Pusat Kesuburan Sophea Menawarkan Hospitaliti "Muslim Friendly"



Pusat Kesuburan Sophea Menawarkan Hospitaliti "Muslim Friendly"- Memiliki zuriat sendiri sememangnya menjadi impian semua pasangan yang sudah berumahtangga. Namun tidak semua yang bernasib baik untuk mendapatkan zuriat sendiri dengan mudah. Adakalanya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pasangan samada salah seorang atau keduanya sekali mengalami masalah kesuburan.

Di zaman teknologi serba canggih hari ini, kemajuan dalam bidang perubatan dan perbidanan ini dapat membantu banyak pesakit yang memerlukan rawatan. Contohnya seperti rawatan kesuburan yang boleh membantu pasangan yang sudah berkahwin mendapatkan zuriat mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir daripada masyarakat hari ini masih ragu-ragu tentang rawatan ini terutama dari segi prosesnya dan hospitaliti yang disediakan samada mengikut syarak ataupun tidak. Ini kerana seperti masyarakat muslim, prosedur yang dilakukan harusla berlandaskan ajaran Islam yang berlandaskan garis panduan yang dibenarkan oleh syarak  mengikut “ Maqasid Syariah”

Secara ringkas, kalau korang nak tau 5 prinsip Maqasid Syaria bole rujuk pada gambarajah di bawah. Sumber: http://www.islam.gov.my/bahagian-maqasid-syariah/1181-prinsip-maqasid-syariah



Sehubungan dengan itu, Pusat Kesuburuan Sophea telah ditubuhkan dan telah dirasmikan pembukaannya pada 1 November 2019. Pusat Kesuburan Sophea (Sophea Fertility Centre) telah mula beroperasi di alamat berikut:- 

Sophea Fertility Centre 
106, Jalan Gasing, Section 5, Petaling Jaya, Selangor

Perasmian pembukaan telah dilakukan oleh Dr Wong Pak Seng, Pengasas dan Direktor Sunfert Group. Turut kelihatan di gambar adalah Dr Norazlin Rosli, Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Sophea.   

Antara rawatan kesuburan yang ditawarkan di Pusat Kesuburan Sophea IVF (Intracytoplamic Sperm Injection), IUI (Intrauterine Insemination) dan ICSI (Intracytoplamic Sperm Injection). Begitu juga bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi, boleh juga mendapatkan perkhidmatan nasihat dan rawatan dari doktor pakar di sini.

Antara prosedur yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin mendapat rawatan kesuburan di sini adalah mendapat nasihat awal daripada Doktor Pakar terlebih dahulu. Ini melalui pemeriksaan ke atas badan pesakit, masalah penyakit lain yang dialami dan sebagainya.. Contohnya jika pesakit tersebut mempunyai sejarah penyakit jantung, maka masalah kesihatannya itu perlu di rujuk kepada Pakar Jantung terlebih dahulu. Ini adalah untuk mendapatkan pengesahan serta persetujuan kondisinya sebelum rawatan dimulakan. Adalah sangat penting bagi semua pesakit tidak akan merbahayakan dirinya sekiranya mereka hami

Saya memang sangat rekomen Pusat Kesuburan Sophea kepada mereka (terutama orang muslim) yang inginkan mendapat rawatan kesuburan. Antara sebabnya adalah seperti berikut:-

1. Dikendalikan Oleh Doktor dan Pekerja Wanita

Dari mula rundingan, pemeriksaan awal sehinggalah ke proses rawatan kesuburan dikendalikan sepenuhnya Doktor dan pekerja wanita. Apa yang lebih menarik doktor yang terlibat dalam pengendalian rawatan adalah beragama Islam. Jadi pengendalian operasi terutama pengeluaran telur dilakukan sebaik-baiknya mengikut syarak, ini terutama dalam melibatkan aurat dan sebagainya.

 Bilik rundingan bersama Pakar Perubatan. Bilik ini sangat lengkap dengan fasiliti dan paling penting persekitaran bilik sangat kondusif seperti kita berdiskusi atau bertemu janji di tempat yang begitu selesa. Ini kerana saya percaya ramai dikalangan kita yang mengalami masalah kesuburan agak malu untuk berkongsi tentang masalah yang mereka alami.

