Sambutan Hari Sandwich Sedunia Bersama SKIPPY® PEANUT BUTTER Malaysia
Saya memang membesar dengan produk SKIPPY® PEANUT BUTTER. Lepaan mentega kacang ini bukan sahaja enak bahkan mempunyai tekstur yang sangat lembut. Saya memang seronok menikmati SKIPPY® PEANUT BUTTER ini samada bersama roti ataupun dinikmati begitu sahaja.
Dan baru-baru ini saya saya telah menyertai satu bengkel bersempena dengan Hari Sandwich Sedunia anjuran SKIPPY® PEANUT BUTTER di DIY Bites Studio Setia City Mall. Apa yang menarik selain daripada mendekati dan mempelajari gaya masakan dari chef cilik yang baru berusia sembilan tahun iaitu Chef Leah Choy, saya dan peserta bengkel lain juga didedahkan hidangan gourmet dengan ditambah suai menggunakan salah satunya ramuan kacang Skippy yang lazat.
Antara pencuci mulut yang menggunakan SKIPPY® PEANUT BUTTER
SEJARAH SANDWICH
Earl of Sandwich IV berasal dari kota Sandwich di England. Dalam bahasa Inggeris kuno, Sandwich bererti "tempat berpasir." Dan Sandwich adalah makanan ringan yang versatil dan merupakan makanan alternatif yang sihat yang tidak semestinya kita menggunakan roti bahkan kita juga boleh menggunakan kek beras.
Pembungkusan SKIPPY® PEANUT BUTTER Yang Versatil dan Praktikal
Sebenarnya saya sangat tertarik dengan pembungkusan terkini SKIPPY® PEANUT BUTTER. Sangat cantik dan paling penting praktikal. Apatah lagi jika ada 3 jenis 'nozzle' yang boleh dipilih mengikut kegemaran kita. Sangat mudah untuk kita buat deko yang meletakkan SKIPPY® PEANUT BUTTER diatas hidangan ataupun untuk anak-anak saya mereka gemar menikmati SKIPPY® PEANUT BUTTER begitu sahaja.
Cabaran Kotak Misteri
Salah satu acara didalam bengkel ini adalah Cabaran Kotak Misteri. Di mana kedua chef iaitu Chef Leah Choy dan Chef Jie Low perlu menyediakan pelbagai jenis sandwich menggunakan bahan-bahan yang disediakan di dalam kotak misteri. Antara bahan di dalam kotak misteri seperti 'hirisan daging lembut', buah pisang, salad, madu dan pelbagai lagi. Dan dalam tempoh tertentu kedua-dua chef ini perlu menyediakan hidangan kreatif sandwich mereka.
Dan ini adalah hasil sandwich yang disediakan oleh Chef Jie Low. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.
Memang saya sangat kagum!
Saya Belajar Membuat Hidangan Pencuci Mulut Menggunakan SKIPPY® PEANUT BUTTER
Dan kami perlu mengikuti setiap langkah penyediaan resepi mengikut sepertimana yang diberi tunjuk ajar oleh Chef Jie Low. Menurut Chef, hidangan ini agak popular di hotel terutama jika mereka mendapat tempahan di saat akhir (last minute).
Cara penyediaannya sangat mudah tau!
Mula-mula kena gaulkan 'bubble rice' bersama coklat. Gaul rata. Seterusnya jadikan ianya dalam bentuk bulat (seperti bentuk dan saiz ketebalan roti burger). Buat 2 untuk diletakkan di bahagian atas dan bawah.
Seterusnya campurkan coklat bersama whipped cream. Gaul rata sehingga ianya bertukar warna menjadi colat muda.
Lebih kurang seperti warna ini, hehehe.
Di bahagian atas sekali, dekokan dengan SKIPPY® PEANUT BUTTER.
Untuk menambahkan lagi seri hidangan, boleh letakkan buah strawberi si atasnya.
Tada!!!! Saya bersama hasil hidangan pencuci mulut yang menggunakan SKIPPY® PEANUT BUTTER yang enak :-)
Keterangan lanjut mengenai produk dan aktiviti terkini boleh layari:-
Apapun SELAMAT HARI SANDWICH SEDUNIA,
Bersama SKIPPY® PEANUT BUTTER Malaysia :-)
Sambutan Hari Sandwich Sedunia Bersama SKIPPY® PEANUT BUTTER Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
November 05, 2019
Rating:
sedapnya tgk dessert yg dihasilkan tu
ReplyDeleteSenangnya bila didatangkan dalam pek macam tu. Sangat pratikal dan memudahkan nak bawa kemana-mana terutama untuk travel. Paling penting jimat space dan mudah disediakan
ReplyDeleteAnak-anak Nina memang favorite peanut butter. Wajib ada kat rumah ni. ..
ReplyDeletePasni nak try laaa Kippy, packaging pun cantik, sesuai buat travel gini.
Packaging nya tu tampak convinient used. Mek suka. And attend event ni memang best dapat ilmu. Dapat menu baru untuk hidangan anak anak. Thankyou ye untuk sharing ni.
ReplyDeleteWaa sedapnyaa tgk semua mknn2 tuu! Bagus dpt join event mcm ni kan, seronok jugak dpt belajar buat dessert atau snack simple2 guna apa yg ada tu. Selalu nampak brand Skippy ni, tp xpernah try lg. Nampak mcm sedap & creamy yea, nnt nk try laa 😁
ReplyDeleteBestnya siap ada demo sekali. Sedap nampak menu yang dibuat. Tak pernah nampak brand ni nanti nak try la
ReplyDeletesaya nie bab peanut butter memang tak berapa nak gemar tp sy paksa jugak makan sebab tinggi kandungan protein dalam tu. ramai kata makan peanut butter boleh tambah berat badan. itu yg sy amalkan pengambilan satu sudu setiap waktu makan
ReplyDeletesaya minat sandwich ni. sedap jer semua tu hehe
ReplyDeleteWaa kreatif ye dengan packaging macam tu. Siap boleh decorate kek kat topping pulak. Saya pun makan jugak peanut butter sebab tahu kekacang tu bagus utk protein. Menarik brand ni. Boleh try.
ReplyDeletesedap tu semua resepi yang dikongsikan tu. packaging pun menarik tu, mudah nak dibawa ke mana-mana
ReplyDeleteThank you for sharing! Should try skippy very soon!
ReplyDeleteI love Nutella.
I think skippy and nutella works well too!
Thanks thank for sharing!
AM mmg suka flavor peanut BUTTER.. Nnti AM nak cuba gak la skippy yg kak ayu rekomen nie.. 😍 😍 😍
ReplyDelete