Percutian 2H1M di Ipoh | Penginapan Putraside Allsuites at RPGC
Untuk musim cuti persekolahan tahun ini, destinasi pertama saya dan anak-anak terjah bercuti adalah bandar Ipoh. Bandar yang cukup terkenal dengan budaya dan kecantikan warisan alam semulajadi ini sememangnya sentiasa menjadi tarikan bukan hanya masyarakat tempatan bahkan pelancong dari luar negara.
Dan saya telah memilih Putraside Allsuites by RPGC sebagai penginapan 2 hari 1 malam sepanjang berada di Ipoh.
Apa yang menarik lokasinya yang strategik berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike. Ianya juga berdekatan dengan lokasi-lokasi tarikan lain di Ipoh seperti Lost World in Tambun, pekan Ipoh dan pelbagai lagi.
Selain itu, Putrade Allsuites at RPGC juga dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap serta menawarkan unit penginapan suite apartmen yang mempunyai samada 1 bilik, 2 bilik mahupun 3 bilik.
Bersebelahan dengan Putraside Allsuites at RPGC merupakan Rumah Kelab RPGC (Kelab Golf Di Raja Perak). Memang luas dan cantik.
Suite Apartmen saya terletak di tingkat bawah. Dan ianya adalah apartmen dengan 1 bilik.
Tada!! Dan ini adalah bilik penginapan saya dan anak-anak.
Sedikit informasi mengenai 3 jenis apartmen suite yang ditawarkan di sini:-
Suite satu-bilik ini mempunyai ruang tambahan satu bilik tidur dengan katil saiz Queen atau katil berkembar, TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi, dapur mini dengan microwave serta peti sejuk dan peti keselamatan. Esklusifnya setiap apartmen di sini mempunyai mesin kopi Dolce Gusto di dapur mini.
Suite Dua-Bilik
Suite ini didatangkan dengan dua bilik standard dengan ruang yang lebih besar. Turut disediakan katil bersaiz King di bilik tidur utama serta katil berkembar di bilik tetamu, TV LED 43 dan 32 inci serta ruang kerja terbuka serta akses internet berkelajuan tinggi, dapur mini, microwave,peti sejuk dan peti keselamatan. Seperti suite apartmen satu bilik, turut disediakan adalah mesin kopi Dolce Gusto di dapur mini. Suite ini sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga ataupun datang berkumpulan.
Suite Tiga-Bilik
Cita rasa mewah dan keselesaan, dengan ruang lantai luas kira-kira 1,200 kaki persegi. Terdapat ruang tamu dengan dekorasi yang sangat hebat. Lebih menarik suite ini didatangkan dengan tiga bilik tidur katil berkembar dan dua bilik mandi. Terletak di tingkat tiga, suite ini menawarkan privasi dan eksklusif. Ia menyoroti katil bersaiz King di bilik tidur utama dan dua katil berkembar di kedua-dua bilik tetamu, ruang makan yang luas serts akses internet berkelajuan tinggi. Dan tidak dilupakan mesin kopi Dolce Gusto di dalam bilik dan di bilik. Suite ini merupakan pilihan yang terbaik untuk keluarga yang ramai ataupun kumpulan pelancong yang lebih besar.
Katil berkembar
Katil saiz Queen, meja solek dan TV LED 32 inci
Almari tempat penyimpana baju serta sterika dan 'board'
Ruang tamu dengan TV LED 43 inci
Ruang tamu kemas dan teratur
Dapur mini, untuk kita bancuh akir panas mahupun sejuk
Mesin kopi Dolce Gusto. Untuk setiap apartmen diberikan hanya 1 kapsul sahaja
Meja makan dan peti sejuk
Saya dan anak-anak juga sempat menikmati juadah makanan tengahari di Fairway Restaurant yang terletak di tingkat bangunan utama RPGC.
Kami memilih hidangan ala-carte dan semuanya sangat sedap. Antara hidangan yang telah dicuba oleh saya dan anak-anak adalah seperti:-
Nasi Goreng Kampung
Sup Cendawan
Rib eye
Fish & Chips
Antara minuman yang diorder - chocolate shakes, strawberry shakes, jus karot, jus epal, jus oren dan lima ais.
Selesai makan kami terus 'check in' suite apartmen lebih kurang pada jam 3.00 petang. Dan pada sebelah malamnya, kami sekeluarga telah ke Hot Springs Lost World of Tambun. Pastinya saya akan kongsikan aktiviti malam pertama didalam entri yang seterusnya. Check it out ya guys!
.
#PutradeAllsuites #RoyalPerakGolfClub
Percutian 2H1M di Ipoh | Penginapan Putraside Allsuites at RPGC
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 27, 2019
Rating:
wow.. cantik tempatnya.. makan minum pun nampak sedap-sedap.. kalau ada peluang mau juga ke sana
ReplyDeleteCantik katil Queen dia tu, x mcm jenis katil hotel biasa. And overall cantik hotel ni.
ReplyDeleteSeronoknya nmpk anak2 sampai naik atas kerusi punya enjoy.. Bonding time bersama anak2 ke sini mmg menarik.. Leh la masuk dlm wish list hotel utk AM spent time bersama2 anak2 cuti sekolah nie
ReplyDeletewah nampak serba lengkap facilities yang ada! bagus ni boleh refer nanti!
ReplyDeleteLamanya tak pergi jalan2 dkt Ipoh. Kalau pergi pun hari tu dekat LWOT je. Tu pon takde nak jalan2 kat ipoh. Nampak hotelnya selesa, bolehlah nnti kalau ada plan nk bercuti untuk stay sini .
ReplyDeleteok.. next week nk turun ipoh, nk singgah sini jgk la.tengok hotel nampak mewah n selesa. ada kolam tak dkt sana ? breakfast include kan check in sini?
ReplyDeletebesar juga bilik siap ade meja makan lagi.. Not bad tempat dia.. Semua lengkap.. Ada tempat makan lagi.. Best
ReplyDeletewah bestya :)
ReplyDeleteBest dan menarik untuk percutian seisi keluarga!
ReplyDelete