Jom Jumpa@Sungei Wang Kuala Lumpur

Jomla berjimba-jimba di Jumpa@Sungei Wang Kuala Lumpur. Terletak di pusat membeli belah, ruang yang telah direka khas oleh Urban Architect Co. Ltd yang pernah memenangi 'Bangkok's Award'. Rekaan yang menampilkan ciri-ciri moden dan terkini dengan menampilkan permukaan emas berkilat (glistening gold facade). Pembinaan yang mengambil masa 16 bulan ini ternyata memberi nafas baru yang lebih segar dan menarik!

Dengan tagline 'Live out Loud' Jumpa@Sungei Wang menawarkan pelbagai barangan jualan, makanan dan minuman serta tempat hiburan keluarga di pusat kawasan pelancongan bandar Bukit Bintang. Terdapat lebih dari 100 kedai yang terletak di dalam bangunan 6 tingkat ini yerpp. Apa yang menarik di setiap tingkat menawarkan ruang yang luas sekaligus memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Paling best ada banyak Instagrammable Spots yang boleh kita bergambar dan ber-ootd!


Cun dan unik seh!!

Antara ruang unik yang boleh didapati di Jumpa@Sungei Wang adalah seperti:-

The Little Asia Market
Memberi suntikan warisan budaya Peranakan terutama dari segi dekorasi, 'printed tiles' di setiap sudut ruangan. Korang kena datang dan tengok sendiri :-)

The Main Creative Hub
Ruangan yang menempatkan pelbagai barangan seni, kraft dan cenderahati. Di mana kita akan lihat sendiri karya anak seni lokal yang mengambil bahagian dipaparkan di sini.




Urban Street
Ruangan yang menawarkan pelbagai produk dan barangan khas untuk anak muda atau mereka yang berjiwa muda, keh. Seperti koleksi pakaian dan kasut rekaan esklusif edisi terhad.


Antara jenama di Urban Street yang korang boleh jumpa seperti TAKA ORIGINAL, VLONE, Outcast Store, RevengeXStorm, UMAMIISM, Sicko dan pelbagai lagi.



Kalau korang nak cari barangan yang memenuhi gaya hidup terkini dan sukan, bolehlah terjah outlet Anta, Puma, Skechers dan Outside. 



Antara kedai feveret saya di Jumpa@Sungei Wang

Terdapat banyak pilihan barangan  seperti pakaian, aksesori dan 'adrenaline junkies'. Jika korang juga biasa dengan produk atas talian seperti jenama Love Bonito, all together, alongside, Red's Revenge, Boundlezz dan pelbagai lagi, jangan lupa untuk datang dan dapatkan produk mereka di sini.



Jenam online terbaik dari Singapura dihimpunkan di all to gather!


Serius! Best!

Untuk kaki makan jangan lupa untuk mencuba sendiri makanan daripada Do Do Dim Sum & Bowls, mee yang enak daripada Restoran Yi Poh daripada Seremban,  ayam goreng sedap di Torisho (pemenang anugerah - deep fried chicken)/ serta hidangan makanan Sarawak di SRK Noodle House.



Produk coklat 'homemade' boleh didapati di sini yerpp!

Cookies sedap citarasa Malaysia. Jom sokong produk lokal :-)


Antara tarikan lain di sini adalah seperti MinNature (Mini Stories of Malaysia)


Di sini kita boleh lihat replika mini yang sangat cantik yang memaparkan kawasan/daerah/negeri di Malaysia. Dengan keluasan 12,000 kaki persegi, MinNature Malaysia merupakan pameran indoor 3 dimensi (diorama) yang terbesar di Asia.

Paling mengujakan ianya memaparkan tentang budaya, sejarah dan senibina Malaysia.


Punyalah terperinci ukiran yang dihasilkan.



MinNature dijangka akan dibuka untuk pengunjung pada tahun hadapan.


Bagi mereka yang meminati cabaran dan gemarkan sukan ekstrem bolehlah ke tingkat paling atas iaitu di Beast Park.

Pusat sukan dan hiburan indoor yang menawarkan aktiviti untuk semua peringkat umur ini mengambil konsep Camp5 yang mengandungi climbing gym, taman permainan Beast Junior, parkour dan ninja course, Program Latihan Akademi Beast, Beast Net Floating Nets dan Artisan Roast Cafe.

Hokeh! Ini adalah aksi makcik beginner yang membuat aksi memanjat. Mampu tahap itu sahaja, hahaha.

Sesuai untuk mereka yang pertama kali menyertai (beginner), biasa dan amatur. Harga tiket adalah bermula dari serendah RM19 sehingga RM55 sahaja. Bergantung jenis permainan dan pakej yang dipilih

Beast Net Floating Nets

Artisan Roast Cafe, sesiapa sahaja boleh datang dan menikmati hidangan kopi hebat di sini. Ada juga disediakan pencuci mulut seperti kek dan biskut.

Oh ya Beast Park akan mula beroperasi pada 7 Disember 2019. Jangan lupa cikedaut gais!!!

Di tingkat yang sama juga akan dibuka Emperor Cinemas, pawagam yang akan mula dibuka pada tahun 2020. Saya difahamkan deko pawagam ini memang ohsem  dengan mengambil ciri-ciri rekaan unik  dari budaya dan tradisi negara China dan Hong Kong. Dan Emperor Cinemas Jumpa@Sungei Wang merupakan yang pertama dibuka di Asia.



Apa lagi korang, Jom Jumpa@Sungei Wang...

Macam-macam ada,
Memikat jiwa,
Memenuhi citarasa.

Untuk info dan aktiviti terkini, boleh layari:-


#JomJumpa
Jom Jumpa@Sungei Wang Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 02, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.