Sebelum Buat Rumah Atas Tanah Sendiri, Kita Wajib Tahu Perkara Ini
Sebelum Buat Rumah Atas Tanah Sendiri, Kita Wajib Tahu Perkara Ini- Rumah sering di ibaratkan seperti 'syurga dunia'. Dimana kita akan menghuninya samada secara sendiri ataupun bersama ahli keluarga yang lain. Seperti saya sememangnya sentiasa mencari rumah yang terbaik untuk kediaman seisi keluarga tercinta. Apatah memiliki anak yang agak ramai (pada zaman sekarang) iaitu 7 orang memang agak mencabar terutama memastikan ke semua ahli keluarga saya mendapat tempat tinggal dan kemudahan lain yang mampu memberi keselesaan.
Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum bina rumah atas tanah sendiri.
Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan diambil dalam membuat rumah di atas tanah sendiri. Ini bagi memastikan perancangan membina rumah mengikut apa yang dirancangkan dan teratur. Antara faktor-faktornya seperti:-- Pemilihan Lokasi Kediaman Yang Terbaik
- Bajet
- Temui Kontraktor Yang Mempunyai Prestasi Yang Kompetan
- Kenalpasti Rekabentuk Rumah Impian
1. Pemilihan Lokasi Rumah Kediaman Yang Terbaik
Impian nak buat rumah di Shah Alam.
Dan dalam banyak lokasi pilihan, saya dan suami untuk memilih rumah kediaman di kawasan Shah Alam.Antara faktor pilihan kerana bandar yang dikenali sebagai Bandar Anggerik ini sangat teratur dari susunan sistem perumahan, aksesibiliti, fasiliti yang hebat, terdapat banyak taman-taman rekreasi untuk beriadah (saya dan keluarga memang suka beraktiviti dan beriadah di taman), mudah mencari kedai makanan HALAL, kemudahan sekolah, masjid/surau serta pelbagai lagi.
Keselamatan & kejiranan di Shah Alam menambat hatiku.
Selain itu saya juga menitikberat tentang soal keselamatan. Bagi saya kediaman yang mempunyai kejiranan yang rapat antara menjadi faktor saya memilih untuk menetap di situ. Dan Shah Alam saya memang suka bandarnya dan penduduknya.2. Bajet yang diperlukan untuk membina rumah idaman
Harga buat rumah sendiri bukannya murah.
Selain itu saya juga memikirkan tentang bajet yang diperuntukkan, memandangkan saya dan suami sentiasa berpegang kepada prinsip "sentiasa ukur di badan sendiri".Tidaklah kami mahukan rumah yang terlalu mewah dan besar tetapi cukuplah mempunyai bilik-bilik tidur khas untuk anak lelaki dan perempuan dan juga ruang tamu, ruang keluarga, dapur (tempat terapi saya, memang saya jenis seorang yang suka memasak untuk keluarga), stor dan pelbagai lagi. Jika disenaraikan memang panjang senarainya kan, hehehe.
Kepentingan untuk memilih kontraktor rumah Shah Alam yang boleh dipercayai!
Jadi saya mula membuat carian tentang kontraktor yang sedia ada di pasaran. Terutama melihat dari segi hasil kerja akhir bagaimana dengan perancangan perbelanjaan yang mampu dikeluarkan oleh pelanggan dapat direalisasikan sehingga terjadinya rumah impian. Saya juga sangat mementingkan kontraktor yang boleh berkomunikasi dua hala, sennag untuk dibawa berbincang dan paling penting memahami kehendak pelanggan mengikut bajet yang diperuntukkan.Namun sebenarnya sebelum membina rumah, kita perlu merancang terlebih dahulu. Selain daripada bajet keperluan seperti lakaran pelan - pelan skematik, pelan arkitek, pelan kejuruteraan antara pelan yang perlu ada dan disediakan. Sebab itu kita kena pastikan pemilihan kontraktor, pelukis pelan, arkitek adalah tepat dan betul. Ini kerana saya dapati ramai pembeli rumah menanggung masalah dan kerugian kerana pelan yang diperlukan tidak lengkap dan sebagainya.
