Percutian 2H1M di Ipoh | Fasiliti di Putraside Allsuites Dan Antara Tempat Menarik di Bandar Ipoh
Saya suka betul dengan gambar ini. Nampak sempoi giteww...
Gambar anak-anak memang antara feveret saya. Sehabis boleh saya akan rakamkan momen mereka ketika bersama. Apatah lagi apabila dapat pergi bercuti bersama-sama ke tempat menarik seperti percutian di Ipoh baru-baru ini, hiks.
Recap entri sebelum ini:
Tambun:
Seperti yang saya war-warkan kami menginap di Putraside Allsuites at RPGC. Memang suite apartmen di sini sangat best dari segi keluasan dan juga fasiliti yang disediakan di dalam bilik.
Tapi sebenarnya ada banyak lagi fasiliti di luar bilik yang terdapat di di kelab golf RPGC dimana kita sebagai tetamu Putraside boleh menggunakannya. Antaranya seperti:-
Kolam renang. Namun perlu ikut waktu operasi dan harus memakai pakaian mandi (swimming suit).
Ada jakuzzi juga.
Gymnasium. Lengkap dengan pelbagai alatan untuk kita bersenam.
Drive range. Tapi kena bawa peralatan sendiri yerpp.
Games room. Ada tempat main snooker, mahjung dan ada juga gelanggang squash.
Dan saya sebenarnya teruja melihat kecantikan padang golf RPGC. Luas dan cantik. Tetapi untuk penggunaan padang ini hanyalah untuk ahli kelab sahaja ya.
Aktiviti Hari Kedua
Seawal pagi kami dah bangun. Bersiap sedia untuk aktiviti hari kedua/terakhir di Ipoh. Sarapan pagi dulu di Fairway Restaurant di RPGC. Pilihan makanan banyak juga ada nasi lemak, mee goreng, roti, kuih muih dan buahan. Memang puas hati!
Concubine Lane. Antara tempat yang harus diterjah. Selain daripada kita boleh lihat terdapat penjual barangan di kaki lima. Di sepanjang jalan juga terdapat juga mural-mural yang menarik yang boleh dijadikan latarbelakang untuk bergambar beria atau ber-ootd.
Banyak sebenarnya kami bergambar di sini. Rasanya lebih dari 40 foto di kawasan ini sahaja, hehehe.
Sempat juga memborong di sini selipar buatan tangan. Kemas sangat jahitannya, itu yang sampai 2 pasang saya beli, hokeh, Hiks.
Seterusnya kami ke taman rekreasi Gunung Lang. Pertama kali sebenarnya saya mendengar tempat ini.
Cantik sangat pemandangan taman ini, momen yang dirakamkan dari bot.
Unikkan, umpama gazebo rekabentuk lama.
Selain itu terdapat pelbagai jenis haiwan jinak yang boleh kita dekati di sini. Ada burung unta, seladang dan banyak lagi. Memang puas hati. Sebabnya berada di sini seolah kita berada di mini zoo, bukan hanya 1-2 kandang bahkan lebih daripada itu.
Makan tengahari kami di sini. Jangan risau ianya restoran halal. Dan kita akan lihat ramai yang beratur panjang untuk sepinggan nasi ganja.
Perghhh!! Memang padu gila. Rasa kuah kari dan gabungan lauk pauk nasi ganja ini. Saya suka sangat rasa sambal kelapanya yang agak unik.
Masa untuk kembali ke dunia realiti (hiks balik KL sebenarnya). Percutian yang singkat tapi memang puas hati. Diharapkan pada masa akan datang saya boleh kembali ke sini lagi bersama famili. Untuk eksplorasi bumi Ipoh yang unik, cantik dan kaya dengan khazanah tradisi.
Terima kasih Putraside Allsuites at RPGC di atas perancangan aturcara melawat bandar Ipoh 2 hari 1 malam yang ohsem!
Percutian 2H1M di Ipoh | Fasiliti di Putraside Allsuites Dan Antara Tempat Menarik di Bandar Ipoh
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 29, 2019
Rating:
ipoh memang tempat makan best kan. tq for sharing, boleh masuk list jjcm
ReplyDeleteConcubine Lane tu memang wajib dijelajah. Nasi Ganja wajib dimakan.
ReplyDeleteSo, bila kita nak menyinggah/ bercuti ramai-ramai bersama-sama lagi?
Dah lama tak jalan jalan ke ipoh. sesuai sangat kalau stay a night kat sini, short vacation yang penting ada swimming pool nak terjun tiruk hehe
ReplyDeletenext time jalan ipoh lagi boleh datang sini heheh macam bestnya tengok gambar tu
ReplyDeleteWow!!!!!! Menarik nampak tempat nie. Memang sesuai utk family vacation. Thank you for sharing your review. Take care.
ReplyDeletegambar first tu memang sempoi sangat, i like..hahaha
ReplyDeletebanyak tempat best kat ipoh ni sebenarnya, dulu selalu pergi ipoh tapi jarang explore tempat macam ni.. nice sharing :)
bestnya dapat jenjalan with family Menarik tak pernah singgah tempat-tampat yang Ayu kongsikan! cuti sekolah nie, kalau ada masa teringin nak ajak family pergi... syoklah family time...
ReplyDeleteLong time didn't go Ipoh jalan2. Should plan this with my husband... Time to escape From bustling City
ReplyDeleteTq info. Selalu ke ipoh tapi touch & go je, belum sempat jalan2.
ReplyDeleteMenarik juga taman rekreasi gunung lang tu ye
Lamanya tak bercuti di Ipoh. Okay la lokasi ni. Sesuai untuk family yang besar. Thanks di atas perkongsian artikel. Nanti boleh la sarankan untuk kawan-kawan yang bercuti ke Ipoh.
ReplyDeletebestnya... Hotelnya menarik.. Boleh masuk list hotel bila nak bercuti dekat Ipoh.. Sebelum ni nak staybdekt kinta river.. Thank you sharong kak.. Seseuai untuk family ni
ReplyDeleteSeronoknya bercuti dengan keluarga. In shaa ALlah next year saya nak rancang percutian dengan keluarga. Dah lama jugak tak bercuti sama2. Sebab masing2 sibuk dengan kerja.
ReplyDeleteWah.... Seronoknya bercuti with family. Percutian gini memang best kannn? Full pack dengan aktivti syoknya! Putraside Allsuites tu nampak selesa sungguh dan aktivti holiday ayu di Bandar Ipoh kita nak follow nanti
ReplyDeletebest ! ipoh antara must visit juga untuk 2020 cuma tak sure bulan mana nak pegi. and thankyou untuk suggestion ni. boleh rujuk sini balik nanti.
ReplyDelete