RASAI SEMANGAT TAHUN BAHARU 2020 DENGAN HI-TEA TAHUN BARU DI RESTORAN ROYALE SONGKET


Meraikan Tahun Baru 2020 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam (GBWHSA) dengan menikmati  Hi-Tea esklusif di Restoran Royale Songket pastinya meninggalkan momen yang indah. Bak kata orang 'Kita mulakan sesuatu yang hebat dan istimewa untuk permulaan baru",

Apa yang menarik, hidangan yang disediakan di Hi-Tea semuanya enak dan menyelerakan. 


Antaranya seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar &Vegetable Crudités, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad, dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil.
Hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Sate.
Terdapat juga pilihan menu masakan Barat di Carving Station.Antara hidangan yang korang boleh cuba seperti BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Yerpp korang boleh juga mencuba Pasta dengan beberapa pilihan sos di gerai yang masak panas-panas di situ


Selain daripada itu, penggemar makanan laut boleh mencuba makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel. Terdapat juga sudut Kid’s Corner yang menghidangkan Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons.

Tidak lengkap sesi hi-tea tanpa pelbagai jenis pemanis mulut dan pastri. Dan untuk Hi-Tea Tahun Baru ini ada juga menawarkan pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel. Antaranya ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé.



Hi-tea Tahun Baru ini akan diadakan pada 1 Januari 2020 (Rabu) bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang. Harganya ialah RM69.00+ bagi setiap orang dewasa.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, bolehlah hubungi bahagian telepemasaran melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801 atau 019-2757801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST.

Selain Hi-Tea Tahun Baharu, Restoran Royale Songket juga akan mengadakan Makan Malam Ambang Tahun Baharu dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, Masakan Itali dan menu kegemaran Malaysia. 

Makan malam Ambang Tahun Baru ini berharga RM95.00+ setiap orang dewasa dan RM 47.00+ setiap orang kanak-kanak. Ia bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada Selasa, 31 Disember 2019.

Promosi New Year Hi Tea : RM69.00+ setiap orang (dewasa)
Tempoh promosi : 1 Januari 2020 (Rabu)
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G.
Makan malam ambang Tahun Baharu : RM95.00+ setiap orang (dewasa)
Tempoh promosi : 31 Disember 2019 (Selasa)
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G.
RASAI SEMANGAT TAHUN BAHARU 2020 DENGAN HI-TEA TAHUN BARU DI RESTORAN ROYALE SONGKET Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 21, 2019 Rating: 5

3 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.