Percutian 2H1M di Ipoh | Lost World Hot Springs & Night Park
Susulan daripada entri yang lepas iaitu percutian 2 hari 1 malam di Ipoh, pada hari pertama sebelah malamnya kami telah ke Lost World Hot Springs & Night Park di Tambun. Istimewanya untuk operasi sebelah malam, para pengunjung dapat menikmati kehangatan air kolam mandi panas, selain daripada dapat menikmati kecantikan taman tema Lost World pada waktu malam.
Antara tarikan di Lost World Hot Springs & Night Park adalah seperti kolam air panas, luminous forest, petting zoo dan pertunjukan api.
Kolam Air Panas / Hot Springs
Kehangatan menikmati mandian air panas di waktu malam sememangnya meninggalkan momen yang indah. Apatah lagi ianya dikelilingi cahaya lampu malam yang berwarna-warni penuh keindahan..gitchewww...
Itu caranya apabila kita berkongsi keterujaan dapat bermandi-manda di kolam air panas.
Oh ya! Selain daripada kolam air panas terdapat juga kolam air sejuk yang terletak berhampiran dengan pantai buatan.
Luminous Forest
Ini adalah port yang wajib disinggah oleh setiap pengunjung Lost World Hot Springs & Night Park. Uniknya kita akan dapat lihat kecantikan sepanjang laluan Luminous Forest dengan pelbagai jenis bentuk dan rekaan objek berlampu.
Sepanjang perjalanan kita akan mendengar alunan pukulan gendang . Dan bertambah menarik, disetiap hentian ada gambar seperti penceritaan mengenai tentang "Luminous Forest" (rekaan semata). Unik sangat!
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil pasti teruja apabila dapat melihat dan mendekati haiwan-haiwan jinak di Petting Zoo Lost World. Memang seronok terutama apabila dapat bertemu dengan spesis haiwan yang agak 'rare'.
Dunia hamster. Ada pelbagai jenis spesis hamster di sini, kecil dan besar.
Saya tidak pasti apa nama haiwan ini tetapi ianya memang jinak.
Burung kakaktua antara yang mencuri perhatian kerana kebijaksanaan dan kepetahannya berkomunikasi dengan pengunjung.
Antara acara kemuncak yang dinantikan oleh semua pengunjung Lost Word Hot Springs & Night Park adalah pertunjukan api. Lama juga tempoh persembahan dan bagi saya ianya sangat berbaloi ditonton.
Menarik bukan? Antara klip persembahan yang sempat dirakamkan. Semua aksi adalah dilakukan oleh mereka yang sememangnya pakar dalam bidang ini/
Unuk keterangan lanjut dan informasi mengenai harga tiket boleh layari:-
Jom bercuti di Lost World Hot Springs & Night Park Ipoh, Perak.
Percutian 2H1M di Ipoh | Lost World Hot Springs & Night Park
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 28, 2019
Rating:
belum ada peluang nak ke sana lagi. seronok la anak2 kalau dapat nampak haiwan tu dan mandi2 kat sana. Musim cuti sekolah ni boleh la set date nak ke sana
ReplyDeleteAnak-anak dah berjaya jejak kaki ke sana melalui rombongan sekolah. Mak anak je yang belum. Begitulah pengorbanan seorang mak untuk anak. Memang balik dari rombongan sekolah, seronok mereka bercerita itu ini semasa di sana.
ReplyDeleteAdakah Ayu menyelam lagi di dalam kolam air panas? Mesti rasa kesunyian sebab kengkawan kecoh tiada bersama ye tak. Next time ajak sekali kengkawan semua, biar kech LWOT kelak. Haha
ReplyDeleteKak Ayu sempat tak berendam dalam LWOT tu? macam best je tengok pergi bercuti sana.
ReplyDeleteseronoknyaa..sebab boleh buat macam2 aktiviti..dari berendam air sampai tgk binatang n pertunjukan api..
ReplyDeleteWah sempat juga ye berjalan-jalan kat sana bercuti. Kita belum sempat sampai lagi sana. Yang lampu-lampu tu sekarang popular kan. Memasing buat sebagai daya tarikan di malam hari.
ReplyDeletewah bestnya macam-macam aktiviti ada. dulu rajin juga jalan-jalan kat ipoh tapi tak pernah lagi sampai ke tambun..huhu
ReplyDeletewah best yer bawa anak2 bercuti ke sini. macam2 kan ada di Tambun ni. InshaAllah tahun depan lah bawa anak2 bercuti ke sini
ReplyDelete2-3 bulan lepas pun Mat Drat ke sini, Tapi ke Hot Spring Sahara. Memang best bawa anak anak
ReplyDeletecuti sekolah ni memang waktu yang sesuai untuk ke sini. sure masa akan terisi dengan pelbagai aktiviti yang ada. tq for sharing, boleh jadikan pilihan untuk bercuti dengan tersayang
ReplyDeleteTak pernah sampai sini! Maybe boleh masuk dalam list travel kami!hehe
ReplyDeleteFamous tempat ni, dulu memang teringin sangat nak travel ke West Malaysia tapi sampai sekarang saya asyik terlebih sempadan Malaysia bila nak travel. haha
ReplyDeleteMemang best bawa keluarga bercuti masa cuti sekolah ni.. ngam timingnya.. gambar semua cantik
ReplyDeleteAlahhh kita dan family belum berkesempatan lagi nak pergi sana. Banyak aktiviti-aktiviti and show yang menarik kan untuk sesi keluarga. Tempat ni pun memang menarik untuk kita spend day dengan orang tersayang
ReplyDeleteLost World Hot Spring lom try lagi pegi. Teruja sungguh baca dan tengok gambar². Tunjuk je kat anak² menjerit terus ajak pegi..huhuhu
ReplyDeleteWow bestnya setiap minggu ulang alik ker Lost World Of Tambun jelous kita tau heheheh seronok sana tapi kalau selalu pergi dan kurang best sikit sebab dah main semua permainan sini hehehehe...
ReplyDeleteBestkan LWOT ni. Marina banyak kali datang sini pon tak bosan. Aktiviti malamla paling best. Macam-macam aktiviti yang ada waktu malam
ReplyDelete