Jom Berzumba Dengan Meriah dan Menang Hadiah di Fitness Fiesta 2019
Antara senaman yang sangat menyeronokkan dan kita tidak jemu melakukan setiap hari adalah berzumba. Serius! Walaupun kita bukanlah jenis pandai menari ( heheha), tapi aura berzumba ni memang luar biasa. Seronok bukan sahaja dapat bersenam menggerakkan badan mengikut rentak muzik bahkan secara peribadi saya dapat merasakan berzumba ni adalah satu terapi yang kita boeh kurangkan stress.
Sebenarnya jika kita tiba rasa 'down' dengan diri mungkin sebab tekanan dari persekitaran atau emosi kita sendiri tidak stabil, memang ramai yang mengesyorkan untuk serta zumba. Ini kerana dengan berzumba kita boleh berlibur, dan bersosial bersama rakan-rakan lain dengan cara yang lebih seronok dan santai.
Info Mengenai Zumba
Zumba berasal dari bahasa Columbia, zum-zum, ianya membawa maksud gerakan cepat. Dan zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang kareografi pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia. bermula saat itu Zumba menjadi popular di kalangan masyarakat dunia.
Untuk pengetahuan semua, berzumba sebenarnya dapat memberi kelebihan kepada meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan. Apatah lagu yang biasa dimainkan menggunakan rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
Menurut Kevin Zahri (Pakar dalam fitness), melalui berzumba kita dapat melakukan latihan senaman yang mempunyai intensiti tinggi dan rendah berselang-seli, jadi ianya seolah kita melakukan aktiviti kecergasan yang lengkap dan juga cardiovascular yang baik Ini terutama apabila kita dapat kuatkan abs dan pinggang menerusi tarian ala-ala latin.
Fakta atau Mitos Mengenai Berzumba Boleh Kuruskan Badan
Melalui satu perkongsian dari akhbar Berita Harian baru- baru ini, memetik daripada kata-kata Beto Perez, pengasas seni tarian Zumba yang menyatakan bahawa ZUMBA diperkenalkan bukan untuk menguruskan badan tetapi ianya lebih mencari keseronokan sahaja. Namun menurut Perez lagi, tidak dapat dinafikan bahawa peserta yang melibatkan diri dalam seni tari Zumba juga berupaya untuk menurunkan berat badan mereka. Ini kerana aktiviti Zumba dapat mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa gembira dan jika kita lakukannya secara konsisten kita pasti dapat mengurangkan berat badan.
Menurut satu kajian yang lain, satu sesi Zumba boleh membuatkan kita membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa (anggaran dalam 45-60 min). Nah! Jika aktiviti yang dapat membakar lemak dan kita lakukan secara konsisten, pakej sekali mengambil pemakanan dalam kuantiti yang sederhana serta diet sihat, pasti kita juga boleh kuruskan badan.
Konklusi
Melalui aktiviti berzumba kita boleh :-
Fitness Fiesta 2019
Yerppp korang!! Dah alang-alang saya kongsikan tentang Zumba ini, why not korang sertai Fitness Fiesta 2019 di Putrajaya.. Ianya adalah bersempena sengan PESTA LAMPU di PUTRAJAYA. Sreius meriah dan seronok.
Apatah lagi target audien hanya mensasarkan 500 orang. Paling penting acara ini adalah esklusif untuk WANITA sahaha yerpp. Sambil berzumba korang berpeluang juga untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan iaitu emas 999 dan barangan kosmetik. Waduh waduh! Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahukan? Hiks.
Yerppp ada juga Goodies bag GYMBALICIOUS untuk 150 peserta pertama berserta T SHIRT dan GELANG. Cepat rebut peluang ni kalau nak dapatkan goodies bag. Bayangkan semasa berzumba pengcahayaan hanyalah di atas pentas sahaja. Di kawasan peserta berzumba akan digelapkan sedikit supaya terserlah warna warni lampu di gelang yang terletak di pergelangan tangan.
