOMESTAY 
Bazaar Citrarasa Inap Desa Homestay (Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Melaka) pula dengan kerjasama Inap Desa Negeri Melaka pula menghimpunkan gabungan lapan (8) buah Inap Desa Negeri Melaka dengan hidangan kampung yang menyelerakan. Lapan (8) buah Inap Desa tersebut adalah seperti berikut :-

1. Kampung Morten, Melaka ( Nasi Lemak Kg Morten dan Air Barli)
2. Kampung Alai, Melaka (Rojak dan Air Soda Herb)

3. Kampung Pulai, Melaka (Asam Pedas Pari dan Cendol)
4. Kampung Tambak Paya, Melaka (Nasi Ambeng dan ABC) 
5. Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka Nasi, Masak Lemak Perut Rebung dan Asam Pedas Tulang 
6. Kampung Sri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka (Bihun Sup dan Laksa)
7. Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka (Masak Lemak Daging Salai dan Kupang Sambal)
8. Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka (Masak Lemak Buah Machang dan Wajik)


BAZAAR SELAT MELAKA / ARTS, CULTURE & TOURISM BAZAAR 
Antara yang menjadi tumpuan adalah Bazaar Selat Melaka. Bazaar ini telah mempamerkan produk, demonstrasi dan jualan terdiri daripada usahawan kraftangan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka. Antara produk dari usahawan adalah seperti hasil rimba, batik jenis ikat, celup dan pelangi, hasil produk dari tanah dan simen, tekstil, logam dan banyak lagi.

 Di samping itu terdapat juga jualan khat warisan Islam, pelbagai produk dari Persatuan Usahawan Seni Budaya Malaysia yang merangkumi produk spa, perkhidmatan spa, cenderamata, tanjak, busana Melayu, catan muka, alat solek dan tatarias serta alat muzik tradisional.

Usahawan makanan muslim iaitu JALEN turut membuat Jualan Promosi, Minuman Percuma Dan Food Tester, Baucer Pembelian, Jualan Promosi, Demonstrasi Masakan serta pelbagai kuiz dan pertandingan. ASD Empire juga membuka kaunter alat solek dan tatarias. Selain itu terdapat juga  aktiviti catan muka (face painting). Jabatan Warisan Negara pula memaparkan pameran arkeologi untuk pengunjung merasai pendedahan cara-cara kajian arkeologi dan eskavasi terutama dalam mencari gali bahan-bahan, artifak dan monument sejarah ahli arkeologi.

Urus Setia JKKN turut mengadakan pelbagai aktiviti di reruai pameran dengan Pertandingan Mewarna, Demonstrasi Permainan Tradisional, Musang Berjanggut, Kuiz Kebudayaan serta Pameran Fotografi “Syukor Khamis : Kampong Boy” Koleksi Karya Dallah Deen Photography. 

RETRO AUTOSHOW 
Pameran Kereta Antik dan Vintaj telah dilaksanakan oleh Big Sumo Autoshow Komuniti Malaysia pada 19 Oktober (Sabtu) dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Kesemua kereta vintaj dan antik ini menghimpunkan dua puluh buah (20) kereta di pamerkan sepanjang Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka.

PENCUNGKILAN BAKAT MUDA SELAT MELAKA 
Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka – Menyaksikan 7 pertandingan utama yang dipertaruhkan iaitu

  • Pertandingan Mini Lantai Cilik Piala (Pertandingan Tarian Rakyat Kreatif bagi Kategori Sekolah Rendah dan Pertandingan Tarian Medley Rakyat Malaysia)
  • Pertarungan Tari Joget & Zapin (TERBUKA) 
  • Pertandingan Bintang Dondang Sayang 
  • Pertandingan Lukisan Potret “Tun Fatimah” Serikandi Melaka 
  • Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden 
  • Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah Bebas
  • Pentas GLAM (Pertandingan Peragaan Tradisional Kanak-kanak Umur 5 hingga 12 tahun)






SESI KEILMUAN SELAT MELAKA 
Sesi Keilmuan akan menyaksikan sesi perkongsian ilmu Selat Melaka – Program ini akan melibatkan beberapa acara antaranya seperti Sesi pembelajaran Gerak Asas Tari Joget &; Zapin beramai-ramai dan terdapat juga Sesi Apa itu Puisi Rejang yang telah menampilkan Tokoh Seni Berbahasa Tuan Haji Rani Embi.

