Saya Memilih derma365 Baby Sebagai Produk Penjagaan Badan Buat Si Manja
Hollaaa!! Sebagai ibu yang sangat mementingkan kebersihan dan penjagaan diri anak. Oleh itu saya sentiasa memilih yang terbaik buat mereka. Ini kerana saya percaya memilih produk yang berkualiti dapat melindungi si manja saya daripada mudah jauh sakit, hidup lebih sejahtera tanpa masalah penyakit yang berpunca daripada masalah kebersihan diri mahupun kesilapan penggunaan produk.
KENAPA SAYA MEMILIH derma365 BABY
Sepertimana yang kita sedia maklum kulit bayi sememangnya sensitif. Dan disebabkan itu mereka memerlukan penjagaan khas setiap hari. Jenama derma365 BABY menawarkan set penjagaan diri yang terdiri daripada cecair mandian dan pelembab yang direka khas sesuai untuk kegunaan kulit lembut bayi. Apa yang penting ianya telah diuji secara klinikal dan telah terbukti, ke semua produk derma365 BABY adalah bebas daripada pewarna, wangian, paraben dan minyak mineral yang boleh memudaratkan kulit. Dirumuskan daripada ramuan semulajadi seperti Koloidal Oatmeal organik yang boleh melembapkan kulit dan memberi perlindungan kulit bayi. Sebagai seorang ibu, adalah menjadi kewajiban untuk kita menjaga anak kita sejak baby dalam kandungan (ibusyurga) sehinggalah mereka dilahirkan & menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.
Produk derma365 BABY
Antara produk derma365 adalah seperti berikut:-
Losyen derma365 BABYAntara kelebihan losyen ini adalah seperti :-
- boleh membantu melembutkan kulit bayi
- melegakan serta memberi perlindungan kepada kulit
- keseimbangan pH dan mengandungi formula, hypoallergenic
- bebas dari pewarna, bauan, paraben, lanolin
- diuji secara klinikal dan mendapat peniktirafan pediatrician
- sesuai untuk bayi baru dilahirkan
Shampu Bayi derma365 BABY
Antara kelebihan losyen ini adalah seperti :-
- dapat membersih dan menjadikan rambut lebih lembut
- menguatkan dan mencantikkan rambut
- formulasi kesimbangan pH
- diuji secara klinikal
- formulasinya bebas daripada sabun, pewarna, MIT dan paraben
- sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan.
Dengan saiz 250ml, produk penjagaan diri ini agak kompak dan sesuai dibawa ke mana sahaja. Rambut Yara adalah jenis ikal. Lepas saya menggunakan produk ini pada Yara, saya tidak lagi mengalami masalah rambut kusut atau susah untuk disikatkan. Dan saya suka dengan keharuman bau syampu ni. Bau yang natural.
Antara kelebihan losyen ini untuk anak kecil adalah seperti :-
- boleh membantu membersihkan melembutkan kulit bayi
- memberi perlindungan kepada kulit
- keseimbangan pH
- formulasinya bebas daripada sabun, pewarna, MIT dan paeaben
- diuji secara klinikal dan mendapat pengiktirafan pediatrician
- sesuai untuk bayi baru dilahirkan
Menjadi set lengkap mandian apabila kita sudah menggunakan syampunya, kita guna sekali pemberih badan. Tidak melekit, mudah dibilas selepas menggunakannya. Dan seperti biasa baunya memang 'natural'. Yara juga suka menikmati waktu mandiannya dan paling penting beliau sangat ceria serta aktif selepas mandi!
Antara kelebihan losyen ini adalah seperti :-
- boleh membantu membersihkan dan melembutkan kulit
- memberi perlindungan kepada kulit
- keseimbangan pH dengan formula 'hypoalllergenic'
- formulasinya bebas daripada sabun, pewarna, MIT dan Paraben
- diuji secara klinikal
Pembersih ini sesuai untuk kegunaan semua ahli keluarga. Dan ianya mempunyai kebaikan seperti dapat menjaga dan membersihkan kulit. Boleh digunakan untuk mencuci badan dan muka.
Bagi anak-anak yang mempunyai masalah kulit sensitif sangat disyorkan menggunakan produk ini (nikmatterbaik). Produk yang memang telah diuji dan diyakini selamat digunakan. Saya memang suka dengan tekstur dan baunya, sangat lembut dan natural.
Paling mengujakan, Yara memang sangat gembira setiap kali waktu mandian. Dan apabila anak selesa, beliau akan ceria dan selesa sepanjang hari. Mummy pun tumpang happy sekali heheh.
So, korang boleh dapatkan produk ini di farmasi, kedai dan pasaraya yang berdekatan yerp :-)
Saya Memilih derma365 Baby Sebagai Produk Penjagaan Badan Buat Si Manja
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 26, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...