Jualan Buku Big Bad Wolf 2019 Meraikan Ulang Tahun Yang Ke-10

Jualan Buku Big Bad Wolf 2019 kembali lagi, tapi apa yang lebih menarik untuk kali ini  ianya lebih hebat dari sebelumnya. Ini adalah kerana untuk karnival jualan kali ini Big Bad Wolf menyambut ulangtahun yang ke-10.

Karnival berlangsung selama 264 jam tanpa henti selama 11 hari. Dan ianya akan bermula pada 6 Disember sehingga 16 Disember 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC). Untuk jualan Big Bad Wolf kali ini sebanyak 4.5 juta buku Bahasa Inggeris ditawarkan dengan potongan harga antara 75% sehingga 95% daripada harga runcit di pasaran. Menarik bukan???

 Dengan buku kita boleh mengubah dunia, ini adalah hasrat Mr Andrew Yap dan Madam Jacqueline Ng yang mana telah memulakan jualan pertama mereka dengan haya 100,000 sahaja. Sehingga mereka dapat mempertingkatkan jualan dan kini mencecah 4.5 juta buku. Tidak hairanlah Big Bad Wolf telah diiktiraf sebagai Jualan  Buku Terbesar Di Dunia.

Madam Jacqueline Ng (co-founder) memberi ucapan penghargaan kepada semua yang hadir ke BBW yang ke 10.

Apa yang menarik sempena dengan Jualan Buku Big Bad Wolf yang meraikan Ulangtahun yang ke 10 , antara lain seperti:-

1. Ganjaran Kesetiaan
Untuk dapatkan hadiah edisi terhad BBW, pengunjung haruslah membawa dan menggayakan cenderahati yang pernah dibeli pada tahun sebelum-sebelum ini di hadapan kaunter Khidmat Pelanggan. Hadiah adalah terhad dan ianya bergantung kepada selagi stok masih ada.


2. Buku Ajaib
Rangkaian buku kana-kanak yang dilengkapi dengan Augmented Reality (AR) yang dapat memberikan pengalaman membaca yang lebih menarik. Terdapat 17 judul buku yang ditawarkan dan bersempena dengan BBW 2019, tawaran beli 5 PERCUMA 1 buku telah diberikan kepada pengunjung.



3. Aplikasi Wolf Pack
Aplikasi mudah alih yang memberi pelbagai ganjaran kepada pelanggan baru dan sedia ada. Antaranya seperti berkongsi kod rujukan dengan rakan dan ahli keluarga. Selain itu untuk ahli yang baru mendaftar, mereka akan menerima kod promosi BookXcess sebanyak 20%. Jadi korang boleh muat turun apps ini dari App Store ataupun Google Play Store.

4. Menangi Bekalan Umur Seumur Hidup
Korang juga berpeluang memenangi 2 buku setiap bulan selama 25 tahun! Caranya mudah sahaja yang mana korang kena menjadi ahli Wolf Pack terlebih dahulu, ikuti arahan seterusnya di aplikasi dan mungkin akan terpilih menjadi 10 pemenang utama  untuk merebut hadiah pertama.

5. Pilihan Judul Buku Terbesar
Jualan tahun ini adalah yang terbesar. Di mana sebanyak 50,000 judul buku telah ditawarkan dalam pelbagai genre. Ada buku kanak-kanak, fiksyen, non-fiksten dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat juga penerbitan tempatan yang meneyertai seperti Sasbadi, Karangkraf PTS, Buku Fixi dan ramai lagi. 

6. Lebih Banyak Ganjaran Hebat
Untuk setiap pembelian 10 buku akan diberikan 1 buku secara PERCUMA. Manakala untuk pemegang kad  debit mahupun kredit OCBC, akan menerima potongan 5% lagi dengan perbelanjaan minimun sebanyak Rm100. Untuk mereka yang baru mendaftar untuk menjadi ahli OCBC sepanjang jualan berlangsung, mereka akan diberikan baucer tunai RM10.


 Memamng seronok dan puas hati apabilamelihat lambakan buku menarik dijual pada harga yang cukup berbaloi. Terdapat juga buku dilelong pada harga serendah RM2.

 Antara genre buku yang korang boleh dapati di BBW2019 adalah seperti buku kanak-kanak, fiksyen dan banyak lagi.






 Meriah dengan kepelbagaian genre buku. Pastinya memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang kerana terdapat begitu banyak pilihan.

Terdapat jualan amal yang mana pengunjung boleh membeli buku bagi tujuan sebagai memberi sumbangan. Ini adalah salah satu projek CSR dengan Red Readerhood (RRH). Di mana segala buku yang disumbangkan akan disalurkan kepada beberapa rumah anak yatim serta rumah perlarian di sekitar Lembah Klang.

