Setiap rumah Perlu Ada Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju

Setiap rumah Perlu Ada Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju - Jenama Prego cukup sinonim dengan keluarga saya. Ini kerana anak-anak saya membesar dengan hasil masakan pasta dan sos dari Prego. Apa yang menarik Prego mempunyai pelbagai varian sos yang boleh dipilih mengikut kegemaran masing-masing.

Keju sememangnya menjadi kegilaan saya dan anak-anak. Berikan apa sahaja yang berkeju pasti menjadi kegemaran dan tidak mampu ditolak. Apatah lagi untuk hidangan Mac n Cheese atau Makaroni dan Keju ataupun Maccheroni al farmaggio! Dengan kekenyalan pasta dinikmati bersama sos berkeju berkrim sesuatu yang tidak boleh dilupakan dalam ingatan.

Walaupun resepinya agak mudah, namun ianya memerlukan beberapa bahan utama untuk menyediakannya. Secara tidak langsung menyebabkan wanita (para ibu terutamanya) jarang memasak hidangan ini walaupun hakikatnya ianya adalah menu kegemaran seisi keluarga.

Selain itu, kesibukan dengan kerja dan aktiviti setiap hari samada di pejabat mahupun di rumah menyebabkan kita sebagai ibu memang akan cuba elakkan untuk berada di dapur dan masak hidangan yang mengambil masa yang lama.

Menyedari tentang situasi tersebut Prego peneraju sos pasta di pasaran Malaysia telah memperkenalkan Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju. Sos pekat dengan rasa keju yang menawan kalbu ini benar-benar padu rasanya. Splendid!!

Dengan adanya Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju, kerja memasak semakin mudah dan pantas. Paling penting ianya juga memberi lebih penjimatan kerana kita tidak perlu menyediakan terlalu banyak ramuan utama seperti susu, keju dan sebagainya. Saya sendiri suka mengolah rasa dan persembahan masakan menggunakan Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju. Apatah lagi masakan fusion barat yang memang versatil dari segi rasa dan rupanya. Dan adalah salah satu cara untuk menarik minat anak saya makan dengan beria.

Selain itu penyediaan hidangan fusion dapat menguji kreativiti diri dalam menghasilkan masakan enak khas untuk keluarga tercinta. Mix and match dengan pelbagai jenis ramuan bersama Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju pasti tidak akan mengecewakan.

Antara hidangan menggunakan Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju yang menjadi feveret saya dan anak-anak adalah  Penne Baked With Prego Mac & Cheese. Caranya sangat mudah dan tempoh penyediaan tidak sampai 30 minit.

Cara nak sediakan Penne Baked With Prego Mac & Cheese

Bahan-bahan:
Prego Penne (1/2 peket)
Prego Mac & Cheese (1 tin)
1 labu Bawang putih (kisar)
Cendawan Shitake (sedikit, hiris )
Keju parmesan (sedikit)
Sedikit minyak olive oil

Kaedah:
Panaskan minyak olive oil
Masukkan bawang putih
Goreng sehingga naik bau
Masukkan cendawan shitake
Seterusnya campurkan Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju,
Garam secukup rasa
Masukkan Pasta Prego Penne
Kacau rata

Masukkan didalam loyang ataupun bekas
Dan akhir sekali taburkan keju parmesan diatasnya
Bakar dalam 10 minit dengan suhu 180c

Tadaaaa!!! Cantik kejadian selepas Penne Baked With Prego Mac & Cheese dibakar :-)

Perghhhh!!! Keju dan keju.. #dietwho

Lazat berkrim disukai ramai. Makan ketika masih panas-panas memang terbaik!! 

Apatah lagi ketika dibakar, kita akan dapat hidu bau aroma yang cukup hebat. Walaweh! Ini secara tidak langsung menggandakan rasa kepuasan memasak menggunakan Prego Sos Pasta & Makaroni.


Amani memang feveret makananya ialah pasta!

Apatah lagi ada keju, terus hidangan ini menjadi no.1 di hatinya

Yara dan pasta berkeju. Pasti licin ya, hehe

Lihat sahaja gelagat kedua anak saya. Begitu berselera menikmati hidangan Penne Baked With Prego Mac & Cheese. Melihat gelagat mereka pastinya membuatkan hati saya gembira dan bersyukur. Tidak dinafikan sebagai ibu memang kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga. Dan saya tidak pernah menafikan fakta itu.

Dengan adanya Prego Sos Pasta Makaroni & Keju dapat membantu para ibu memasak dengan pantas di dapur. Selain itu ianya adalah alternatif untuk lari dari menu kebiasaan. Pastinya kita boleh memperlbagaikan jenis hidangan yang lebih versatil.

