Kasut Sekolah Pallas Warna Puth Masih Relevan Untuk Tahun 2020

Saya percaya pada hujung tahun inilah, waktunya kita sebagai ibubapa begitu sibuk merancang dan membuat pembelian barangan anak untuk ke sekolah. Selain daripada buku sekolah dan uniform, semestinya kasut baru juga tidak ketinggalan yang perlu ada didalam senarai pembelian. 

Tahun 2021 Baru Wajib Memakai Kasut Berwarna Hitam

Tahun 2020 merupakan tahun terakhir anak-anak boleh memakai kasut berwarna putih. Ini kerana pada tahun 2021 semua pelajar diwajibkan memakai kasut hitam. Walaupun ramai yang menggemari kasut berwarna hitam kerana ianya mudah dijaga dan tak nampak kotor namun secara signifikannya saya masih rindukan kasut berwarna putih.

Apabila memakai kasut putih, kita akan sentiasa mengambil berat tentang kebersihannya. Ini kerana apabila didapati kasut putih itu kotor dengan segera kita akan membersihkannya. Secara tidak langsung kita dapat mendidik anak untuk sentiasa mendisiplinkan diri dengan menjaga kebersihan (Hygiene) tidak kira di mana sahaja berada. Pastinya setiap minggu anak akan membasuh kasut putih mereka ke sekolah.

Ini kerana bagi saya sendiri 'putih' itu melambangkan 'kesucian' dan 'bersih' Jadi untuk tahun terakhir anak-anak saya bersekolah memakai kasut berwarna putih, haruslah saya mendapatkan mereka sepasang dua kasut berwarna ini. Simbolik kepada tahun akhir bersama kasut putih ke sekolah!

Jenama PALLAS Sentiasa Menjadi Pilihan



Dan antara jenama kasut sekolah yang sentiasa menjadi pilihan adalah PALLAS. Sejak kecil lagi jenama ini cukup dekat dengan jiwa. Saya masih ingat lagi, sewaktu kecil disebabkan begitu berkehendakkan kasus PALLLAS JAZZ saya begitu gigih menabung sendiri. Duit belanja harian memang saya simpan demi untuk mendapatkan kasut kegemaran. Kebetulan pada ketika itu jenama kasut ini cukup popular di kalangan pelajar sekolah.

Itu cerita ketika berada di  zaman remaja :-) Dan kini saya telah mempunyai anak yang sudah ke sekolah. Menariknya, anak-anak saya turut sukakan jenama kasut sekolah yang sama dengan ibu mereka. Bagi saya sendiri kasut sekolah PALLAS sangat tahan lasak dan ianya begitu berbaloi dengan harga kasut yang ditawarkan. *Pembelian kasut yang tidak perlu kerap dalam masa setahun.

3 Sebab Utama Kenapa Kasut PALLAS (Putih) Sentiasa Menjadi Pilihan

Bukan mudah ya hendak buat keputusan. Ini terutama apabila kita mempunyai anak yang ada pelbagai ragam dan citarasanya sendiri. Walaubagaimana jenis rekaan dan bentuk kasut sekolah yang diidamkan tetap perlu mempunyai 4 ciri di bawah yang menjadi sebab kenapa jenama kasut PALLAS sentiasa menjadi pilihan saya sejak dulu lagi.

Lembut Didalam (Foam sangat tebal), SELESA dan Lebih Perlindungan


Waktu persekolahan hari ini sangat panjang. Bermula dari seawal pagi dan adakalanya berakhir pada sebelah petang. Bagi memastikan anak-anak sentiasa selesa, saya perlu memastikan kasut yang digunakan ini miliki rekaan yang mana foam didalamnya tebal.

Bagi saya sendiri rekaannya ini menampakkan ciri-ciri untuk kasut anak perempuan. Sangat cantik dipadankan samada dengan baju kurung mahupun 'pinafore'. Kasut ini dapat memberi perlindungan kepada kaki anak saya. Ianya tidak menjadikan kaki anak mudah melecet atas faktor penggunaan yang begitu lama. Dan apabila bahagian di atas kasut agak tebal ianya dapat mengurangkan risiko kesakitan sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini..