3. Temui Kontraktor Rumah Selangor Yang Mempunyai Prestasi Yang Kompetan
Antara kontraktor yang telah direkomenkan adalah Nas Nuri Construction. Kontraktor yang banyak terlibat dalam pembinaan rumah terutama di kawasan Selangor dan Negeri Sembilan. Dan hasil carian saya di FB Nas Nuri Construction, banyak review hebat dari pelanggan telah diberikan. Ini terutama kredit diatas pembinaan rumah banglo. Dan memang saya kagum melihat pada pembinaan rumah yang telah siap dibina. Sangat cantik dan bahan material untuk 'finishing' sangat berkualiti.
Selain itu melihat pada hasil kerja pembinaan Nas Nuri Construction, bukan hanya 1 projek tetapi begitu banyak yang sukses dilaksanakan menjadikan saya cukup positif dengan reputasi syarikat ini. Ini merupakan antara faktor yang penting sebelum kita ambil keputusan untuk membina rumah. Kita juga boleh melihat kepada contoh-contoh projek rumah yang siap dibina untuk dijadikan sebagai rujukan dalam pembinaan rumah idaman.
4. Kenalpasti Pelan Rekabentuk Rumah Impian
Saya sebenarnya seorang yang sangat ringkas dan praktikal. Memandangkan saya masih mempunyai anak-anak yang masih kecil dan agak lasak pada masa yang sama. Jadi jika lihat pada konsep rekaan rumah saya inginkan tentulah lebih kepada ciri-ciri moden dan luas. Namun tidak dinafikan saya juga sukakan konsep tradisi seperti serambi dan sebagai. Jadi sebenarnya pemilihan rekaan rumah saya lebih tearah ke Moden Tradisi.Design tradisional menjadi pilihan untuk rumah banglo idaman.
Rumah tradisi tetapi diberikan suntikan moden. Bagi saya konsep rumah seperti ini keindahannya tidak dimakan zaman. Tetapi cantik dan menarik didiami biarpun bertahun lamanya. Tambahan pula rumah seperti ini ibarat rumah 'keluarga besar' dan tentunya ianya kelihatan sangat meriah terutama apabila anak-anak dan keluarga mereka datang bertandang dan bermalam di sini (perancangan masa depan yang agak jauh, hehe).
Antara pembinaan rumah dari Nas Nuri Construction di Shah Alam yang memang mencuri pandangan dan hati saya. Sangat cantik dan nampak luas biarpun pemandangan di lihat dari luar.
Konsep interior design / rekaan dalaman rumah yang diminati.
Untuk rekaan dalaman, saya sangat idamkan konsep yang minimalis dan santai. Pada masa yang sama saya juga sukakan penggunaan warna yang tenang dan sesuai untuk keluarga yang mempunyai ahli yang ramai.
Mungkin setengah orang nampak suram tetapi bagi saya dekorasi seperti ini memberi ketenangan dalam jiwa. Untuk perabut samada almari buku, perhiasan dan kabinet baju dan dapur saya lebih gemarkan jenis built ini.
Jadi dapat menjimat lebih ruang terutama jika keluarga seperti saya yang sangat memerlukan ruang simpanan yang banyak. Tambahan pula jika memilih kabinet jenis ini sangat mudah untuk kita membuat penyesuaian dengan dekorasi dan warna tema ruang. Ianya juga memberikan hasil sentuhan personal dari pemilik rumah itu sendiri.
