Quill City Mall Menganjurkan Forum Bersama Pakar Industri Bagi Membincangkan "Phygital" Gaya Peruncitan Terkini

Perkembangan pesat teknologi hari ini membolehkan semua urusan diselesaikan hanya di hujung jari sahaja. Kebolehan pembeli membuat pembelian dan pembayaran dengan mudah serta pantas hanya melalui transaksi atas talian. Dan kini ianya semakin berkembang lagi dengan ada pengenalan konsep peruncitan alaf baru iaitu Phygital singkatan daripada dari dua perkataan Physical+Digital

Saya sendiri secara peribadi sangat sukakan konsep 'cashless'. Tanpa perlu membawa dompet tetapi kita berpeluang membuat pembelian ke atas barangan yang kita kehendaki. Lebih hebat, jika kita datang kedai fizikal, kita boleh pilih barangan dan membuat perbandingan kualiti serta harga seterusnya membuat pembayaran menggunakan konsep e-wallet. Mudah dan praktikal.


Oh ya! Saya telah berpeluang menghadiri ke satu forum yang membicangkan topik “Future Proof Your Business - New Retail Innovations and Interventions” yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Quill City . Ini adalah antara salah satu usaha Pusat Membeli-belah Quill City Mall dalam memperkenalkan strategi peruncitan terbaru di tahun 2020 yang mana mereka akan menawarkan platform membeli-belah yang hebat dan berdaya saing buat 'stakeholder' dan juga pengusaha tempatan.



Terdapat 5 ahli panel terdiri daripada pemain industri yang sememangnya pakar dalam bidang ini. Antaranya seperti Anwar Jumabhoy (Industri Expert), Kent Lee (Founder of Smuzcity), Redze Shahid (Founder of Grubcycle) dan Cheong Chia Chou (CEO of  PUC Berhad). Forum dibawah anjuran Quill City Mall Kuala Lumpur ini adalah pertama kali seumpamanya dianjurkan dan lebih menarik mereka yang arif dalam industri atas talian turut hadir untuk berkongsi dan berdiskusi mengenai era peruncitan 'Phygital' di atas satu pentas.


Keynote Speaker : Koong Wai Seng (Group CEO of Quill Group of Companies)



Menurut Mr Koong Wai Seng, Quill City Mall sememangnya bercita-cita untuk menjadikan membeli-belah sebagai salah satu pengalaman yang menarik buat pelanggan. Terutama dalam maksimumkan kepuasan kepada pelanggan dengan meningkat taraf dari segi kemudahan dan juga keselesaan. Selain itu turut yang diberi perhatian adalah dpenawaran kepelbagaian pilihan barangan dan servis.

“From borderless payment, borderless logistics, and live streaming Marketing by influencers, Quill City is determined to provide a borderless shopping and retail platform where local shoppers as well as businesses will gain access to the global marketplace for purchases and trade,''
Mempertengahkan konsep pembayaran tanpa sempadan (borderless payment), logistik tanpa sempadan (borderless logistic) serta pemasaran secara 'live streaming' daripada influencer boleh memberi impak yang sangat hebat dalam dunia pemasaran dan pembelian secara global.

Kaedah kepada aplikasi O2O (Online to Offline) merupakan strategi perniagaan yang menarik di mana pelanggan berpotensi dari saluran dalam talian (online) untuk membuat pembelian di kedai fizikal (Offline). Menerusi O2O (Online-to-Offline) secara tidak langsung dapat mengenal pasti pelanggan dalam ruang dalam talian, seperti melalui e-mel dan pengiklanan internet. Strategi jenis ini menggabungkan teknik yang digunakan dalam pemasaran dalam talian yang kebiasaannya digunakan dalam pemasaran fizikal tradisional (brick-and-mortar). 

Misalnya, JD.com, platform e-dagang sehenti terkemuka China - telah bekerjasama dengan Presto, aplikasi pemasaran sosial tempatan iaitu  JDX Presto Concept Store. Kedai ini bukan sahaja tanpa tunai tetapi juga tanpa kakitangan dan tanpa sempadan.

Selain itu, E-Sport Centre juga akan memperkenalkan kedai permainan "phygital" dengan kerjasama dengan UniKL yang akan memperkenalkan projek industri khas kepada pelajar jurusan perniagaan mereka.


Pembukaan JDX Presto Concept Store di Quill City Mall

Konsep 'Phygital' membentuk kepada keseimbangan ekositem peruncitan  yang memberi pengalaman  yang bermakna melibatkan ruang fizikal dengan teknologi infrastruktur hebat. Dengan pembukaan JDX Presto Concept Store di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 12 Disember 2019 membolehkan pengunjung datang membeli-belah secara cashless dan juga melalui applikasi atas talian. 

Kehadiran JDX Presto Concept Store merupakan satu inisiatif  dalam membantu membaik pulih sistem peruncitan yang selama ini dijalankan secara manual. Seperti yang kita ketahui JDX Presto Concept Store merupakan kedai konsep tanpa tunai terbesar di Asia yang  begitu komited dalam teknologi inovasi peruncitan dengan mentakrifkan semula dan membentuk pengalaman membeli-belah dalam talian unik khas buat rakyat Malaysia. 


