Menikmati Hidangan Jepun Yang Enak di Momochan Japanese Restaurant

Makanan Jepun sememangnya sentiasa menjadi pilihan terutama masyarakat Asia. Antara hidangan Jepun yang popular adalah sushi. Namun begitu, terdapat juga hidangan Jepun lain yang boleh kita cuba dan rasanya tetap hebat. 

Antara restoran Jepun yang menawarkan hidangan versatil adalah Momochan Japanese Restaurant yang terletak di Jaya One Petaling Jaya Selangor. 

Lokasinya yang terletak di The Square Jaya One yang sememangnya cukup terkenal dengan pusat sehenti dengan pelbagai jenis restoran dan cafe. Apatah lagi suasana deko didalamnya cukup indah dan susunan ruang tempat makan memang memberi keselesaan. Nah! Sekiranya korang mencari hidangan Jepun di restoran yang cukup esklusif dan selesa, jangan lupa singgah Momochan!

Untuk musim perayaan Krismas ini, Momochan Japanese Restaurant ada menawarkan beberapa hidangan istimewa yang boleh dicuba oelh pelanggannya. antaranya seperti :-

PEMBUKA SELERA (Starter)

Shitake Nanban -Fried Shitake Mushroom With Nanban Sauce |RM12.90

Antara menu yang korang kena cuba kalau ke sini. Rasa ranggup cendawan shitake bersama dengan sos istimewa dari Momochan. Agak unik namun dari segi rasa dan rupa tidak mengecewakan.


Japanese Karaage Winglets | RM12.90

Nampak agak biasa tetapi apabila saya nikmatinya memang dari segi rasa agak luar biasa. Ranggup dan garing di bahagian luar dan sangat lembut isi ayam didalam. Ketika menikmatinya saya tidak memerlukan sos tambahan tetapi sudah cukup enak dinikmati bersama coleslow yang didatangkan bersama.



Plain Chawanmushi with Yuzu Chili | RM5.90

Peminat chawanmushi mesti teruja dengan hidangan ini. Yang uniknya untuk menu in dia ada rasa percikan pedas. Ini mungkin kerana didalamnya ada sedikit Yuzu Chili untuk memberi rasa 'kick' pada hidangan chawanmushi.

Untuk hidangan pembuka selera korang boleh juga mencuba menu lain seperti:-

  • Scallop Chawanmushi  | RM10.90
  • Chicken Karaage Salad | RM15.90
  • Sweet Potato Fries | RM9.90
  • Wasabi Coleslow | RM4.90
  • Mashed Potato -With Homemade Chicken Gravy | RM4.90


MENU UTAMA

Manakala untuk hidangan dari menu utama esklusif bersempena dengan cuti dan perayaan Krismas adalah seperti:-

Japanese Southern Fried Chicken | RM20.90
(Quarter Chicken Marinated in Buttermilk, Battered and Fried)

Rupanya seperti ayam goreng jenama terkenal tetapi rasanya lebih istimewa. Ini adalah ayam gorang gaya Jepun yang cukup terkenal dari segi rasanya yang mantap (flavourful), berjus dan keranggupan berganda.

Christmas Beef Special | RM31.90
(150g Australian Tenderloin - Pan Seared , Sous Vide Then Char Grilled Served With Japanese Ponzu and Grated Radish Sauce)

Lembut dan sedap. Itu yang saya dapat gambarkan. Saya sangat suka dengan rasa sos buah pir di atasnya. Pertama kali saya mencubanya, tidak dinafikan ianya memenuhi citarasa saya.

Momochan Loves Vegetablea | RM18.90
(Japanese Noodle Pasta, Tomato Sauce, Pumpkin Puree with Tempura Enoki Mushrooms

Jika korang seorang yang vegetarian. Korang kena cuba hidangan ini. Keunikkannya bukan hanya pada tempura cendawan enoki dan pasta semata bahkan kehadiran puri labu yang memikat selera juga..


PENCUCI MULUT

Setiap hidangan pasti akan berakhir dengan oencuci mulut yang enak. Dan antara pencuci mulut yang boleh dicuba di sini adalah;


Homemade Belgian Chocolate Ice Ceram | RM11.90

Homade ais krim yang sememangnya mewah dengan rasa coklat belgian. Sangat lembut dari segi tekstur. Sedap! 


