Kempen Back To School 2020 Bersama Sunfeet

Adalah penting untuk kita mengambil berat tentang kaki anak kita. Ini kerana kaki antara anggota yang sangat penting dalam memainkan peranan untuk mengimbangi badan dan juga berjalan, berlari dan sebagainya. 

Kaki yang sihat menjadikan anak-anak kita sentiasa kekal aktif. Bukan sahaja penting dalam pertumbuhan fizikal bahkan pembesaran juga. 


Jika didapati kita mempunyai masalah tapak kaki, sebenarnya ianya masih boleh dirawat oleh Pakar Ortodontik. Iaitu dengan menggunakan kasut yang bersesuaian dan mampu memberi keselesaan. Antara tempat yang direkomen untuk mendapat rawatan adalah di Sunfeet International Centre . Untuk pengetahuan semua pusat Orthotic ini dibuka di Malaysia sejak tahun 1978 lagi lamanya.

Dr. Edmund juga berkongsi antara masalah yang sering dihadapi oleh pesakit di kliniknya. Yang mana jika dilihat dari luaran seperti tiada masalah, namun hakikatnya mereka mengalami masalah bentuk tapak kaki.

Antara senaman yang boleh digunakan dalam rawatan jari kaki. Iaitu dengan mengalih satu per satu guli ke pinggan/mangkuk menggunakan jari kaki. Ini juga dapat menguji otot jari kaki samada kuat ataupun tidak.

Jika saiz badan juga tidak sama setiap orang, apatah lagi saiz tapak kaki. Ianya memang berbeza. Ada yang agak besar, terlalu kecil dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua  tapak kaki kita mempunyai beberapa jenis tapak kak, antaranya seperti:-
  • severe flat
  • flat
  • normal
  • high arch
  • severe high arch
  • pronated.


Ini adalah contoh bagi mereka yang mempunyai 'flat feet' Jika dilihat dari atas dan sisi memang nampak perbezaannya dengan tapak kaki normal.

Masalah yang sering dihadapi oleh kanak-kanak. Jika mereka sering duduk bersimpuh seperti gaya di atas. ianya memyebabkan masalah pada pembentukan otot kaki. Dan saya rasa anak saya Ameer mengalami masalah seperti ini.

Antara yang dicadangkan oleh Dr. Edmund untuk pemeriksaan saiz kasut anak adalah seperti berikut:-

Untuk usia anak:
1-2tahun setiap 2 bulan
3-4tahun setiap 4 bulan
5-6tahun setiap 6 bulan

Ini disebabkan sekiranya kasut yang dipakai ketat, terlalu longgar, kedap udara dan rekabentuk kasut yang tidak semula jadi mengikut tapak kaki boleh menyebabkan kita mengalami masalah kaki. Jadi kita kena betul-betul pastikan kasut yang dipakai benar-benar selesa.
Ada 6 cara yang kita boleh uji memastikan kasut yang dipakai benar-benar selesa. Boleh rujuk pada gambarajah di atas. Antara tips yang dikongsikan oleh Dr Edmund dari Sunfeet International seperti:-

  1. Sila pastikan anda peka dengan keadaan fizikal anak anda terutama tapak kaki mereka. Jangan paksa untuk menyarung kasut jika ianya tidak muat atau ketat. Tidak ada istilah kasut akan mengembang dalam masa terdekat.
  2. Sebaiknya jika hendak mengukur panjang saiz kaki perlulah pada waktu lewat petang. Ini kerana kaki ianya adalah lima hingga lapan peratus lebih besar berbanding awal pagi.
  3. jika diperhatikan kedua saiz kaki adakalanya tidak sama panjang. Semestinya saiz kasut perlu mengikut saiz kaki yang paling besar dan apabila jari dimasukkan hendaklah lebih kurang 1/2 inci antara hujung jari dan hujung kasut.
  4. Pastikan kasut mempunyai pengudaraan yang baik.



Afiq dan Amani juga berpeluang membuat ujian jenis tapak kaki yang mereka miliki menggunakan cara manual.

Seterusnya kami diberi konsultansi secara PERCUMA dari Dr Edmund. Di mana untuk kaki Amani adalah dalam bentuk 'flat feet', manakala tapak kaki Afiq adalah normal.

Di Sunfeet International kita boleh 'custom' sendiri kasut yang sesuai dengan kaki kita. Dari jenis rekabentuk kasut dan jugak tapak kaki di bahagian dalam.

Jadi apabila disarung ianya nampak terletak dan selesa.

Material untuk kasut sekolah di Sunfeet International juga sangat ringgan dan tahan lasak. Lihat sahaja pada tapaknya di luar memang kukuh.

Afiq yang sedang menggayakan dengan salah satu kasut sekolah yang ditawarkan di Sunfeet International.

Ibu dan bapa yang begitu teruja dapat bertemu serta berkongsi info bersama Dr Edmund. Banyak yang kami pelajari terutama tentang tapak kaki anak, jenis, risiko dan pelbagai lagi topik menarik.

Oh ya! Sekarang ada promosi Back to School 2020. Harga yang ditawarkan bersempena dengan kempen ini ternyata sangat berpatutan dan paling menarik pelanggan juga akan mendapat 7 servis PERCUMA dari Sunfeet International.

Keterangan lanjut boleh layari:

LAMAN WEB : https://www.sunfeet.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/sunfeetinternational
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sunfeet_rehab_center
Kempen Back To School 2020 Bersama Sunfeet Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 26, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.