Menikmati Hidangan Jepun Yang Enak di Momochan Japanese Restaurant
Makanan Jepun sememangnya sentiasa menjadi pilihan terutama masyarakat Asia. Antara hidangan Jepun yang popular adalah sushi. Namun begitu, terdapat juga hidangan Jepun lain yang boleh kita cuba dan rasanya tetap hebat.
Antara restoran Jepun yang menawarkan hidangan versatil adalah Momochan Japanese Restaurant yang terletak di Jaya One Petaling Jaya Selangor.
Lokasinya yang terletak di The Square Jaya One yang sememangnya cukup terkenal dengan pusat sehenti dengan pelbagai jenis restoran dan cafe. Apatah lagi suasana deko didalamnya cukup indah dan susunan ruang tempat makan memang memberi keselesaan. Nah! Sekiranya korang mencari hidangan Jepun di restoran yang cukup esklusif dan selesa, jangan lupa singgah Momochan!
Untuk musim perayaan Krismas ini, Momochan Japanese Restaurant ada menawarkan beberapa hidangan istimewa yang boleh dicuba oelh pelanggannya. antaranya seperti :-
PEMBUKA SELERA (Starter)
Shitake Nanban -Fried Shitake Mushroom With Nanban Sauce |RM12.90
Antara menu yang korang kena cuba kalau ke sini. Rasa ranggup cendawan shitake bersama dengan sos istimewa dari Momochan. Agak unik namun dari segi rasa dan rupa tidak mengecewakan.
Japanese Karaage Winglets | RM12.90
Nampak agak biasa tetapi apabila saya nikmatinya memang dari segi rasa agak luar biasa. Ranggup dan garing di bahagian luar dan sangat lembut isi ayam didalam. Ketika menikmatinya saya tidak memerlukan sos tambahan tetapi sudah cukup enak dinikmati bersama coleslow yang didatangkan bersama.
Plain Chawanmushi with Yuzu Chili | RM5.90
Peminat chawanmushi mesti teruja dengan hidangan ini. Yang uniknya untuk menu in dia ada rasa percikan pedas. Ini mungkin kerana didalamnya ada sedikit Yuzu Chili untuk memberi rasa 'kick' pada hidangan chawanmushi.
Untuk hidangan pembuka selera korang boleh juga mencuba menu lain seperti:-
- Scallop Chawanmushi | RM10.90
- Chicken Karaage Salad | RM15.90
- Sweet Potato Fries | RM9.90
- Wasabi Coleslow | RM4.90
- Mashed Potato -With Homemade Chicken Gravy | RM4.90
MENU UTAMA
Manakala untuk hidangan dari menu utama esklusif bersempena dengan cuti dan perayaan Krismas adalah seperti:-
Japanese Southern Fried Chicken | RM20.90
(Quarter Chicken Marinated in Buttermilk, Battered and Fried)
Rupanya seperti ayam goreng jenama terkenal tetapi rasanya lebih istimewa. Ini adalah ayam gorang gaya Jepun yang cukup terkenal dari segi rasanya yang mantap (flavourful), berjus dan keranggupan berganda.
Christmas Beef Special | RM31.90
(150g Australian Tenderloin - Pan Seared , Sous Vide Then Char Grilled Served With Japanese Ponzu and Grated Radish Sauce)
Lembut dan sedap. Itu yang saya dapat gambarkan. Saya sangat suka dengan rasa sos buah pir di atasnya. Pertama kali saya mencubanya, tidak dinafikan ianya memenuhi citarasa saya.
Momochan Loves Vegetablea | RM18.90
(Japanese Noodle Pasta, Tomato Sauce, Pumpkin Puree with Tempura Enoki Mushrooms
Jika korang seorang yang vegetarian. Korang kena cuba hidangan ini. Keunikkannya bukan hanya pada tempura cendawan enoki dan pasta semata bahkan kehadiran puri labu yang memikat selera juga..
