Kasut Sekolah Pallas Warna Puth Masih Relevan Untuk Tahun 2020
Saya percaya pada
hujung tahun inilah, waktunya kita sebagai ibubapa begitu sibuk merancang dan
membuat pembelian barangan anak untuk ke sekolah. Selain daripada buku sekolah
dan uniform, semestinya kasut baru juga tidak ketinggalan yang perlu ada
didalam senarai pembelian.
Tahun 2021
Baru Wajib Memakai Kasut Berwarna Hitam
Apabila memakai kasut putih, kita akan sentiasa mengambil berat tentang kebersihannya. Ini kerana apabila didapati kasut putih itu kotor dengan segera kita akan membersihkannya. Secara tidak langsung kita dapat mendidik anak untuk sentiasa mendisiplinkan diri dengan menjaga kebersihan (Hygiene) tidak kira di mana sahaja berada. Pastinya setiap minggu anak akan membasuh kasut putih mereka ke sekolah.
Ini kerana bagi saya sendiri 'putih' itu melambangkan 'kesucian' dan 'bersih' Jadi untuk tahun terakhir anak-anak saya bersekolah memakai kasut berwarna putih, haruslah saya mendapatkan mereka sepasang dua kasut berwarna ini. Simbolik kepada tahun akhir bersama kasut putih ke sekolah!
Jenama PALLAS
Sentiasa Menjadi Pilihan
Dan antara jenama
kasut sekolah yang sentiasa menjadi pilihan adalah PALLAS. Sejak kecil lagi
jenama ini cukup dekat dengan jiwa. Saya masih ingat lagi, sewaktu kecil
disebabkan begitu berkehendakkan kasus PALLLAS JAZZ saya begitu gigih menabung
sendiri. Duit belanja harian memang saya simpan demi untuk mendapatkan kasut
kegemaran. Kebetulan pada ketika itu jenama kasut ini cukup popular di kalangan
pelajar sekolah.
Itu cerita ketika berada di zaman remaja :-) Dan kini saya telah mempunyai anak yang sudah ke sekolah. Menariknya, anak-anak saya turut sukakan jenama kasut sekolah yang sama dengan ibu mereka. Bagi saya sendiri kasut sekolah PALLAS sangat tahan lasak dan ianya begitu berbaloi dengan harga kasut yang ditawarkan. *Pembelian kasut yang tidak perlu kerap dalam masa setahun.
Bukan mudah ya hendak buat keputusan. Ini terutama apabila kita mempunyai anak yang ada pelbagai ragam dan citarasanya sendiri. Walaubagaimana jenis rekaan dan bentuk kasut sekolah yang diidamkan tetap perlu mempunyai 4 ciri di bawah yang menjadi sebab kenapa jenama kasut PALLAS sentiasa menjadi pilihan saya sejak dulu lagi.
Lembut Didalam (Foam sangat tebal), SELESA dan Lebih Perlindungan
Ringan, dan LEBIH SELESA
Kasut PALLAS yang
saya pilihkan untuk Amani memang sangat comel dan ringan. Mempunyai ciri X-light
(Lightweight)! Apabila kasut mempunyai teknologi lebih ringan ianya
bagus untuk pertumbuhan kaki. Selain
itu ianya sangat lembut di bahagian atas dan juga di bahagian dalam kasut. Apa
yang penting kasut putih jenis ini sangat senang dicuci dan juga di kapur.
Bagi saya sendiri rekaannya sendiri sudah menampakkan ciri-ciri untuk kasut anak perempuan. Sangat cantik dipadankan samada dengan baju kurung mahupun 'pinafore'
Daya Resapan Terbaik, Tidak Panas
Kelebihan warna putih ianya tidak akan menyerap haba (kurang resapan haba). Ianya menjadikan kita akan lega/sejuk dan tidak berasa panas. Secara tidak langsung kasut ini juga sesuai untuk digunakan untuk beriadah terutama penggunaan di waktu pendidikan jasmani.
Jangan Lupa Dapatkan Kasut PALLAS
Sekarang nak berbelanja sangat mudah. Selain daripada membeli di kedai kasut dan pasaraya, korang juga boleh dapatkan kasut PALLAS ini di laman web atas talian seperti :-
Selain itu, kasut rangkaian kasut PALLAS jugs boleh didapati di Pusat Membeli-Belah AEON, Parkson dan Sogo.
Makin bersemangat untuk kembali ke sekolah dengan kasut PALLAS yang penuh bergaya dan selesa!
Kasut Sekolah Pallas Warna Puth Masih Relevan Untuk Tahun 2020
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 07, 2019
Rating:
Kasut pallas memang menjadi pilihan saya sewaktu di bangku sekolah kerana kualitinya dan ia tahan lasak
ReplyDeleteZaman aida sekolah dulu is pallas la.
ReplyDeleteLegend brand ni.
Pallas sgt sinonim dgn kasut sekolah...
Aida prefer kaler putih. Suci bersih. Nampak kemas jer.
Untuk tahun 2020 nnt anak2 kita pon guna kasut sekolah pallas jugak.kasut sekolah pallas kasut legend berkualiti tinggi dan sangat selesa untuk ali anka anak. Pallas terbaekkkk ..
ReplyDeleteAnak tak sekolah lagi tapi tq info ni so senang ena nak buat pilihan kan. Jenama ni sangat terkenal.
ReplyDeletePallas memang antara brand yang diyakini turun temurun. Tapi sayang sekolah anak macam dah takleh nak pakai kasut putih. Walaupun hitam , tetap kupilih pallas.
ReplyDeleteYup warna putih masih lagi relevent...
ReplyDeleteTapi kita dah biasakan diri beli kasut sekolah anak yang warna hitam... Lagipun masa kita sekolah dulu pun, memang pakai kasut hitam terus. So pengalaman kapur kasut just masa sekolah rendah je ada
yes, pallas antara jenama yang sememangnya trusted dari dulu lagi. seingat mek, zaman sekolah pun ini lah jenama yang akan diburu.
ReplyDeleteWah. tgk ramai yg beli kasut pallas hitam, tabah ye ambil jenis putih 😅. Kena jaga lebih ni. Tapi apa2 kualitii pallas superbb
ReplyDeleteKasut Palas ni sejak zaman kita sekolah lagi masih sampai sekarang bertahan dan berkualiti hehehe kita rindu nak pakai kasut sekolah hehe sebab ingat lagi basuh kasuh putih dan jemur belakang peti sejuk wakakaka cepat kering...
ReplyDeletekasut putih saya hanya sempat pakai masa sekolah rendah sahaja.itupun masa darjah 1 sampai sahaja. hehe sbb lepas tu jadi pengawas, kena pakai kasut hitam pulak. bila masuk sekolah menengah dah kena pakai kasut kulit hitam 5 tahun.
ReplyDeleteTeringat kenangan menggunakan kasut jenama Pallas time sekolah dulu. Memang tahan lasak. Sampai sekarang jenama ni masih ada memang terbaik
ReplyDelete