Kesimpulan : Rumah adalah pelaburan masa depan dan demi kesejahteraan hidup
Perlu diingatkan membina rumah perlulah mengikut bajet dan perancangan perbelanjaan pembinaan. Sebaiknya kita mencari terlebih dahulu bank yang boleh memberi pinjaman pada kadar yang terbaik dan tidak membebankan. Ini penting sebelum kelulusan pembinaan rumah diperolehi dan mula dijalankan. Tidak dinafikan kita juga perlu mencari peguam terbaik dan boleh dipercayai yang boleh menguruskan pendaftaran nama pemilik seterusnya membantu berurusan dengan pihak majlis dan juga pejabat tanah.
Apa yang penting biarlah kita membina rumah sebagai satu pelaburan mendapatkan kediaman terbaik buat anak-anak. Memandangkan mereka akan dibesarkan dari kecil sehingga dewasa bersama kita di kediaman yang kita bina untuk mereka. Nah! Sebagai ibubapa kita akan cuba memberikan yang terbaik buat mereka.
Bagi saya sendiri dengan membina rumah di atas tanah sendiri sesuatu yang lama diimpikan dan ini adalah impian saya. Ianya lebih kepada kepuasan bila kita dapat tidur, beraktiviti dan bekerja didalam rumah yang kita idamkan samada dari segi rekaan dalaman mahupun luaran. Apa yang pasti dengan memilih kontraktor yang tepat dapat membantu kita merealisasikan apa yang diimpikan. Ini kerana kita perlu elak daripada mengambil risiko tersilap pilih kontraktor yang impaknya sangat berat kepada pembeli (rakyat marhaen) untuk kelangsungan hidup pada hari ini.
Moga saya ada rezeki membina rumah yang diidamkan di tanah sendiri!
Apa yang penting biarlah kita membina rumah sebagai satu pelaburan mendapatkan kediaman terbaik buat anak-anak. Memandangkan mereka akan dibesarkan dari kecil sehingga dewasa bersama kita di kediaman yang kita bina untuk mereka. Nah! Sebagai ibubapa kita akan cuba memberikan yang terbaik buat mereka.
Bagi saya sendiri dengan membina rumah di atas tanah sendiri sesuatu yang lama diimpikan dan ini adalah impian saya. Ianya lebih kepada kepuasan bila kita dapat tidur, beraktiviti dan bekerja didalam rumah yang kita idamkan samada dari segi rekaan dalaman mahupun luaran. Apa yang pasti dengan memilih kontraktor yang tepat dapat membantu kita merealisasikan apa yang diimpikan. Ini kerana kita perlu elak daripada mengambil risiko tersilap pilih kontraktor yang impaknya sangat berat kepada pembeli (rakyat marhaen) untuk kelangsungan hidup pada hari ini.
Moga saya ada rezeki membina rumah yang diidamkan di tanah sendiri!
Sebelum Buat Rumah Atas Tanah Sendiri, Kita Wajib Tahu Perkara Ini
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
October 09, 2019
Rating:
SA kan kalau ada banyak duit memang nak buat rumah atas tanah yang besar, realisasikan impian dengan memilih kontraktor yang betul dan bertauliah..kalau boleh nak buat kat kawasan yang macam ayu terangkan la ada banyak accessibility..kalau kat kawasan kampung pun ok janji tak berapa sibuk...tp itu impian je la Sebab SA dah beli rumah dah pun...hehehe
ReplyDeletebetul tu, banyak benda perlu ambil kira bila nak buat rumah atas tanah sendiri. budget paling penting dan juga lokasi untuk ditubuhkan. nampak gaya macam lama lagi saya nak tubuhkan rumah di tanah sendiri.
ReplyDeleteBetul.. Nak buat rumah atas tanah sendiri memang banyak yg perlu kita pertimbangkan. tak boleh main suka je.. kalau saya pilih utk duduk di pinggir bandar tapi dah lengkap dengan kemudahan.
ReplyDeleteSalam ziarah, salam kenal Ayu
ReplyDeleteNampaknya impian kita sama, nak bina rumah atas tanah sendiri. Cuma, sy berangan (dan berhajat) utk bina di negeri kelahiran sendiri :)
Thanks for sharing!