Pengunjung juga boleh mengunjungi di satu kawasan aktiviti di tepi dewan bagi melihat dan mendapatkan beberapa produk yang ditawarkan oleh rakan kolaborasi karnival ini. Antaranya seperti sudut rehat OCBC, pemeriksaan kesihatan, jualan pelbagai produk dan barangan kesihatan serta pelbagai lagi.

Jika lapar, jangan risau terdapat juga booth jualan makanan dan minuman di dalam dewan.


Memang seronok, sambil berjalan boleh kita cuci mata dan sekiranya berkenan boleh juga membeli produk yang ditawarkan di sini.

Berbelanja di BBWKL memberi kepuasan,
Harga berpatutan menggandakan penjimatan!


Jualan Buku Big Bad Wolf 2019 Meraikan Ulang Tahun Yang Ke-10 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 06, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. alhamdulillah bestnya ada aktiviti macam ni. bawak anak2 pun best ^_^

    ReplyDelete
  2. Ayu brli buku satu trolley ke? Banyak tu... bagus lah jika pupuk minat membaca pada anak anak masa mereka masih kecil.

    ReplyDelete
  3. bagus ni boleh cari buku yang tiada di library.. anak saya biasa ke library saja sebab cepat bosan baca buku.. kena baca pelbagai jenis buku

    ReplyDelete
  4. Kenapa la dekat sangat dengan rumah Rawlins?
    Bahaya nie sebab kang terbeli memacam dan entahlah bila nak membacanya.
    Almaklum harganya murah di luar akal fikiran kot

    ReplyDelete
  5. Last year berangan nak pergi tapi takde rezeki. Lama dah tak shopping buku.. Syok betul.. rasa dalam syurga buku !

    ReplyDelete
  6. Huh! dahla minat sangat ngan buku. Tapi kenapalah jauh sangat ni. Teringin nak pergi tapi belum berkesempatan. Maybe soon. Mau lama dalam hall tu nanti haha

    ReplyDelete
  7. insyaAllah boleh pi ni, best buku2 pun memang murah2 je

    ReplyDelete
  8. x naik kl plak.
    ni hingga 16 dis, kan?
    tapi tu la, kat melaka ari tu tak menarik buku2 nya. ulang tayang buku lama.
    then harga x semurah dulu kala. price mcm sama jer di tempat lain hmmmm...
    frust juga la masa tu.
    tiap table aida survey demi nak puas kan hati anak-anak.
    skit jer kami membeli. bab harga murah tu lah no 1. tak mcm dulu. frust.
    yg mines ni, nak suruh adik gi survey. adakah better than di melaka?

    ReplyDelete
  9. Bestnya BBW ni buku-buku kat situ susah nak jumpa kat tempat lain. Memang kena standby duit lah..bukan setakat buku untuk anak-anak, mak nya pun nati ada je bukubyg ter berkenan. hihi

    ReplyDelete
  10. Masa BBW kat S2 pun saya jadi rambang mata tau. Banyak buku dijual. Untuk diri sendiri saya beli novel bahasa inggeris dengan buku agama. Banyak shopping buku buku untuk anak anak. Buku latih tubi. Diorang pun sampai pening tak tahu nak beli buku apa.

    ReplyDelete
  11. Tak pernh pergi lagi selama dia buat.. Ni nak pergi la.. Taknak lepaskan peluang.. Banyak buku boleh cari ni untuk anak.. Menarik buku ajaib tu

    ReplyDelete
  12. Dah 10 tahun rupanya penganjuran Big Bad Wolf ni tak tahu pun kita hehehehe memang selalu setiap tahun dengok orang promosi dan tak ada masa nak pergi kita bukan ulat buku wakakakaka...

    ReplyDelete
  13. Memnag minat sangat bbw sale ni. Selalu pergi tk sah belanja ikut bajet, mesti terleboh belanja sbb bnyk buku best and murah. Tak tau sempat pergi tahun ni tk. Huhu

    ReplyDelete
  14. sakan ye akak ayue shopping buku baru. Ulat buku confirm ramai datang beli stok buku. bawak anak-anak datang sini pun best boleh pupuk membaca dari kecik

    ReplyDelete
  15. ini kalau bawak anak mek mahu dia tunjuk lebih dari 10 buah buku untuk dia buat colouring. tahu saje lah kat BBW macam macam buku boleh dapat.

    ReplyDelete
  16. Menariknya. Mmg dinantikan nie.. Kalu ada adik perempuan am yg bongsu sekali confirm am dgn dia leh dok kat sini 4 jam kelebek buku yg berkenan d hati.

    ReplyDelete
  17. Rasanya kali terakhir emi pergi big bad wolf pun sekitar tahun 2014 kot? Lupa dah. Itu pun tak terbaca buku2 yang dibeli, heheheh

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.