UHU PACU PASARAN DENGAN PRODUK INOVATIF BAGI KEPERLUAN KREATIF DAN PENYELESAIAN HARIAN
Saya memang pengguna produk UHU sejak dulu lagi. Dan baru-baru ini Faber-Castell Malaysia telah memperkenalkan rangkaian produk inovatif UHU yang terkini. Di mana yang setiap satunya ditujukan kepada kegunaan dan pasaran sasaran yang khusus.
Antara produk-produk baharu UHU yang akan berada di pasaran mulai November 2019 adalah UHU Stic Magic Blue dan Edisi Terhad PETS 2. Sementara itu, UHU Max Repair untuk kerja-kerja membaik pulih yang ekstrem, Super Glue Ultra-Fast Control dan Super Glue Mini untuk sekali guna akan mula berada di pasaran dari Mac 2020.
Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap produk:
UHU Stic Magic Blue (8.2g – RM4.70, 21g – RM8.90)
Dengan formula warna menghilang yang menakjubkan yang dihasilkan oleh UHU, kesan kebiru-biruan dapat dilihat semasa sapuan tetapi ia akan hilang dalam masa beberapa saat. Formula ini membolehkan sapuan glu dibuat dengan lebih tepat dengan adanya kesan kebiruan tersebut sebagai panduan visual. Produk ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang pastinya akan mengagumi formula warna menghilang ini. Magic Blue adalah ideal untuk melekatkan kertas, kadbod, foto, Styrofoam, label, tekstil dan sebagainya. Produk yang menggunakan formula glu bebas pelarut dengan 98% bahan semulajadi ini mudah dicuci dengan air sejuk serta selamat untuk kanak-kanak.
UHU Stic The Secret Life of PETS 2 – Edisi Terhad (8.2g – RM4.40, 21g – RM8.70)
UHU Stic yang popular ini merupakan satu kemestian di pejabat, bilik darjah dan juga di rumah, dan kini terdapat dalam rangkaian lapan corak edisi terhad ‘The Secret Life of PETS 2’ yang menjadikannya ideal sebagai barangan kolektibel. Gidget, Max, Cute Snowball, Chloe, Duke, Mel, Pickles dan Sweet Pea adalah antara watak yang ditampilkan dalam rangkaian edisi terhad UHU Stic.
UHU Max Repair Extreme (8g, RM18.90)
UHU Max Repair Extreme adalah bahan pelekat yang amat kuat yang ideal untuk kerja-kerja baik pulih yang penting di rumah, juga untuk kasut atau sebarang barangan yang pecah. Pelekat serba boleh ini dapat menangani sebarang jenis kerja lekatan dan hasilnya adalah tahan hentakan, suhu, dan UV, serta selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
UHU Super Glue Ultra-Fast Control (3g, RM7.90)
UHU Super Glue Ultra-Fast Control baharu menampilkan Teknologi Direct-Stop yang unik dan formula pelekat yang dipertingkatkan. Kini, tiada lagi jari kotor, tiada lagi tumpahan dan tiada lagi aliran bahan pelekat yang tidak terkawal. Tiubnya mempunyai bahagian dalaman yang memberikan tekanan balas yang mengembalikan tiub ke bentuk asalnya apabila dipicit, yang turut menghasilkan kesan sedut balik. Dengan formula pelekat yang dipertingkatkan ini, Super Glue Ultra-Fast Control kini merupakan standard pelekat yang baharu, yang membawakan segala kelebihan dalam satu produk.
UHU Super Glue yang asal juga kini didatangkan dalam varian mini 1g (3 pek 1g, RM10.90) untuk sekali guna bagi kerja-kerja lekatan dalam kesibukan harian, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua!
Produk-produk UHU boleh didapati di kedai-kedai alat tulis, kedai perkakasan dan kedai serbaneka utama di seluruh negara serta platform e-dagang seperti www.shopee.com.my dan lazada.com.my.