PENCUCI MULUT
Setiap hidangan pasti akan berakhir dengan oencuci mulut yang enak. Dan antara pencuci mulut yang boleh dicuba di sini adalah;
Homemade Belgian Chocolate Ice Ceram | RM11.90
Homade ais krim yang sememangnya mewah dengan rasa coklat belgian. Sangat lembut dari segi tekstur. Sedap!
Selain ais krim, korang juga boleh mencuba Warabi Mochi yang berharga RM9.90 salah satu pencuci mulut yang cukup popular di sini.
Makanan enak, servis terbaik dan ditawarkan pada harga cukup berpatutan. Jangan lupa singgah dan cuba sendiri hidangan Momochan Japanese Restaurant hari ini!
G.002 the square,
Jaya One,72A,
Jalan Universiti, Seksyen 13
Menikmati Hidangan Jepun Yang Enak di Momochan Japanese Restaurant
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 09, 2019
Rating:
Ok nak singgah bawak anak-anak sebab ada ayam goreng . Cam sedap je ayam goreng tu. Lama Sal tenung sampai terasa lalu dah kat tekak. Dari segi harga macam berbaloidengan hidangan. Kebetulan cuti Christmas ni tak ke mana. Sesekali bawak anak makan kat restoran Jepun , nak pegi tak tau lak bila
ReplyDeleteBab makan makan ni memang best kan ayue. Fuhhsemua nampak sedapp ni tambah2 bila tengah lapar hahaha . Kalau kena ngan harga opkos la blh pegi jugak kalau jalan2 kat sana. Tq info..
ReplyDeleteMakanan Jepun tak berapa reti nak menikmatinya compare dengan makanan korea. Peminat makanan Jepun mesti suka ni.
ReplyDeleteLama betul tak makan Japanese Cuisine. Boleh la try restaurant ni nampak harga berpatutan dan good variety too.
ReplyDeleteWow semua jenis Japanese cuisine ada kat sini! Saya dengan anak memang favourite makanan jepun ni, suami tak suka sushi! Boleh la singgah sini sebab banyak pilihan selain sushi! ;)
ReplyDeleteSukanya kak ayu dapat makan kat sini hehehe memang makanan Jepun antara yang ringkat tapi bila rasa sedap dan semua rasa ada kat dalam tu bestnya nak juga lah Halalkan kat sini...
ReplyDeleteaum sedapnya makan makanan jepun. BBL biasa makan sushi tu je. benda lain tak try cuba makan lagi.. menarik jugak menu-menu kat sini
ReplyDeleteWah. Tk pernah lagi mkn mknn jepon ni. Semua nampak fresh je. Tp kenyang tk portion mcm tu
ReplyDeletenampak sgt sedap!!!
ReplyDeletesimple jer ekk plating nyer.
jepun and simple takkan berpisah.
Bestnya nampak food tu lagi2 daging tu..mesti lembut gila ek kak?
ReplyDeleteWah makanan jepun ke.. I nampak goreng goreng banyak.. slelaunya raw fishes.. hahha nanti I bagitahu husband I dia tu peminat makanan jepun. Hahahha nampak cam enaklahhh
ReplyDeleteAduhaii rambang mata kita tengok makanan jepun ni. Lagi-lagi time perut tengah meminta lagi lah... Pengemar makanan jepun pun should try ni.
ReplyDeleteTB pernah makan sushi je kalau makanan jepun ni.. makanan ljepun lain tak pernah test lagi.. tapi nampak menyelerakan je tu.. nyum2..
ReplyDeleteMakanan die simple je ye. Tak perlu presentation beriya tapi sis cakap rasanya sedap. Teringin nak rasa ☺️
ReplyDeleteSedaonya makan makanan jepun! dah lama jugak saya tak makan makanan jepun ni. bolehlah lepas ni cari makanan jepun :)
ReplyDeleteThe food looks really appetising, this place is quite nice to my workplace, I shall bring my colleagues over soon.
ReplyDelete