Bengkel Ibu 'Baking' Bersama Collins Kitchen Lab
Collins Kitchen Lab yang terletak di Mont Kiara sememangnya cukup terkenal dalam menghasilkan pelbagai jenis kek, pastri dan biskut yang berkualiti dan terbaik. Saya sendiri pernah menikmati kek di Little Collins Cakery Cafe, serius memang sedap!
Dan apabila theAsianParentMY Apps menganjurkan bengkel 'baking' bersama ibu-ibu yang terpilih di Collins Kitchen Lab haruslah saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai sekali. Apatah lagi bengkel kali ini akan turut disertai anak saya, Amani. Sememangnya di antara 7 beradik, Amani antara anak yang paling suka menyertai bengkel terutama melibatkan masakan dan juga seni.
Segala bahan dan perkakasan disediakan oleh pihak penganjur. Btw, saya sangat suka warna tema tema Collins Kitchen Lab - pink 'watermelon'.
Terdapat 2 sesi di sepanjang bengkel berlangsung. Iaitu sesi pertama adalah anak-anak belajar membuat cupcakes dan sesi kedua giliran para ibu mendeko cupcake menggunakan fondant.
Lihat sahaja keceriaan di wajah anak-anak ini. Biarpun masih kecil tapi mereka juga mempunyai jiwa yang besar. Masing-masing begitu teruja dan tekun belajar membuat cupcake dengan Teacher Frances.
Tada!!! Not bad. Ini adalah hasil cupcakes dari anak-anak kecil yang datang ke bengkel.
Ini merupakan kali pertama saya belajar mendeko cupcakes menggunakan fondant. Jika sebelum ini saya hanya didedahkan dengan menggunakan whipped cream. Nampak macam mudah, namun sebenarnya menggunakan fondant memerlukan teknik dan kesabaran yang cukup tinggi.
Ketekunan yang wajib dipuji, hehehe.
Selain daripada Teacher Frances yang memberi tunjuk ajar, sokongan daripada Mummy Ira, Mummy Rodiah dan Mummy Jane sangatlah saya hargai. Hehehehe. Al-maklumlah saya tidak mempunyai bakat seni yang tinggi cuma lebih kepada pandai memotivasi anak untuk sentiasa berusaha buat yang terbaik untuk diri sendiri.
Amani dan cupcakes yang dideko. Oh ya! Tidak semua ya, hanya 3 daripada cupcakes itu hasil air tangan Amani sendiri, hiks.
Ibu-ibu yang beria belajar mendeko cupcakes bergambar kenangan bersama Teacher Frances :-)
Di musim cuti sekolah ini, Collins Kitchen Lab turut mengadakan bengkel untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Untuk keterangan lanjut boleh layari lawan web ini yerp!
#collinskitchenlab
Bengkel Ibu 'Baking' Bersama Collins Kitchen Lab
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 13, 2019
Rating:
mesti anak anak enjoy kan!!! dah la cupcakes semua kiut kiut! balik rumah boleh repeat. kalau on boleh amik order! hehe
ReplyDeletecantiknya hias cupcake tu, saya ni bab2 baking ni masih lemah. Klu kelas camni kena bayar tak?
ReplyDeleteWah menarik ni kak..kte dulu suka baking cakes hahahah skrg hadap sambal je laaa
ReplyDeletewah..seronoknya tengok. teringin nak join kelas2 mcm ni. anak2 pun seronok kan leh belajar dan luangkan masa bersama mak2..
ReplyDeletebestnya deco deco cupcake cute macam tu!
ReplyDeleteBestnyaaaa. Anak saya pun suka buat decorate. Makanan biasa pun dia nak decorate. Hehe
ReplyDeleteBagusnya kalau dapat join. Kita suka baking ² ni... Dapat bawak anak sekali memang menarik! Develop kreativiti dan minat depa nanti. Nak usha laaa kelas yang ada cuti sekolah nanti
ReplyDeleteSeronoknya berbaking. Saya antara yg suka berbaking tapi tak reti haha. Nk kena belajaar jugakklah nnti.
ReplyDeleteCantik hasil air tangan Amani. Kalau auntie pandai makan je.. hehe.. bagus ada aktiviti macam ni tambah plak tak lama lagi nak cuti sekolah. boleh la para mak bonding time dengan anak kat sini
ReplyDeleteSeronoknya..bukan anak2 je yg suka..mak2 pun seronok kalau buat baking ni. Sis bab2 baking ni tak pandai sgt, bagi sis cam leceh je..tapi kalau dh siap masak mmg suka makan..hehehe
ReplyDeletesatu program yang membina ! kalau lah semua negeri ada program macam ni tentu seronok. amat bermanfaat. bukan sahaja anak anak malah ibu bapa sama.
ReplyDeleteWAH BAGUSNYA ADA PROGRAM MACAM NI.. ANAK DAN IBU BOLEH SAMA-SAMA JOIN AKTIVITI.. BONDING TIME YANG BERHARGA NI KAN..
ReplyDeleteCantiknya hiasan kek tu! Paling menarik bila anak dan ibu boleh join & belajar bersama2. Seronok utk spend time bersama. Tq share.
ReplyDeleteHave an enjoyable cake making session! Fun activities for mommies and kids!
ReplyDeleteI like this post,And I guess that they having fun to read this post,they shall take a good site to make a information,thanks for sharing it to me. instagram likes app free
ReplyDelete