Pusat Pembelajaran Bahasa "Modern English" Antara Pilihan Terbaik Untuk Anak
Pusat Pembelajaran Bahasa "Modern English" Antara Pilihan Terbaik Untuk Anak- Penguasaan penghantar bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris sememangnya sangat penting terutama di kalangan kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.Bagi membantu mereka ini menguasai bahasa kedua ini saya telah mencari Pusat Bahasa Inggeris yang terbaik sepertimana yang telah disyorkan oleh kenalan rapat saya.
Pusat pembelajaran bahasa Modern English di Puchong mula dibuka pada tahun 2011, yang mana pengasasnya adalah Mr Steve Holloway dan isterinya Mrs. Angie. Untuk pengetahuan semua, pusat ini sebenarnya telah mula dibuka di Taman SEA Petaling Jaya pada tahun 1999 dan diberi alih pengurusan baru kepada kenalan rapat mereka pada tahun 2010.
Menurut Mr. Steve, pusat pembelajaran bahasa Modern English di Puchong bertujuan untuk memperkenalkan kualiti pembelajaran bahasa yang diamalkan di peringkat antarabangsa kepada mereka yang tinggal berjauhan dari pusat bandar Kuala Lumpur (sukamakanjalan). Mr. Steve yang merupakan bekas Pengurus Pembangunan Bisnes British Council Kuala Lumpur percaya "Modern English" adalah kombinasi aspek terbaik dari British Council yang lebih menjurus kepada fokus pelanggan.
Apa yang menarik konsep yang dibawakan oleh Modern English membolehkan pelanggan datang bertemu sendiri dengan pihak pengurusan berbincang tentang apa yang mereka inginkan dan target menerusi pembelajaran di sini. Ianya lebih kepada polisi 'Open-Door".
Guru-guru adalah terdiri daripada mereka yang memang mahir (native speakers) dari luar negara dan juga warga tempatan.
Kenalkan ini adalah Mr Eddie Lim yang merupakan Pengarah untuk cawangan Modern English di Kota Kemuning Shah Alam. Di mana pusat ini baru dibuka dengan persekitaran kelas yang cukup selesa dan kondusif. Menurut Mr Eddie, apa yang lebih penting selain daripada guru yang mengajar memang pakar dalam bahasa ini, mereka juga mendapat pengiktirafan kelayakan di peringkat antarabangsa.
Kelas yang dibuka disini ditawarkan seawal kanak-kanak yang berusia 3 tahun. Dan kebiasaannya mereka akan diberi ujian kemahiran Bahasa Inggeris bagi mengetahui tahap penguasaan masing-masing. Terdapat beberapa modul seperti 'beginner' sehinggalah 'advance' (lanjutan). Pmebelajaran di sini mencakupi kepada kemahiran tatabahasa (grammar), membaca, menulis, mendengar dan bercakap.
Antara buku rujukan dan latihan yang digunakan dalam sesi pembelajaran d sini.
Bilik guru di pusat pembelajaran bahasa Modern English cawangan Puchong.
Bilik komputer yang menyediakan fasiliti/kemudahan untuk pelajar mereka menyiapkan tugasan yang diberikan.
Kursus Intensif Bermula dari Oktober 2019 sehingga Januari 2020
Bersempena dengan cuti persekolahan akhir tahun akan datang, pihak Modern English telah menganjurkan beberapa kursus English pendek yang boleh disertai oleh semua kanak-kanak. Antaranyya seperti :-
- The English Game (25-29 November 2019). Dengan memfokuskan kepada 4 skil utama iaitu (bercakap, membaca, menulis dan mendengar) dan juga tatabahasa (grammar). Cara pembelajaran agak unik dan menarik, di mana melalui permainan 'vocabulary', 'role play', kuiz dan banyak lagi aktiviti menarik.
- Persediaan Bahasa Inggeris Untuk Anak-Anak Menyertai Sekolah Antarabangsa (2-6 Disember 2019). Kursus ini adalah permintaan dari ibubapa yang mahu/merancang menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa. Ini bagi memastikan anak mereka tidak terkejut mahupun tertekan untuk bersaing (coping) dengan pelajar yang sedia ada mengikuti kursus/ko-kurikulum di sekolah antarabangsa.
- Persediaan IELTS (Oct - Jan)
Pertandingan Menulis 2019 - Modern English Primary Short Story Contest
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak Modern English ada menganjurkan pertandingan menulis terbuka kepada semua pelajar-pelajar sekolah di Malaysia. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan dan hebat. Ianya terbuka kepada kategori sekolah antarabangsa dan juga kategori sekolah kebangsaan. Untuk setiap kategori hadiah yang ditawarkan kepada pemenang utama adalah RM1000 untuk pelajar dan RM1000 untuk sekolah yang diwakili oleh pemenang. Untuk pemenang kedua dan ketiga hadiahnya merupakan dana yang berjumlah sehingga RM3500.