Keterangan lanjut mengenai acara seperti berikut:
28 - 31 Disember 2019 (Sabtu - Selasa)
Dewan Sri Siantan, Precint 3, W.P Putrajaya
8.00 malam - 10.00 malam (Pendaftaran 7.00 malam)
Untuk 150 PERTAMA (earlybird) yang mendaftar korang boleh dapatkan harga RM65 (untuk 4 malam berturut-turut)
Bagi mereka yang nak WALK-IN harganya adalah seperti berikut:-
28/12 - RM 20.00
29/12 - RM 20.00
30/12 - RM 20.00
31/12 - RM 30.00
Konklusi
Melalui aktiviti berzumba kita boleh :-
- Memberi kegembiraan
- Hilangkan stress
- Membuat gerakan badan, bersenam
- Membina komuniti dan berkenalan dengan ramai rakan-rakan
- Membantu mengurangkan berat badan
- Membakar kalori tanpa kita sedari
- Membentuk fizikal badan yang menarik sebab menari pelbagai jenis tarian kan!!
Fitness Fiesta 2019
Yerppp korang!! Dah alang-alang saya kongsikan tentang Zumba ini, why not korang sertai Fitness Fiesta 2019 di Putrajaya.. Ianya adalah bersempena sengan PESTA LAMPU di PUTRAJAYA. Sreius meriah dan seronok.
Apatah lagi target audien hanya mensasarkan 500 orang. Paling penting acara ini adalah esklusif untuk WANITA sahaha yerpp. Sambil berzumba korang berpeluang juga untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan iaitu emas 999 dan barangan kosmetik. Waduh waduh! Kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahukan? Hiks.
Antara zin untuk Fitness Fiesta 2019 (kredit gambar : Syafiera)
Bayangkan di bawah satu platform berzumba begitu ramai zin yang amatur dan glamour terlbat. Hiks. Pasti tak bosan dengan pelbagai rentak tarian yang diperkenalkan.
Yerppp ada juga Goodies bag GYMBALICIOUS untuk 150 peserta pertama berserta T SHIRT dan GELANG. Cepat rebut peluang ni kalau nak dapatkan goodies bag. Bayangkan semasa berzumba pengcahayaan hanyalah di atas pentas sahaja. Di kawasan peserta berzumba akan digelapkan sedikit supaya terserlah warna warni lampu di gelang yang terletak di pergelangan tangan.
28 - 31 Disember 2019 (Sabtu - Selasa)
Dewan Sri Siantan, Precint 3, W.P Putrajaya
8.00 malam - 10.00 malam (Pendaftaran 7.00 malam)
Untuk 150 PERTAMA (earlybird) yang mendaftar korang boleh dapatkan harga RM65 (untuk 4 malam berturut-turut)
Bagi mereka yang nak WALK-IN harganya adalah seperti berikut:-
28/12 - RM 20.00
29/12 - RM 20.00
30/12 - RM 20.00
31/12 - RM 30.00
Haruslah saya syorkan yang RM65 untuk 4 malam terus, so daftar dengan pantasnya di link di bawah yerpp...
https://docs.google.com/forms/d/1JPfSaA1PlDhPC7PzOKkIC2SBgcbHvM4r_8p074iQRts/edit?usp=drivesdk.
Lambat rugi, hiks...
🎟 Bayaran Tiket: Maybank 162263348678 (Kalsom binti Yamin)
Jangan lupa 📸 hantar bukti bayaran & nama seperti yg didaftarkan ke
www.wasap.my/60193378888/zumbalampu
Booth jualan utk disewa boleh 🤳🏻 hubungi urusetia untuk informasi lanjut.
Jom berzumba di Fitness Fiesta 2019 di Putrajaya!!
Jom Berzumba Dengan Meriah dan Menang Hadiah di Fitness Fiesta 2019
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 14, 2019
Rating:
best nya zumba!!! lama dah tak joinnn.. berkarat dah sendi2 ni hahaha..
