Tony Roma's Ribs Expert Seminar

Rasanya dalam banyak-banyak bahagian lembu, 'ribs' antara yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Dan saya juga tidak terkecuali sebagai antara peminat 'ribs'. Apabila Tony Roma's Malaysia menganjurkan seminar tentang cara masakan ribs dan perkongsian info mengenainya haruslah saya menyertai sama.

Dan hidangan stik 'ribeye' ini adalah antara yang agak popular dikalangan pelanggan. Ini kerana hidangan stik yang ditawarkan oleh Tony Roma's antara yang terbaik :-)

Saya juga diperkenalkan tentang posisi bahagian tulang rusuk yang diambil daripada bahagian lembu. Dan kebiasaannya ianya dibahagikan kepada 6 sehingga 12 dari bahagian utama. Untuk pengetahuan semua, 2 bahagian yang biasanya dijadikan stik adalah 'rib' dan juga 'chuck'.

Dan pemilihan jenis rib juga samada bersama tulang atau tanpa tulang. Ada beza dari tekstur daging rupanya! Baru saya tahu :-)

Dan untuk jenis masakan 'ribeye' terdapat 5 jenis, antaranya seperti:-

  • Rare
  • Medium Rare
  • Medium
  • Medium Well
  • Well Done


Kita boleh lihat perbezaannya yang agak ketara terutama dari segi warnanya di bahagian luaran. Begitu juga dengan teksturnya juga agak berlainan. Jadi terpulang kepada citarasa kita sendiri bagaimana hendak menikmatinya. 




Dan sebenarnya kita juga boleh mengetahui tekstur kematangan daging itu dimasak melalui menyentuh bahagian tapak tangan di belah bawah kawasan ibu jari. 

Dan penyediaan stik di Tony Roma's sememangnya dikendalikan dengan mereka yang benar-benar pakar dan terlatih. Ianya bergantung kepada permintaan pelanggan sendiri bagaimana cara masakan yang mereka inginkan. Cara masakan adalah bergantung kepada tempoh masa dan juga suhu yang digunakan tau.

Saya telah mencuba ketiganya. Rasanya saya lebih gemar cara masakan 'well done'. Agak pejal sedikit tetapi tetap rasa berjus.

Namun tetap terbaik adalah cara masakan 'medium well'. Yang mana dagingnya masih lembut dan paling penting berjus.

Pentingnya cara masakan daging membantu menambah keenakan dan citarasa pilihan tekak masing-masing. Biarpun tanpa sos, hidangan stik ini tetap sedap dan memikat. Sekali gigit teringat-ingat. Adoi! Macam mana tu, hehehe.

Seminar yang pertama kali diadakan seumpamanya di Malaysia anjuran Tony Roma's ini memang menarik. Banyak info dikongsikan dan paling penting saya dapat merasai sendiri perbezaan rasa dan tekstur daging mengikut kematangan masakan yang ada ditawarkan dari dapur Tony Roma's.

Oh ya korang! Jangan lupa untuk muat turun aplikasi Bite & Bites terdapat banyak diskaun dan tawaran menarik khas untuk pelanggan Tony Roma's.

Jom pekena stik ribeye di Tony Roma's, nom nom nom

Tony Roma's Ribs Expert Seminar Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 07, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. wah tak sangka, banyak betul ilmu ni kan. ingatkan bakar2 daging macam tu ja, heehhee

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.