Penganjuran pertandingan ini adalah antara usaha untuk menarik minat lebih ramai pelajar agar mereka yakin dan mahu menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Selain itu, melalui penganjuran pertandingan ini dapat mendidik pelajar agar mereka bekerja keras dan memberikan yang terbaik seterusnya mendapat ganjaran yang mungkin menjadi milik mereka.
Kalau korang nak dapatkan lebih banyak info mengenai silibus disini, korang boleh datang ke Hari Terbuka pusat pembelajaran Modern English yang diadakan pada hari Sabtu 7 Disember 2019.
Alamat pusat pembelajaran bahasa Modern English:
Cawangan Puchong.
16-1 Jalan Puteri 7/13A
Bandar Puteri Puchong
47100 Puchong Selangor
Tel : 03-80512660 / 80512661
email: enquiries@modernenglish-uk.com
FB: Modern English Puchong
Cawangan Kota Kemuning
8A Jalan Anggerik Vanilla R31/R
40460 Kota Kemuning
Selangor
Tel: 03-51319872 / 51319781
email: mekk1819@modernenglish-uk.com
Website:
Pusat Pembelajaran Bahasa "Modern English" Antara Pilihan Terbaik Untuk Anak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 28, 2019
Rating:
Thanks for sharing! English indeed an important language as using them worldwide! I think I should also upgrade my English too!
ReplyDeletehaaaa..mana2 calon yg nak sit exam MUET atau EET boleh la try enroll kelas english mcm ni. dh alang2 ambil tu, boleh la mantapkan penguasaan BI sebagai 2nd language.
ReplyDeleteThis is a good service. Most Malaysian need this kinda service. Thank you for sahring. Have a good day dear.
ReplyDeleteBestnya ada kelas bimbingan sebegini. Mudah la anak-anak nak memahami jika ada bimbingan one to one. Rawlins dulu just baca kamus BI je hehe. Pastu rajin membaca novel BI. So, boleh la sikit2
ReplyDeleteMereka yang tinggal sekitar ni bole la masuk belajar kat kelas ni.. agak jauh bagi orang2 yg duk Kl tapi kata orgklu dah minat jauh mana pun pergi ya tak apatah lagi jika kelasnya bagus.
ReplyDeleteKalau dah tua-tua macam nisa ni boleh tak?
ReplyDeletehahaha macam best je.. Nisa pun minat sangat english.
Bagus ada program macam ni. Boleh bagi tumpuan lebih. So mudah faham and cepat belajar.
ReplyDeletewahhh dia kena ada orang putih mungkin improved sikit english kita... rasa macam sedih kan... kita dah belajar english sejak dari 6 tahun lagi tapi dah umur 29 tahun pun english grammar dan vocab berterabur lagi kah kah kah
ReplyDeleteBagus sebab start 3 tahun dah boleh hantar. Lagi kecik ni kena belajar bahasa mudah dahulu. Risau kan masa akan datang kita tak tahu peluang kerjaya nanti camne. Lebih baik kuasai 2bahasa
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. sememangnya english dah menjadi sesuatu yang penting sekarang ni. terbaiklah bila ada pusat ni.
ReplyDeletethanks shraing.. english memang penting pun. bila masuk u ke nanti semua or mostly subjek dia banyak guna english.. even buku rujukan pun semua english.. boleh belajar dari awal
ReplyDeleteeloknya pergi belajar english kat sini, boleh improve confident level bila nak cakap, tulis & baca english kan. mesti pakej harga boleh tahan mampu bayar ni
ReplyDeleteBagusnya modern english ni. Saya biasa dengar kumon dan smart kids je. Tapi yang ni menarik sebab dari budak kecil sampai dewasa pun boleh gayanya.
ReplyDeleteOh yes, can't agree more. English is an important language one must master to excell in life.
ReplyDeleteRasa nak masuk je kelas ni.. Hahaa.. Nak improvekan b. English i yangvtunggang terbalik ni.. Hehee.. Bgus ade kelas mcm ni..
ReplyDeleteKalau dekat ni nak je hantar anak2 ke kelas bahasa english. Sebab tak cukup pembelajaran di sekolah dan cara macam ni boleh menambahkan keyakinan dia untuk belajar dan bercakap in public. Lagi satu macam wajib belajar bahasa english sekarang
ReplyDeleteBagus ada pusat untuk belajar bahasa inggeris. Mudah anak-anak nak mendapat tempat di pasaran kerja kelak
ReplyDeleteBagus ada pusat pembelajaran macam ni. Anak2 sis mmg dh boleh cakap english tapi byk gak yg silap terutama si aeysha tu, sis nk ngajar bukannya reti sgt..hehehe. Kalau dekat boleh le htr dia asah lagi bahasa english dia kan
ReplyDeleteBanyak pusat pembelajaran bahasa inggeris yang saya nampak sekarang ni di banyak tempat. Saya pun masukkan anak saya ke pusat camni tapi dia belum ready sebab banyak bermain.. tunggu besar sikit maybe 6 tahun ke.
ReplyDelete