Jika korang datang membeli belah di Quill City Mall Kuala Lumpur jangan lupa untuk singgah JDX Presto Concept Store yang terletak di tingkat 3. Pelbagai produk  menarik seperti perkakasan elektrik, produk kesihatan dan kecantikan,perlatan rumah, gaya hidup serta hobi, fesyen dan juga makanan dan minuman boleh didapati di sini. Pelanggan juga berpeluang merasai sendiri pengalaman serta kemudahan  pembayaran mudah alih tanpa kerumitan melalui eWallet - PrestoPay. Bukan itu sahaja, peruncit dari kumpulan kecil sehingga kumpulan antarabangsa mahupun tempatan akan dapat memanfaatkan infrastruktur fizikal menerusi pengenalan konsep runcit 'Phygital' ini.


 “Future Proof Your Business - New Retail Innovations and Interventions” Expert Forum  dengan perbincangan antara Koong Wai Seng, Group CEO of Quill Group of Companies, Cheong Chia Chou, CEO of PUC Berhad, Anwar Jumabhoy, Industry Expert, Redza Shahid, Founder of Grubcycle,dan Kent Lee, Founder of Smuzcity, 

Further confirmed that the future of retail needs to promote intimate social relationships between brands, both international and local, with consumers by building a physical space that is customer experience-centric.

Banyak informasi yang saya perolehi menerusi forum ini terutama perkongsian daripada mereka yang benar-benar pakar dalam industri digital, Secara konklusinya integrasi perniagaan dalam dan di atas talian menerusi peruncitan  'Phygital' bukan hanya sekadar menawarkan saluran jualan, tetapi ianya model perniagaan runcit yang baru dan inovatif, yang menggabungkan kedai francais berjenama, kedai dalam talian digital, media sosial dan pemasaran mudah alih. Paling penting semua transaksi adalah 'cashless'.

Quill City Mall kini ke arah menjadi peruncitan tanpa sempadan, pusat edutainment dan bakal menarik lebih ramai tenant samada lokal mahupun antarabangsa. Bersempena dengan era “phygital”, Quill City Mall bakal berkongsi kejutan hebat, jadi sama-sama kita nantikan dalam  tempoh 12 bulan akan datang,

Quill City Mall Menganjurkan Forum Bersama Pakar Industri Bagi Membincangkan "Phygital" Gaya Peruncitan Terkini Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 13, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. wah.. sekarang ni nak buat pembelian dan pembayaran pun dah mudah giler kan.. hanya dengan satu aplikasi semuanya settle di hujung jari..

    ReplyDelete
  2. Dunia makin canggih dan semakin maju ke depan. Semua benda dah semakin mudah dan senang. Hanya dengan satu aplikasi jer dah boleh buat pembelian dan juga pembayaran cepat dan mudah.

    ReplyDelete
  3. Great forum and topic. I baca news banyak offline retailer tutup some retail store due to change to online retail.

    ReplyDelete
  4. ada pro and cons tapi mek lebih suka tengok pro lah. ke arah teknologi yang lebih canggih. nak tak nak kena blend.

    ReplyDelete
  5. Dunia teknologi makin maju. Hal peruncitan pun makin maju sekarang ni. Nur pun suka konsep cashless yg memudahkan. Tak sangkal ade kelemahannya, lagi2 buat golongan tua yg tak berapa mahir dunia teknologi ni. Btw harini 1st time dengar term phygital. Tq sharing

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni pun kalau pergi mana mana saya jarang bawa cash banyak2. Kadang kadang saja. Tuh pun kalau nak beli barang dapur. Kalau nak beli barang lain selesa berurusan secara online. Bila bidang peruncitan pun dah menggunakan sistem yang sama cashless lagi mudah kan. Dunia semakin maju semua di hujung jari saja

    ReplyDelete
  7. Sekarang ramai je yang x bawak cash ke mana-mana. Semuanya di hujung jari je, swipe2 dekat hp je untuk buat pembayaran.

    ReplyDelete
  8. Ada pernah terbaca jugak pasal mall nak buat program ni. Lepas ni abih seemua pembeli pakat duk kena download apps nak beli barang atau boleh guna debit kad?

    ReplyDelete
  9. Mall semakin banyak jadinya setiap mall kne step up their game untuk tarik pengunjung. Good job quill city mall !

    ReplyDelete
  10. Setuju part cashless dan konsep O2O! Mempermudahkan cara pembayaran jadi lebih pantas proses membeli. Selalu gak ke Quill City Mall sebab selesa bawak anak² ke sana. Semua ada , paling best tempat makan..hehehe.

    ReplyDelete
  11. Mcm best je konsep yang quill city mall bawakan iaitu cashless. Sy mmg suka pergi tmpt mcm ni. Selamat sikit tk bawak cash

    ReplyDelete
  12. Bagus ada konsep cashless ni, kita takyah bwk duit byk2..tapi kdg2 dlm bagus ada gak yang tak berapa bagus..cuma kita buang je le yg tak bagsu tu..kang tak ikut peredaraan ketinggalan

    ReplyDelete
  13. sangat bagus kan bila Malaysia dah berjaya menuju tahap cashless, boleh bayar barang dihujung jari je. so lepas ni tak perlu beratur panjang di ATM

    ReplyDelete
  14. Saya pun suka konsep cashless ni.. Xda duit kt tangan xpa.. Janji ada boost.. Ada touch n go wallet semua tu dah ckup... Huahua.. Cuma kt anak2 la kt tangan diorg kena bg cash jugak kan.. Xbyk tp ckup utk diorg ja la

    ReplyDelete
  15. A good blog always comes-up with new and exciting information and while reading I have feel that this blog is really have all those quality that qualify a blog to be a one. phygital | PMI

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.