Jadi apabila kita berada di bilik rundingan bersama pakar seperti ini, sedikit sebanyak mampu memberi keselesaaan untuk kita mendapat rawatan dan nasihat dari yang pakar. Bayangkan Doktor Anestesia juga perempuan ya! Sepertimana yang kita ketahui biasanya mereka yang terlibat dalam bidang pembiusan adalah rata-rata lelaki, tetapi di Puat Kesuburan Sophea doktor bius yang terlibat adalah wanita :-)


Bilik rundingan dan rawatan lain yang terdapat di Pusat Kesuburan Sophea. Ini adalah bilik jururawat yang bertanggungjawab untuk mengambil rekod kesihatan pesakit.


2. Menggunakan Kaedah dan Teknologi Terbaik

Teknologi yang digunakan di Pusat Rawatan Sophea adalah antara yang terbaik dan terkini. Paling penting pengendali teknologi di sini semuanya pakar-pakar yang mempunyai kemahiran yang diperakui oleh dunia perubatam.

Ruang di bilik rawatan yang luas dan selesa.

Ini pula adalah makmal dimana proses penelitian tentang telur pesakit. Proses persenyawaan dan banyak lagi. Jika dilihat pada prosedur memang agak rumit namun ianya dapat dikendalikan dengan baik oleh pakar-pakar yang memang arif didalam bidang ini.

3. Fasiliti Hebat dan Selesa Terutama Bagi Pesakit Muslim

Berada di sini seperti di rumah atau tempat berehat/percutian. Dengan penyediaan ruang yang cukup selesa untuk pesakit berehat sebentar selepas dan sebelum menerima rawatan memang terbaik.


Ini adalah contoh bilik rehat/ wad sementara untuk pesakit menukar pakaian, berehat dan sebagainya. Disediakan juga kerusi di sebalik katil untuk kegunaan peneman seperti suami.

Begitu juga dengan fasiliti lain seperti surau dan tandas. Ini terutamanya kepada pesakit jika mereka ingin bersolat dan juga tandas yang dilengkapi dengan bilik mandi. Saya difahamkan ada juga pesakit (penerima rawatan lelaki) yang ingin membersihkan diri mereka iaitu hadas besar (mandi wajib).


4. Prosedur Sangat Telus Tanpa Was-Was

Menurut Doktor Norazlin Pusat Kesuburan Sophea menjalankan operasi perubatannya dengan sangat telus. Tidak akan ada 'egg or sperm donation' di pusat perubatan ini. Ini bagi menjaga segala prosedur syarak yang seperti ditetapkan dalam agama Islam. Jadi kita tidak perlu ragu atau was-was tentang isu ini.

Disediakan satu bilik khas untuk suami untuk mereka melakukan satu prosedur dalam rawatan kesuburan.

Apa yang terbaik, tidak akan ada 'rawatan fizikal' iaitu bersentuhan pesakit lelaki dengan semua doktor dan staff di sini. Jadinya aurat memang sangat-sangat terjaga dan terpelihara.

Saya bersama Di. Norazlin, Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Sophea. Menurut Doktor Sophea, rata-rata pesakit yang datang jumpa agak lewat juga usia mereka iaitu sudah memasuki usia 40 tahun. Di mana sepertimana yang kita ketahui, lebih lewat usia juga antara faktor agak susah untuk seseorang wanita itu mengandung dan melahirkan anak.

Doktor Norazlin sangat menyarankan bagi mereka yang ingin dapatkan zuriat sendiri setelah mencuba beberapa kali (mungkin lepas lebih setahun dan sebagainya) untuk datang mendapat nasihat terutama rawatan jenis apa yang sesuai mengikut kondisi badan/penyakit dan masalah lain yang mungkin dihadapi.'

Ini kerana tidak semua orang mempunyai masalah yang sama. Ada disebabkan masalah telur yang tidak membesar, masalah rahim, mungkin juga sperma yang tidak boleh berenang (agak sensored) tapi itulah realitinya. Dan sebenarnya banyak lagi faktor yang kita boleh kaitkan dengan masalah kesuburan.

