Produk Afy Haniff Semuanya Menggunakan Ramuan HALAL!

Produk Afy Haniff Semuanya Menggunakan Ramuan HALAL!- Tidak dinafikan mencari produk yang HALAL adalah wajib bagi umat Islam. Tidak kira samada makanan, penjagaan badan dan muka bahkan dalam semua barangan yang digunakan dalam aktiviti seharian perlulah mengandungi bahan yang halal dan tidak meragukan.


Dan antara produk lokal dan halal yang menjadi kegunaan harian adalah daripada jenama Afy Haniff. Terdapat pelbagai produk keluaran Afy Haniff yang boleh digunakan seisi keluarga. Memang best dan menarik! Apatah lagi harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan lebih menjimatkan serta agak mudah untuk medapatkan produk ini di pasaran.

 Antara produk Afy Haniff yang terdapat di pasaran yang korang boleh guna dan cuba seperti:-

1. D'menC

D'menC cara sebutan adalah DIMENSI, Ianya adalah"Fabric Freshener"  yang didatangkan dengan 4 pilihan varian yang memikat. Antara variannya seperti Calming Lavendar, Breazy Vanilla, Refreshing Lemon dan Romantic Strawberry.


Saya suka menggunakanna di bahagian ruang tamu dan juga bilik tidur. Baunya yang sangat 'fresh' dan paling menarik ianya dapat membunuh  99.9% bakteria yang menjadi penyebab bau busuk! Paling best ianya dipertingkatkan dengan Malodour Counteractant Technology untuk aroma berpanjangan.

*Harga di pasaran adalah tidak sama seperti didalam gambar ya, memandangkan gambar diambil bersempena dengan promosi semasa kernival berlangsung :-)


2. 40 days

Jenama 40 days merupakan pencuci pinggan mangkuk  keluaran Afy Haniff yang terbaru di pasaran. Ianya dapat membersihkan sehingga 500 cucian! Terdapat 2 jenis varian yang ditawarkan tau.


*Harga di pasaran adalah tidak sama seperti didalam gambar ya, memandangkan gambar diambil bersempena dengan promosi semasa kernival berlangsung :-)

Saya sangat suka dengan botol produk ini yang didatangkan dengan 'pump'. Jadi sangat mudah untuk mengawal pengunaan kuantiti cecair pencuci setiap kali membersih pinggan mangkuk. Sangat praktikal bukan?

3. plash

Untuk kita sentiasa mengambil berat tentang penjagaan kebersihan, produk PLASH ini harus ada di setiap rumah. Ianya adalah  sabun tangan berbuih yang mampu melembut dan melembapkan  kulit tangan kita. Terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu  sweet sakura dan juga fresh aloe.

 Terdapat 2 jenis saiz yerp! Dan saya sangat suka saiz mini yang mengandungi kuantiti sabun sebanyak 200ml. Mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Psstt!! Kalau korang nak jadikan hadiah/goodies pun sesuai juga tau :-)

 Saya memang akan sentiasa pastikan anak saya sebelum dan selepas bermain, tangan mereka perlu dibersihkan dengan plash!

Sabun yang mempunyai buih-buih lembut yang sangat sesuai untuk kanak-kanak serta kepada mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif .


 4. Swipel
Produk SWIPEL ini memang menjadi pilihan saya sejak dulu lagi. Ianya Serai Wangi Insect Repellent yang bukan sahaja boleh membersih bahkan penggunaan utamanya adalah untuk menghalau serangga secara semulajadi tanpa melibatkan sebarang racun.

Memandangkan saya mempunyai anak yang masih kecil, jadi penggunaan produk ini memang selamat dan menyakinkan. Apatah lagi bau serai itu sendiri memang wangi semulajadi, memang saya tidak teragak menggunakannya di dalam rumah


*Harga di pasaran adalah tidak sama seperti didalam gambar ya, memandangkan gambar diambil bersempena dengan promosi semasa kernival berlangsung :-)

Ada dua jenis pembungkusan iaitu cecair ataupun dalam bentuk lilin. Namun yang jenis lilin ini adalah sesuai untuk kegunaan menghalau lalat. Bestkan! Mewangikan rumah sambil memelihara kebersihan kawasan penginapan orang yang kita sayang.