Majlis Penutup kepada FSSM2019 telah menyaksikan beberapa pertandingan akhir antaranya seperti Pertarungan Joget &  Zapin ( Piala Pusingan Ketua Pengarah JKKN) dan Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden, Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah Bebas serta  kempen “I LOVE MALAYSIA” Siri Melaka dilancarkan.

KESIMPULAN
FSSM2019 diharapkan dapat menemukan idea dan medan pertemuan baharu para karyawan dan semua yang terlibat dalam sektor seni budaya dan warisan di seluruh Malaysia dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri budaya, warisan dan pelancongan untuk disepadukan sebagai salah satu bentuk ekosistem ekonomi dan perdagangan yang baharu hasil gabungan antara usaha melestarikan kandungan seni, budaya, warisan di samping usaha memupuk generasi muda bersekali dalam sektor terbabit. 
Ini adalah selaras dengan misi kementerian untuk memajukan pelancongan dan budaya di samping mengukuhkan, memelihara dan memelihara seni, budaya dan warisan. Malah usaha menyediakan modal insan yang berpengetahuan, mahir, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan budaya. 

Tidak hairanlah FSSM2019 juga adalah lambang sokongan padu MOTAC dan JKKN dalam menyemarakkan Tahun Melawat Melaka 2019 yang dipacukan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan sekaligus menjadi permulaan yang baik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan datang. 

Untuk keterangan lanjut korang boleh layari laman fan page facebook : JKKN Melaka FanPage untuk mengikuti pelbagai perkembangan FSSM2019

Program pelancongan budaya yang mengangkat martabat bangsa!
Program Pelancongan Budaya – Festival Seni Selat Melaka (FSSM) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 20, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. bestnya ! mek dah visit melaka jun 2019. entah bila pulak akan repeat melaka.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya program ni... lama tak ke melaka..kena repeat bercuti ke sana nii..

    ReplyDelete
  3. Wah rajinnya Ayu ke Melaka ke tu? Program yg cukup meriah dan pasti ramai yg dtg maklumlah bumi Hang Tush ini ada bnyk tempat menarik utk dikunjjngi.

    ReplyDelete
  4. baru je lepas bercuti ke melaka. memang best melaka ni. banyak juga ya aktiviti yang dirancang. semoga segalanya berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  5. Bagus ada program macam ni, menarik lebih ramai pelancong untuk ke Melaka. Sis kalau ke Melaka memang suka cari tempat makan je sebab makanan Melaka memang terkenal dengan kesedapannya...hehehe

    ReplyDelete
  6. cantik2 semua, saya paling suka persalinan kebaya nyonya tu. cantiknya sulam dia. kaler pun cantik2

    ReplyDelete
  7. Bagus program macam ni diadakan sebab kita boleh memperkenalkan budaya orang Melaka pada pelancong. Setiap negeri mempunyai keunikan adat dan budaya tersendiri. Mesti best dan meriahkan masa pergi festival. Tapi tuhlah bila kahwin dengan orang Melaka bila ajak pergi sana sini suami malas sebab dia cakap bukan ada apa pun. Sabar jela

    ReplyDelete
  8. Menarik ada program kebudayaan macam ni. Kalau kita x kenalkan budaya kita, siapa lagi kan. Lagi-lagi dlm nak capai tagert visit malaysia 2020 nanti.

    ReplyDelete
  9. Bagus kerajaan buat event macam ni. Dapat memperkenalkan budaya negeri

    ReplyDelete
  10. Event sebegini sepatutnya di perbanyakkan lagi. Semoga kita dapat mengetahui juadah hatta makanan tradisional di negeri Melaka.

    ReplyDelete
  11. Melaka memang best. Pegi banyak kali pon takpe. Sunggub meriah program yang dianjurkan. Semoga warisan dan kebudayaan tak kan pupus.

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing! I love this see all kinds of performances! Hopefully one day I get the chance to see them live!

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak pergi ke Melaka, macam-macam sekarng ada ye..Bagus programmacm ni, boleh kenalkan Melaka dekat semua

    ReplyDelete
  14. Such a nice event and performance to learn more about culture! I like how we can learn about different cultures in Malaysia.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.