Keterangan lanjut boleh layari:-


Pusat Kesuburan SOPHEA
106 Jalan Gasing, Seksyen 5
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Careline: +6016 739 5006
Tel: +603 7622 8622
Email: info@sopheafertility.com

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 7:30am – 5:00pm
Sabtu: 7.30am – 1.00pm
Ahad & Cuti Umum: Tutup

Berita terbaik untuk semua pembaca blog ini. Untuk mereka yang ingin dapatkan rawatan kesuburan di sini, sila gunakan:-

Discount Code : SPH01NOV
Expiry : 31 Dec 2019

* 10% discount on all packages (new cycle and IVF) at Sophea
* Not available for current patients
:-) Moga perkongsian entri ini bermanfaat

xoxo;
Pusat Kesuburan Sophea Menawarkan Hospitaliti "Muslim Friendly" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 03, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Bagus la kan kak bila ada fertility hospital yg syariah compliance ni

    ReplyDelete
  2. baguslah ada pusat macam ni. boleh bantu orang ramai yg perlu. tempat dia cantik. ada pakar semua.

    ReplyDelete
  3. bagus ada pusat macam ni, sesuai untuk muslimah yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan

    ReplyDelete
  4. Ia sangat bersesuai dengan para wanita . Kerana ia mengambil berat perkara tentang AURAT dan PRIVASI sebagai wanita. Semoga ia mendapat sambutan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ada jalan buat pasangan yang inginkan zuriat sendiri. Kita pun kena berusaha kan dan tak perlu malu sebenarnya. Inshaa Allah dengan kemudahan yang ada sekarang lebih ramai pasangan akan merasa menimamg cahaya mata.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya ada pusat yang khas macam ni. Kadang-kadang kalau nk discuss dengan doc lelaki memang segan. Ada pusat macam ni semuanya terjaga.

    ReplyDelete
  7. Bagus juga ada fasiliti sebegini. Boleh bagi pilihan untuk mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  8. Hey,........ good service. Thank you for providing this information. Have a good day.

    ReplyDelete
  9. Terbaik lah guna concept Muslim Friendly. Kelengkapan dia pun nampak modern.. InsyaAllah, semoga dapat memudahkan pasangan2 yg inginkan cahaya mata insyaAllah 💕

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing!
    I've visited Sunfert last time you can check it out at my blog
    https://riceball-lovesbaking.blogspot.com/2017/05/why-you-cant-get-pregnant-when-you-are.html

    I hope people will check them out! :)

    ReplyDelete
  11. Bgaus bila dia tubuhkan tempat kesuburan yang berlnadaskan syariat..nak pergi pun takda rasa malu ke apa.datang nak dapatkan zuriat memang impian semua

    ReplyDelete
  12. bagus effort macam ni, semoga terus bersemangat nak sebarkan kebaikan macam ni

    ReplyDelete
  13. Oo baru dilancarkan ye pusat kesuburan ni. Kat Jalan Gasing dekat je ngan rumah saya. Memang ada nampak pusat fertiliti. Tapi Sophea ni saya tak nampak lagi. Good info. Thanks share. Bagus ada perawatan patuh syariah gini. Jap. TV dalam bilik lelaki tu utk apa agaknya.

    ReplyDelete
  14. baru tahu ada pusat kesuburan sebegini. alhamdulillah, dapatlah tercapai impian mereka yang inginkan zuriat . terima kasih atas perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  15. Bagusnya pusat ni. Sebenarnya buat rawatan kesuburan ni tak salah tapi dlm masyarakat kita ada yg tak tahu boleh sebab tak tahu hukum. Ada pusat rawatan kesuburan yang patuh syariah begini adalah satu lonjakan dalam bidang perubatan.

    ReplyDelete
  16. Bagusnya ada pusat ni, antara yang boleh membantu pasangan mendapatkan zuriat dengan cara patuh syarak dan tidak was2 .. tempat pun selesa

    ReplyDelete
  17. allah. semoga niat suci mereka nak bantu wanita lain ini dipermudahkan dan dirahmati Allah juga. moga moga dapat membantu mereka yang inginkan cahaya mata.

    ReplyDelete
  18. syabaz diucapkan kepada founder hospital ni sebab dapat membantu menyelesaikan masalah pasangan yang tidak ada zuriat...semoga terus berjaya..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.