#fabercastellmy #UHUMalaysia @fabercastellmy
Ini adalah berikutan pengembangan terkininya ke dalam kategori produk bahan pelekat untuk kerja-kerja baik pulih yang ekstrem. Nah! Tidak hairanlah UHU kini menguasai bahagian pasaran yang signifikan dalam pasaran runcit bahan pelekat di Malaysia.
“Sejak tahun 1930-an lagi UHU berusaha untuk menghasilkan produk-produk inovatif menerusi penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Semenjak itu, jenama ini kekal sebagai penginovasi dan pakar glu dalam pasaran runcit bahan pelekat kerana kualiti dan produk-produk inovatif yang dihasilkan,”
Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.
Antara produk-produk baharu UHU yang akan berada di pasaran mulai November 2019 adalah UHU Stic Magic Blue dan Edisi Terhad PETS 2. Sementara itu, UHU Max Repair untuk kerja-kerja membaik pulih yang ekstrem, Super Glue Ultra-Fast Control dan Super Glue Mini untuk sekali guna akan mula berada di pasaran dari Mac 2020.
Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap produk:
Dengan formula warna menghilang yang menakjubkan yang dihasilkan oleh UHU, kesan kebiru-biruan dapat dilihat semasa sapuan tetapi ia akan hilang dalam masa beberapa saat. Formula ini membolehkan sapuan glu dibuat dengan lebih tepat dengan adanya kesan kebiruan tersebut sebagai panduan visual. Produk ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang pastinya akan mengagumi formula warna menghilang ini. Magic Blue adalah ideal untuk melekatkan kertas, kadbod, foto, Styrofoam, label, tekstil dan sebagainya. Produk yang menggunakan formula glu bebas pelarut dengan 98% bahan semulajadi ini mudah dicuci dengan air sejuk serta selamat untuk kanak-kanak.
UHU Stic The Secret Life of PETS 2 – Edisi Terhad (8.2g – RM4.40, 21g – RM8.70)
UHU Stic yang popular ini merupakan satu kemestian di pejabat, bilik darjah dan juga di rumah, dan kini terdapat dalam rangkaian lapan corak edisi terhad ‘The Secret Life of PETS 2’ yang menjadikannya ideal sebagai barangan kolektibel. Gidget, Max, Cute Snowball, Chloe, Duke, Mel, Pickles dan Sweet Pea adalah antara watak yang ditampilkan dalam rangkaian edisi terhad UHU Stic.
UHU Max Repair Extreme (8g, RM18.90)
UHU Max Repair Extreme adalah bahan pelekat yang amat kuat yang ideal untuk kerja-kerja baik pulih yang penting di rumah, juga untuk kasut atau sebarang barangan yang pecah. Pelekat serba boleh ini dapat menangani sebarang jenis kerja lekatan dan hasilnya adalah tahan hentakan, suhu, dan UV, serta selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
UHU Super Glue Ultra-Fast Control (3g, RM7.90)
UHU Super Glue Ultra-Fast Control baharu menampilkan Teknologi Direct-Stop yang unik dan formula pelekat yang dipertingkatkan. Kini, tiada lagi jari kotor, tiada lagi tumpahan dan tiada lagi aliran bahan pelekat yang tidak terkawal. Tiubnya mempunyai bahagian dalaman yang memberikan tekanan balas yang mengembalikan tiub ke bentuk asalnya apabila dipicit, yang turut menghasilkan kesan sedut balik. Dengan formula pelekat yang dipertingkatkan ini, Super Glue Ultra-Fast Control kini merupakan standard pelekat yang baharu, yang membawakan segala kelebihan dalam satu produk.
UHU Super Glue yang asal juga kini didatangkan dalam varian mini 1g (3 pek 1g, RM10.90) untuk sekali guna bagi kerja-kerja lekatan dalam kesibukan harian, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua!
Produk-produk UHU boleh didapati di kedai-kedai alat tulis, kedai perkakasan dan kedai serbaneka utama di seluruh negara serta platform e-dagang seperti www.shopee.com.my dan lazada.com.my.
