UHU PACU PASARAN DENGAN PRODUK INOVATIF BAGI KEPERLUAN KREATIF DAN PENYELESAIAN HARIAN

Saya memang pengguna produk UHU sejak dulu lagi. Dan baru-baru ini Faber-Castell Malaysia  telah memperkenalkan rangkaian produk inovatif UHU yang terkini. Di mana yang setiap satunya ditujukan kepada kegunaan dan pasaran sasaran yang khusus.

Ini adalah berikutan pengembangan terkininya ke dalam kategori produk bahan pelekat untuk kerja-kerja baik pulih yang ekstrem. Nah! Tidak hairanlah UHU kini menguasai bahagian pasaran yang signifikan dalam pasaran runcit bahan pelekat di Malaysia.

“Sejak tahun 1930-an lagi UHU berusaha untuk menghasilkan produk-produk inovatif menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Semenjak itu, jenama ini kekal sebagai penginovasi dan pakar glu dalam pasaran runcit bahan pelekat kerana kualiti dan produk-produk inovatif yang dihasilkan,” 
Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.


Antara produk-produk baharu UHU yang akan berada di pasaran mulai November 2019 adalah UHU Stic Magic Blue dan Edisi Terhad PETS 2. Sementara itu, UHU Max Repair untuk kerja-kerja membaik pulih yang ekstrem, Super Glue Ultra-Fast Control dan Super Glue Mini untuk sekali guna akan mula berada di pasaran dari Mac 2020.


Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap produk:

UHU Stic Magic Blue (8.2g – RM4.70, 21g – RM8.90)

Dengan formula warna menghilang yang menakjubkan yang dihasilkan oleh UHU, kesan kebiru-biruan dapat dilihat semasa sapuan tetapi ia akan hilang dalam masa beberapa saat. Formula ini membolehkan sapuan glu dibuat dengan lebih tepat dengan adanya kesan kebiruan tersebut sebagai panduan visual. Produk ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang pastinya akan mengagumi formula warna menghilang ini. Magic Blue adalah ideal untuk melekatkan kertas, kadbod, foto, Styrofoam, label, tekstil dan sebagainya. Produk yang menggunakan formula glu bebas pelarut dengan 98% bahan semulajadi ini mudah dicuci dengan air sejuk serta selamat untuk kanak-kanak.


UHU Stic The Secret Life of PETS 2 – Edisi Terhad (8.2g – RM4.40, 21g – RM8.70)

UHU Stic yang popular ini merupakan satu kemestian di pejabat, bilik darjah dan juga di rumah, dan kini terdapat dalam rangkaian lapan corak edisi terhad ‘The Secret Life of PETS 2’ yang menjadikannya ideal sebagai barangan kolektibel. Gidget, Max, Cute Snowball, Chloe, Duke, Mel, Pickles dan Sweet Pea adalah antara watak yang ditampilkan dalam rangkaian edisi terhad UHU Stic.


UHU Max Repair Extreme (8g, RM18.90)

UHU Max Repair Extreme adalah bahan pelekat yang amat kuat yang ideal untuk kerja-kerja baik pulih yang penting di rumah, juga untuk kasut atau sebarang barangan yang pecah. Pelekat serba boleh ini dapat menangani sebarang jenis kerja lekatan dan hasilnya adalah tahan hentakan, suhu, dan UV, serta selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.

UHU Super Glue Ultra-Fast Control (3g, RM7.90)

UHU Super Glue Ultra-Fast Control baharu menampilkan Teknologi Direct-Stop yang unik dan formula pelekat yang dipertingkatkan. Kini, tiada lagi jari kotor, tiada lagi tumpahan dan tiada lagi aliran bahan pelekat yang tidak terkawal. Tiubnya mempunyai bahagian dalaman yang memberikan tekanan balas yang mengembalikan tiub ke bentuk asalnya apabila dipicit, yang turut menghasilkan kesan sedut balik. Dengan formula pelekat yang dipertingkatkan ini, Super Glue Ultra-Fast Control kini merupakan standard pelekat yang baharu, yang membawakan segala kelebihan dalam satu produk.


UHU Super Glue yang asal juga kini didatangkan dalam varian mini 1g (3 pek 1g, RM10.90) untuk sekali guna bagi kerja-kerja lekatan dalam kesibukan harian, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua!