ReplyDeletetapi jauh pulakk kat putrajaya. harga join tu dah ngam dahh
xpelah inshaAllah kalau ada yg lebih dekat dgn lokasi nisa, nisa join.
Seronoknya! Jom kita berzumba untuk kesihatan yeeee
ReplyDeleteJumpa di sana!
Zumba mmg syok..sambil bersukan sambil berhibur.part paling best bila ada geng joget zumba.hahaha
ReplyDeleteTeringin juga nak join.kt ofis ni ada tapi dia buat masa betul2 lepas habis waktu kerja.wpun dekat tapi x available la pulak sbb kejar masa ambil anak dr taska..
bestnya berzumba.. gee tak pernah lagi cuba buat aktiviti ni
ReplyDeleteHaha masa kat ofis lama dulu, ada jugak kelas zumba. Emi join sekali je akak, lepastu tak pergi2 dah. Tak laratttt
ReplyDeleteNasib Rawlins takde kat sini masa tarikh tu - kalau tak, dah confirm dah Rawlins daftar dan join. Memang suka sesangat zumba nie. Ada best dressed tak?
ReplyDeleteMemang tak pernah berzumba ya. Sebab kita memang jenis pemalu dan tak pandai menari. badan keras macam kayu agaknye. Dah agak dah kalo Rawlins memang suka la ni. Jomla zum-zum! Nak sihatkan dan keluarkan peluh supaya badan sehattt!
ReplyDeleteBagus sebenarnya aktiviti berzumba nie... Tp tengok ramai yang join pompuan je.. siap ada group lagi... Kalau tanya group taman, semua lelaki join group basikal je...
ReplyDeleteXpun, group lepak mamak hahaha
Seronok gak tgk orang duk zumba ni. Tapi kita ni takde masa nak pegihuhuhu. Lau blh join nak jugak join hehehe .
ReplyDeleteBestnya Zumba. Dekat pulak area ngan umah i. Zumba best sebab ikut lagu jadi takde la boring.
ReplyDeleteWahh best nie. Berzumba dan sihat dan dalam masa yang sama boleh menang hadiah. Nak join lah !
ReplyDeleteSis ni memang suka tengok orang berzumba, tapi sis tak pandai. Pernah ikut kelas tapi tak boleh terima..lutut tak berapa elok..zumba kan banyak pergerakkan kaki..kalau sis paksa jugak..ke hospital le jawabnya nanti
ReplyDeleteLama da tak berzumba nie..tapi memang seronok bila da berzumba, tak boleh nak stop da..hihi..nak aktif balik la walupun zumba nie bukan untuk org kurus sesiapa je boleh join kak kak ayu..
ReplyDeleteWah. Ni betul2 zumba sempena sambut tahun baru ni. Mesti ramai yg join. Yelah azam 2020 nk kurus 😅
ReplyDeleteaida sgt minat zumba.
ReplyDeletehilang stress!
seronok!
enjoy!!!
boleh menari ikut rentak. berpeluh.
confirm menyihatkan badan lah kan :)
kurus itu bonus.
Lama dah teringin nak join zumba. Tapi aktiviti macam ni kalau ada kawan2 lagi best. Kalau sorang2 macam krik krik je. Huhuhu.
ReplyDeleteActually since before saya ada nak try zumba, but tak pernah lagi. Macam seronok nak senam beramai2 ni ya. So nice if ada kat sabah ni😭
ReplyDeleteseronoknya zumba! setakat ni saya tak pernah lagi berzumba. jarang nak nampak orang lelaki berzumba beramai2. maybe sebab laki join aktiviti lain :)
ReplyDeleteWalaupun bonda xpernah join berzumba ni, suka bila tgk kwan2 yang rajin berzumba untuk kuruskan badan dan jaga kesihatan...sebenarnya banyak kebaikan berzumba ni..bukan sahaja dapat berkenalan dengan rakan2 baru, malah jaga kesihatan..
ReplyDelete