#fabercastellmy #UHUMalaysia @fabercastellmy
UHU PACU PASARAN DENGAN PRODUK INOVATIF BAGI KEPERLUAN KREATIF DAN PENYELESAIAN HARIAN
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
December 20, 2019
Rating:
sama la.. penguna tegar gam uhu
ReplyDeletebestkan hehehe
ReplyDeleteDa dipelbagaikan gam uhu nie..dlu masa skolah kita pkai gam uhu jnis stick tue je..skrg da macam gam uhu nie.
ReplyDeleteMemang suka beli UHU Stick ni untuk anak sebab elok. Ada sesengah gam tak melekat pun. Bagus la sebab sekarang UHU dan ada produk baru. Nanti Sis nak beli dan cuba.
ReplyDeleteSamala kita ..gam uhu ni memang gam wajib ada kat rumah. Kita suka buat kraft2 jugak kat rumah sebab tu laa selalu guna gam uhu tapi biasa banyak guna yang tembak tulaa senang utk kerjatangan ..
ReplyDeleteuhu stick tu mcm pernah nampak kat mydin.
ReplyDeleteuhu ni kan dari aida sekilah dulu2.
Legend sgt.
Trusted brand.
Gam Uhu ni memang popular dan sejak tahun 80 an, pelbagai guna masa sekolah dulu jenama yang sangat bagus! tak heran sekarang masih ujud lagi
ReplyDeleteKat rumah sis memang ada standby produk UHU ni..incase apa2 tercaut terbukak ke..dah ada n kelam kabut nak gi beli. Memang terbaik produk ni
ReplyDeleteDah ada macam-macam jenis dah rupanya gam UHU ni. Setakat ni tahu yang ada gambar gajah tu, kita panggil gam Gajah. Hehehe. Biasa time nak guna, mesti tak ada kat rumah. nak kene spare ni siap2.
ReplyDeleteUHU mmg kuat glue gam , senang nak guna dan praktikal untuk kerja harian kat rumah. Ank2 yang bersekolah pun beli UHU glue gam utk bawa ke sekolah.
ReplyDeleteSepp dengan Kak Ayu. Ruby kecik kecik dulu pun suka guna gam uhu ni.
ReplyDeleteWahh sekarang dah banyak jenis gam dah.
Yang jenis glue stic tu cute sangat aihh, siap ada gambar karton ha. Budak² mesti suka sangat 😊👍
Dulu sy panggil ni gam gajah. Memang kuat . Tengok sekarang ada design2 baru n ikut kekuatan lekat jgk kan
ReplyDeleteDari dulu memnag suka guna gam uhu. Kuat dan tahan lama. Sekarang ni uhu dah ada macam jenis. Mudah nak guna
ReplyDeleteGam uhu ni dah banyak kegunaan dia. Dulu qiss guna buat kraftangan.. lebih mudah nak cantumkan
ReplyDeleteThis is one old brand that I have been using since school... I love those product!!
ReplyDeleteHaah gam legend ni, kalau kasut terkopak ke memang terus cari gam Uhu, terbaik
ReplyDeletewah ada macam2 jenis gam UHU dan pelbagai kegunaan rupanya. ni pun baru beli sebab nak pasang lencana sekolah anak
ReplyDeleteWah dulu rasanya ada satu je kan? Gam UHU ni? Pernah pakai masa sekolah dulu. Sekarang dah banyak ya produk gam ni. Hebat :)
ReplyDeleteGam UHU ni gam pilihan TB jugak masa dulu dan kini.. memang suka jenama UHU dari jenama lain.. dah terbiasa kot.. tapi jenama UHU ni memang menjadi pilihan ramai pun kan
ReplyDeleteThis is my absolute first choice for gam! Whenever I wanna buy gam confirm look for them it's sturdy and sticks on well.
ReplyDeleteKita pun mmg suka pakai gam UHU, baik untuk kertas, buat aktiviti dengan anak, sampai lah yg heavy duty, semua pun pilih UHU.
ReplyDelete