Produk-produk UHU boleh didapati di kedai-kedai alat tulis, kedai perkakasan dan kedai serbaneka utama di seluruh negara serta platform e-dagang seperti www.shopee.com.my dan lazada.com.my.

#fabercastellmy #UHUMalaysia @fabercastellmy

UHU PACU PASARAN DENGAN PRODUK INOVATIF BAGI KEPERLUAN KREATIF DAN PENYELESAIAN HARIAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 20, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. Da dipelbagaikan gam uhu nie..dlu masa skolah kita pkai gam uhu jnis stick tue je..skrg da macam gam uhu nie.

    ReplyDelete
  2. Memang suka beli UHU Stick ni untuk anak sebab elok. Ada sesengah gam tak melekat pun. Bagus la sebab sekarang UHU dan ada produk baru. Nanti Sis nak beli dan cuba.

    ReplyDelete
  3. Samala kita ..gam uhu ni memang gam wajib ada kat rumah. Kita suka buat kraft2 jugak kat rumah sebab tu laa selalu guna gam uhu tapi biasa banyak guna yang tembak tulaa senang utk kerjatangan ..

    ReplyDelete
  4. uhu stick tu mcm pernah nampak kat mydin.
    uhu ni kan dari aida sekilah dulu2.
    Legend sgt.
    Trusted brand.

    ReplyDelete
  5. Gam Uhu ni memang popular dan sejak tahun 80 an, pelbagai guna masa sekolah dulu jenama yang sangat bagus! tak heran sekarang masih ujud lagi

    ReplyDelete
  6. Kat rumah sis memang ada standby produk UHU ni..incase apa2 tercaut terbukak ke..dah ada n kelam kabut nak gi beli. Memang terbaik produk ni

    ReplyDelete
  7. Dah ada macam-macam jenis dah rupanya gam UHU ni. Setakat ni tahu yang ada gambar gajah tu, kita panggil gam Gajah. Hehehe. Biasa time nak guna, mesti tak ada kat rumah. nak kene spare ni siap2.

    ReplyDelete
  8. UHU mmg kuat glue gam , senang nak guna dan praktikal untuk kerja harian kat rumah. Ank2 yang bersekolah pun beli UHU glue gam utk bawa ke sekolah.

    ReplyDelete
  9. Sepp dengan Kak Ayu. Ruby kecik kecik dulu pun suka guna gam uhu ni.

    Wahh sekarang dah banyak jenis gam dah.

    Yang jenis glue stic tu cute sangat aihh, siap ada gambar karton ha. Budak² mesti suka sangat 😊👍

    ReplyDelete
  10. Dulu sy panggil ni gam gajah. Memang kuat . Tengok sekarang ada design2 baru n ikut kekuatan lekat jgk kan

    ReplyDelete
  11. Dari dulu memnag suka guna gam uhu. Kuat dan tahan lama. Sekarang ni uhu dah ada macam jenis. Mudah nak guna

    ReplyDelete
  12. Gam uhu ni dah banyak kegunaan dia. Dulu qiss guna buat kraftangan.. lebih mudah nak cantumkan

    ReplyDelete
  13. This is one old brand that I have been using since school... I love those product!!

    ReplyDelete
  14. Haah gam legend ni, kalau kasut terkopak ke memang terus cari gam Uhu, terbaik

    ReplyDelete
  15. wah ada macam2 jenis gam UHU dan pelbagai kegunaan rupanya. ni pun baru beli sebab nak pasang lencana sekolah anak

    ReplyDelete
  16. Wah dulu rasanya ada satu je kan? Gam UHU ni? Pernah pakai masa sekolah dulu. Sekarang dah banyak ya produk gam ni. Hebat :)

    ReplyDelete
  17. Gam UHU ni gam pilihan TB jugak masa dulu dan kini.. memang suka jenama UHU dari jenama lain.. dah terbiasa kot.. tapi jenama UHU ni memang menjadi pilihan ramai pun kan

    ReplyDelete
  18. This is my absolute first choice for gam! Whenever I wanna buy gam confirm look for them it's sturdy and sticks on well.

    ReplyDelete
  19. Kita pun mmg suka pakai gam UHU, baik untuk kertas, buat aktiviti dengan anak, sampai lah yg heavy duty, semua pun pilih UHU.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.