Ringan, dan LEBIH SELESA

Kasut PALLAS yang saya pilihkan untuk Amani memang sangat comel dan ringan. Mempunyai ciri X-light (Lightweight)! Apabila kasut mempunyai teknologi lebih ringan ianya bagus untuk pertumbuhan kaki. Selain itu ianya sangat lembut di bahagian atas dan juga di bahagian dalam kasut. Apa yang penting kasut putih jenis ini sangat senang dicuci dan juga di kapur.


Bagi saya sendiri rekaannya sendiri sudah menampakkan ciri-ciri untuk kasut anak perempuan. Sangat cantik dipadankan samada dengan baju kurung mahupun 'pinafore'

Daya Resapan Terbaik, Tidak Panas

Kelebihan warna putih ianya tidak akan menyerap haba (kurang resapan haba). Ianya menjadikan kita akan lega/sejuk dan tidak berasa panas. Secara tidak langsung kasut ini juga sesuai untuk digunakan untuk beriadah terutama penggunaan di waktu pendidikan jasmani.

Jangan Lupa Dapatkan Kasut PALLAS


Sekarang nak berbelanja sangat mudah. Selain daripada membeli di kedai kasut dan pasaraya, korang juga boleh dapatkan kasut PALLAS ini di laman web atas talian seperti :-


Selain itu, kasut rangkaian kasut PALLAS jugs boleh didapati di Pusat Membeli-Belah AEON, Parkson dan Sogo.


Makin bersemangat untuk kembali ke sekolah dengan kasut PALLAS yang penuh bergaya  dan selesa!

Kasut Sekolah Pallas Warna Puth Masih Relevan Untuk Tahun 2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 07, 2019 Rating: 5

11 comments:

  1. Kasut pallas memang menjadi pilihan saya sewaktu di bangku sekolah kerana kualitinya dan ia tahan lasak

    ReplyDelete
  2. Zaman aida sekolah dulu is pallas la.
    Legend brand ni.
    Pallas sgt sinonim dgn kasut sekolah...
    Aida prefer kaler putih. Suci bersih. Nampak kemas jer.

    ReplyDelete
  3. Untuk tahun 2020 nnt anak2 kita pon guna kasut sekolah pallas jugak.kasut sekolah pallas kasut legend berkualiti tinggi dan sangat selesa untuk ali anka anak. Pallas terbaekkkk ..

    ReplyDelete
  4. Anak tak sekolah lagi tapi tq info ni so senang ena nak buat pilihan kan. Jenama ni sangat terkenal.

    ReplyDelete
  5. Pallas memang antara brand yang diyakini turun temurun. Tapi sayang sekolah anak macam dah takleh nak pakai kasut putih. Walaupun hitam , tetap kupilih pallas.

    ReplyDelete
  6. Yup warna putih masih lagi relevent...

    Tapi kita dah biasakan diri beli kasut sekolah anak yang warna hitam... Lagipun masa kita sekolah dulu pun, memang pakai kasut hitam terus. So pengalaman kapur kasut just masa sekolah rendah je ada

    ReplyDelete
  7. yes, pallas antara jenama yang sememangnya trusted dari dulu lagi. seingat mek, zaman sekolah pun ini lah jenama yang akan diburu.

    ReplyDelete
  8. Wah. tgk ramai yg beli kasut pallas hitam, tabah ye ambil jenis putih 😅. Kena jaga lebih ni. Tapi apa2 kualitii pallas superbb

    ReplyDelete
  9. Kasut Palas ni sejak zaman kita sekolah lagi masih sampai sekarang bertahan dan berkualiti hehehe kita rindu nak pakai kasut sekolah hehe sebab ingat lagi basuh kasuh putih dan jemur belakang peti sejuk wakakaka cepat kering...

    ReplyDelete
  10. kasut putih saya hanya sempat pakai masa sekolah rendah sahaja.itupun masa darjah 1 sampai sahaja. hehe sbb lepas tu jadi pengawas, kena pakai kasut hitam pulak. bila masuk sekolah menengah dah kena pakai kasut kulit hitam 5 tahun.

    ReplyDelete
  11. Teringat kenangan menggunakan kasut jenama Pallas time sekolah dulu. Memang tahan lasak. Sampai sekarang jenama ni masih ada memang terbaik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.