ReplyDeleteI only can build houses at the sims! hahaha
but it looks beautiful!
InshaAllah semoga murah rezeki Ayu dan keluarga miliki rumah sendiri. Shah Alam memang best kan, adik huda pun stay sana.
ReplyDeleteCita-cita memang ada, kalau ada tanah sendiri memang nak juga buat rumah atas tanah sendiri, tapi rezeki blm ada, senang ada entry ni boleh rujuk kalau ada reseki nanti.
ReplyDeleteniat nak ada tanah sndri tue dah ada..cma blum kesampaian lagi..kna usaha lbh lgi nak dapatkan apa yg kita hajat tue..bg nad buat rumah ats tnah sndri lg baik dari bli umh yg da siap..bukan apa, rumah siap nie kdg xmenepati citarasa kita..bettr kite boleh design sndri umh yg mcm mna kita nak..
ReplyDeleteSaya teringat jiran saya nak buat rumah beberapa tahun lalu. Tak bagitau apa pun kat jiran2, tetiba terpacak nak buat rumah. Salah satu kena pertimbangkan at least bagitau jiran2 juga, lagipun jiran2 warga emas dah kn
ReplyDeleteKalau dapat rezeki buat rumah sendiri, teringin nak buat kat kampung, rumah kayu, tradisional. Mesti cantik. Sbb asal bandar tak pernah duduk kampung. HUhu
ReplyDeleteMemang betul semua tu. Kena ambil masa berfikir, tengok kawasan, cari kontraktor dan lain-lain lagi.. supaya dapat elak perkara tak diingini berlaku.
ReplyDeleteThanks ayu share info nie. Memang cadangan nak bina atas tanah sendiri tapi kat kampung sarawak nun. Now berdikit2 simpan dan ambil maklum info yang shared kat sini. Boleh buat rujukan.
ReplyDeleteThank you share tips. Tanah pon tkde lagi. Tanah mahal. Semoga ada rezeki buat rumah banglo
ReplyDeleteSekarang ni kalau nak bina rumah ikut rekaan sendiri selalunya tanah di kampung sebab kat bandar ni dah ditakluki oleh pemaju perumahan dan betul ada beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum membina rumah.
ReplyDeletenak buat rumah bukan sahaja tengok tempat yang strategikmalah tengok kontrator tu sendiri..kalau dia buat rumah cantik ikut kehendak kita baru puas hati..bgus boleh masuk dalam senarai nas nuri ni
ReplyDeleteSetuju sangat Ayu... banyak faktor yang perlu kita pertimbangkan apabila ingin memiliki rumah sendiri... yang paling penting adalah sudah tentu keselesaan setiap ahli keluarga... saya pun mengimpikan untuk membina rumah di atas tanah sendiri... semoga kita dapat mencapai hasrat yang murni itu ya... insyaAllah...
ReplyDeleteterima kasih atas tips yang diberikan. yang paling penting perlulah mempunyai tanah sendiri! saya belum lagi ada, in shaa Allah dalam perancangan. apa-apapun, untuk baut rumahsememangnya perlukan kontraktor yang betul2 dipercayai. terima kasih share ya :)
ReplyDeleteSalah 1 impian semua orang..nak ada rumah atas tanah..tq kongsi info
ReplyDeleteRumah impian mestilah rumah landed atas tanah sendiri kan. Tapi itulah bajet kena ada jugak. Sebab bukan kos rendah kena fikir banyak aspek jugak kan.
ReplyDeleteBetul2. Lagi satu, biar tanah lapang rumah kecik. Ada bajet nanti boleh tambah lagi.
ReplyDeleteI totally agree on your point, recently just move in to my new house. And all the trouble of getting a new house is not easy too, padahal nak buat rumah on own land!
ReplyDeletenampaknya banyak yang perlu kita belajar sebelum memiliki rumah sendiri. tak boleh pakai beli dan bina je. kena ada ilmu. baguslah informasi nie kak ayu
ReplyDelete