Selain  ais krim, korang juga boleh mencuba Warabi Mochi  yang berharga RM9.90 salah satu pencuci mulut yang cukup popular di sini.

Minuman yang sentiasa menjadi pilihan bila menikmati makanan Jepun adalah Green Tea. Boleh dinikmati secara panas ataupun sejuk.

Muka bahagia apabila dapat menikmati makanan enak di Momochan Japanese Restaurant :-)

Makanan enak, servis terbaik dan ditawarkan pada harga cukup berpatutan. Jangan lupa singgah dan cuba sendiri hidangan Momochan Japanese Restaurant hari ini!

G.002 the square, 
Jaya One,72A,
 Jalan Universiti, Seksyen 13
, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Malaysia

Sila ikuti FB Momochan, untuk promosi dan hidangan terkini yang ditawarkan :-)

Menikmati Hidangan Jepun Yang Enak di Momochan Japanese Restaurant Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 09, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Ok nak singgah bawak anak-anak sebab ada ayam goreng . Cam sedap je ayam goreng tu. Lama Sal tenung sampai terasa lalu dah kat tekak. Dari segi harga macam berbaloidengan hidangan. Kebetulan cuti Christmas ni tak ke mana. Sesekali bawak anak makan kat restoran Jepun , nak pegi tak tau lak bila

    ReplyDelete
  2. Bab makan makan ni memang best kan ayue. Fuhhsemua nampak sedapp ni tambah2 bila tengah lapar hahaha . Kalau kena ngan harga opkos la blh pegi jugak kalau jalan2 kat sana. Tq info..

    ReplyDelete
  3. Makanan Jepun tak berapa reti nak menikmatinya compare dengan makanan korea. Peminat makanan Jepun mesti suka ni.

    ReplyDelete
  4. Lama betul tak makan Japanese Cuisine. Boleh la try restaurant ni nampak harga berpatutan dan good variety too.

    ReplyDelete
  5. Wow semua jenis Japanese cuisine ada kat sini! Saya dengan anak memang favourite makanan jepun ni, suami tak suka sushi! Boleh la singgah sini sebab banyak pilihan selain sushi! ;)

    ReplyDelete
  6. Sukanya kak ayu dapat makan kat sini hehehe memang makanan Jepun antara yang ringkat tapi bila rasa sedap dan semua rasa ada kat dalam tu bestnya nak juga lah Halalkan kat sini...

    ReplyDelete
  7. aum sedapnya makan makanan jepun. BBL biasa makan sushi tu je. benda lain tak try cuba makan lagi.. menarik jugak menu-menu kat sini

    ReplyDelete
  8. Wah. Tk pernah lagi mkn mknn jepon ni. Semua nampak fresh je. Tp kenyang tk portion mcm tu

    ReplyDelete
  9. nampak sgt sedap!!!
    simple jer ekk plating nyer.
    jepun and simple takkan berpisah.

    ReplyDelete
  10. Bestnya nampak food tu lagi2 daging tu..mesti lembut gila ek kak?

    ReplyDelete
  11. Wah makanan jepun ke.. I nampak goreng goreng banyak.. slelaunya raw fishes.. hahha nanti I bagitahu husband I dia tu peminat makanan jepun. Hahahha nampak cam enaklahhh

    ReplyDelete
  12. Aduhaii rambang mata kita tengok makanan jepun ni. Lagi-lagi time perut tengah meminta lagi lah... Pengemar makanan jepun pun should try ni.

    ReplyDelete
  13. TB pernah makan sushi je kalau makanan jepun ni.. makanan ljepun lain tak pernah test lagi.. tapi nampak menyelerakan je tu.. nyum2..

    ReplyDelete
  14. Makanan die simple je ye. Tak perlu presentation beriya tapi sis cakap rasanya sedap. Teringin nak rasa ☺️

    ReplyDelete
  15. Sedaonya makan makanan jepun! dah lama jugak saya tak makan makanan jepun ni. bolehlah lepas ni cari makanan jepun :)

    ReplyDelete
  16. The food looks really appetising, this place is quite nice to my workplace, I shall bring my colleagues over soon.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.