So korang jangan lupa untuk dapatkan Prego Sos Pasta Makaroni & Keju terbaru dari Campbell Malaysia yang kini boleh didapati di pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara pada harga yang cukup berpatutan, iaitu RM6.49 setin. Beli banyak-banyak (seperti saya, heheh) simpan buat stok dan confirm anda tidak akan ada masalah apabila secara tiba-tiba anak anda menjerit 'Mummy nak makan pasta Prego dan keju boleh?' 

Zass Zass Zass.. Siap! Prego menjadi penyelamatnya :-) Hehehe.

#SuperLeleh
#YourYummySuperHero
#PregoMalaysia

Setiap rumah Perlu Ada Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 03, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Suka....fav Dania jugak..kadang kalau dia boring kat umah dia buat sendiri..benda senang kan...Prego memang sentiasa jadi pilihan

    ReplyDelete
  2. prego mmg favorite nisa kalau nak buat pasta. sebab dah cuba brand lain, last last tetap berbalik ke prego. sedap dan senang je nak sediakan! even tengah malas-malas pun tahu tahu je dah siap pasta haha!

    ReplyDelete
  3. yup! Kalau menu makaroni atau pasta, keluarga saya pun selalu gunakan jenama Prego ni sebab senang dan yang lagi penting, sedap! Memang puas hati lagi-lagi kalau makan ramai-ramai. Woohoo!

    ReplyDelete
  4. OMG, Prego has always been my family's favourites especially my son. He can cook up his favourite pasta dishes effortlessly with the delicious Prego products.

    ReplyDelete
  5. Senang kerja memasak bila ada Prego kan hehe. Campak-campak je dah siap. Sedap pula tu hasilnya. Nak try produk baru ni nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Bestnya Prego. produk masakan yang sangat sesuai untuk orang bujang kak. sangat memudahkan dan yang penting sedap.

    ReplyDelete
  7. Brand prego mmg my fav brand kat rumah. Klau nak masak spageti kat rumah mmg suka sangat dengan sos prego ni. Sebab simple n mudah cara penyedian.

    ReplyDelete
  8. bestnya. mek tak pernah masak spaggeti kat anak anak. tengok prego ni mudah macam boleh masak je kat depa.

    ReplyDelete
  9. Rawlins memang ada sos Prego kat rumah, cuma takde lagi yang nie. Boleh la nak tambah pasni agar senang nak campak-campak je time malas nak masak beriya kan.

    ReplyDelete
  10. sedap ni, setuju semua rumah kena cuba ni

    ReplyDelete
  11. Tak yah kata fav bebudak si , kalau dpat kat TY memang leh ralit dok makan camtu sahaja. Rasa cam nak gi beli ja kat kedai nanti balik masak..simple je kan.

    ReplyDelete
  12. sedap ke makan spagheti jenis penne ? kalau abam suka lagi macaroni. cicah dengan cheese lagi.. fuhh .. konfirm kenyang. tapi tula. stock spagheti dh lama tak ada. kejap lg abam cari prego ni

    ReplyDelete
  13. Dekat rumah memang kena sentiasa ada stok prego sebab anak suka sangat makan pasta dan carbonara. Cuma ena masih cari mac & cheese ni tak jumpa. Huwaaa susah cari lahhh. Dah la hantu cheese

    ReplyDelete
  14. sedap aihhh..mmg feveret. cuma jarang masak sebab anak & pak dia tekak melayu. kita sorang je laa melayan nye..

    ReplyDelete
  15. mac and cheese mmg faveret semua org! lagi2 kanan2. the best part is that we can make this at home togetehr with our child. home made are always the best! nak tryy!!

    ReplyDelete
  16. wow!!! siap ada resipi gitu... menarik nih... samalah kita... sekarang ni, memang kena selalu ada je stock pasta dan Prego sauce ni... mudah, cepat dan menyelerakan gitu... kan kan kannnn... anyhow, thanks for the recipe ya Ayu... will definitely try this out...

    ReplyDelete
  17. Nampak mudah ya. Bolehlah cuba lepas ni, saya pulak mmg suka dengan cheese. Thanks share ya.

    ReplyDelete
  18. Lepas ni kak ayu lebih mudah nak masak kat rumah lah bila dah ada produk prego macam ni yer hehehehe tengok anak-anak pun suka dan gembira dapat makan yang bercheese banyak macam ni kita pun suka hehehe..

    ReplyDelete
  19. Kita pun suka produk prego ni..sennag masak ..kalau tiba2 mals mask lauk,atau naka lapar..masak prego ni je..dah cuba mac n cheese ni memnag sedap..

    ReplyDelete
  20. Ya Allah, akak ni sengaja tau buat emi teringin. Haritu ada nampak sos ni kat village grocer. Tapi tak beli. Tengok la esok kalau singgah beli barang, nak beli la.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.