4 produk dari Afy Haniff yang perlu ada di setiap kediaman,
Membersih dengan haruman yang memberi keselesaan,
Ramuan HALAL semestinya produk lokal menyakinkan,
Tanpa was-was untuk kegunaan kita dan seisi keluarga seharian!


"Kesegaran Menceriakan Kehidupan"!
Produk Afy Haniff Semuanya Menggunakan Ramuan HALAL! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 04, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. Baru tau adanya produk ini di pasaran. Satu alternatif buat surirumah yang mahu mencuba sesuatu yang baharu. Tq for sharing Ayu.

    ReplyDelete
  2. bagusnya produk yang selamat untuk anak kecil ni! boleh cari nanti!

    ReplyDelete
  3. Wah.. Da macam2 produk Afy haniff sekarang ni kan kak.. Banyak choice dah.. Pernah try dia punya pencuci tangan n pinggan tu.. Best jugak

    ReplyDelete
  4. Baru tau ada produk ni di pasaran. Packaging lebih kurang dengan brand yang ada di pasaraya. Tu yang kena tengok 2 kali. Sokong produk bmf

    ReplyDelete
  5. Yeah, I also love using Affy Hanif product. I think Affy Hanif is a good brand and can make it big someday. Thank you for sharing your review. Have a good weekend.

    ReplyDelete
  6. Amboi sakan ye sisi shopping produk AFY haniff. Produk AFY haniff ni tak perlu ragu atau was was nak gunakan sebab memang produk muslim yang ternyata halal dan selamat digunakan untuk rumah. Nanti saya nak beli juga produk AFY haniff ni.

    ReplyDelete
  7. Thanks sharing. At least tahu nama produk keluaran muslim ni. Kita melayu kena lah support. Ena pon mula tukar byk produk rumah keluaran muslim. Bukan boikot taw tapi utamakan

    ReplyDelete
  8. Macam2 produk afy haniff ye. Marina pernah guna perfume kete dia yang vanilla tu..wangi sangat

    ReplyDelete
  9. ai pakai jugak produk afiy nih ...memang best sebab bahan dia oraganik ...tapi kadang satu 2 jenis jer yang ada jual...nak dapat semua memang payah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak beratur di pasaraya utk membeli brg keperluan? Kini anda boleh membeli rangkaian produk keluarkan AFY Haniff secara online. WhatsApp Now: https://afyhaniff.yzza.io/38ndtxwkm/

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Eh, first time laa tahu pasal product ni. Selalunya hand soap selalu keringkan kulit. If ada macam ni boleh bantu dari smua tu. My skin pun selalu sensitive dari product.Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  11. Pernah dengar pasal produk ni tapi tak pernah lagi guna. Suka yang ada serai wangi tu..nanti nak cuba jugaklah

    ReplyDelete
  12. Terbaik afy haniff! Saya pun sukakan jenama ni. Sekarang dia dah pelbagaikan jenis produk dia. Bleh la nak try lps nu.

    ReplyDelete
  13. Wangi kan afy haniff ni. Kat rumah mak emi memang duk guna jenama afy haniff ni pun. Wangi je rumah. Dah la jenama dia ada macam2 variasi produk.

    ReplyDelete
  14. terbaiklah sebab keluarkan produk yang organik, tahniah! semoga lebih banyak produk sebegini dapat dikeluarkan

    ReplyDelete
  15. Kami sekeluarga pun suka guna produk Afy Haniff ni... mesra alam, biodegradable sebab menggunakan bahan-bahan organik kan... in terms pun bau pun just nice... tak terlalu kuat, tak terlalu soft... based on packaging sizes pun okay, sesuai dan mudah untuk dibawa ke mana-mana... semoga produk Afy Haniff terus maju ke hadapan dan berkembang dengan lebih pesat...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.