Beli TIKET BAS ONLINE Sememangnya Sangat Mudah dan Praktikal
Beli TIKET BAS ONLINE Sememangnya Sangat Mudah dan Praktikal | Kepesatan teknologi hari ini tidak membataskan kita untuk melaksanakan urusan dengan lebih mudah dan pantas. Sebagai contoh pembelian tiket bas di atas talian ataupun dengan lebih mudah TIKET BAS ONLINE.
Orang seperti saya yang hampir setiap bulan perlu menguruskan pengangkutan buat anak-anak yang tinggal di asrama berjauhan dari rumah yang mana mereka perlu pulang bermalam (PB). Memandangkan semuanya sekarang di hujung jari, jadi saya memang menggunakan perkhidmatan yang disediakan didalam aplikasi eticketing.my
Jika sebelum ini kita janya mendengar tiket kapal terbang dijual di atas talian, dan kini kita juga boleh membeli tiket bas menggunakan cara yang sama. Samada tiket untuk perjalanan sahala ataupun pergi dan balik, semuanya ditawarkan. Yerp di https://www.eticketing.my/. TIKET BAS ONLINE yang disediakan bukan sahaja merangkumi perjalanan di sekitar negeri dalam Malaysia bahkan menjangkau sehingga ke Thailand.
Cara penggunaan TIKET BAS ONLINE memang sangat mudah. Hanya masukkan destinasi dari dan tempat dituju. Seterusnya pilih tarikh yang diinginkan.
Kita boleh lihat sendiri masa dan berapa 'seat' yang masih kekosongan lagi (available)
Seterusnya membuat pilihan tempat duduk yang diinginkan. Hanya pilih dan 'klik'.
Kita akan lihat jumlah pembayaran yang dikenakan.
Sebelum membuat pembayaran, kita perlu melengkapkan butiran penumpang. Pengesahan tempahan TIKET BAS ONLINE akan dihantar juga ke emel kita.
Nah! Ternyata TIKET BAS ONLINE sangat mudah dan praktikal!
Beli TIKET BAS ONLINE Sememangnya Sangat Mudah dan Praktikal
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 22, 2020
Rating:
memang dah mudah sangat sekarang. semuanya dihujung jari ja :D
ReplyDeleteWaa bagusnya sekarang ni dah dh tiket bas online mcm ni, mmg mudah sgt unt pengguna nak beli dan rancang perjalanan mereka dgn adanya e-ticketing ni. Qeela dah lama betul tak naik bas, tp dulu zaman study mmg bas la antara transport utama hehe mmg leceh jugak nak kena ke kaunter je unt beli dgn tak sure ada lagi ke dh hbs tiket ke kan haha. Now ada ni mmg senang.
ReplyDeleteDah boleh booking gini, maka takde la masalah takde tiket bas nak balik kampung. Dan boleh gak pilih seat sendiri yang kita nak kan. Harapnya sistem akan kekal elok dan bertambah baik.
ReplyDeleteMudahnya sekarang kan nak beli tiket bas.. tak perlu lagi buang masa beratur panjang nak beli tiket.. boleh pilih seat sendiri pula tu.... i likeeee!!
ReplyDeleteThank you for sharing this valuable information. You have a good day dear.
ReplyDeletebaru tau ada kewujudan tiket bas online ni. Sebelum ni beli di kaunter je, lagi mudah la perjalanan lepas ni. Thanks for sharing new info.
ReplyDeleteBetul, beli online paling mudah..
ReplyDeleteBiasa Sis guna Redbus tu kalau ke mana-mana naik bas..nanti nak try plak yang ni laa...mesti ada kelebihannya kan...
Wow senang betul skrg boleh beli online je! Berguna sgt cara ni, especially untuk org2 yg sibuk dan tiada masa ke kaunter tiket.
ReplyDeleteAdanya sistem macam ni memang memudahkan kerja kita. Tak payahlah kita bersusah payah nak keluar dan tempuh kesesakan jalan raya, nak cari parking bagai..beli je online lagi senang
ReplyDeleteSekarang ni semua dah jadi mudahkan. Hujung jari je boleh tempah tiket bas secara online. Tak payah susah payah nak beratur panjang panjang bila beli tiket
ReplyDeleteBtol tu tiket bus beli online je senang. Sekarang semua di hujung jari. Jimat masa dan tenaga nak keluar pegi kaunter
ReplyDeleteDah banyak kali jugak beli tiket secara online ni. Memang lebih mudah tak payah beratur ke apa
ReplyDeleteBaguslah e ticketing ni.. Senang xpayah nak versesak2 ke stesen bas utk beli.. Tu belum cerita deal dengan ulat tiket yg annoying lagi. Aduh teeingat zaman muda2 sangguo jauh2 turun ke pudu raya beli tiket nak balik raya.. Huhuhu.. Kenangan sangat
ReplyDeletesaya pun dah beberapa tahun beli ticket bas guna online je. lebih memudahkan. tak perlu nak bazir masa ke kaunter ticket. :)
ReplyDelete