Cuti-cuti Malaysia | Safari Bukit Gambang Resort City
Kalau memandu dari Kuala Lumpur perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Pandu 'slow-slow' sebab bertolak dari pergi dan check in paling awal pun pukul 2pm. Sebenarnya pertama kali sampai Pekan Gambang Pahang. Dan Gambang sememangnya cukup popular dengan kawasan yang menempatkan begitu banyak institusi pengajian tinggi, seperti Pusat Asasi UIA, Universiti Pahang, kolej matrikulasi dan banyak lagi.
Bandar kecil yang agak sunyi. Jadi pada mereka yang tidak suka ada kesibukan kota akan rasa seronok tinggal disini.
Antara port yang anak saya suka, di kawasan unta dan alma. Ianya berdekatan dengan tempat persembahan harimau putih. Oh ya! Dekat sini nak main ATV pun boleh.Harga takdelah mahal sangat, untuk jelajah stau safari.
Persembahan burung yang menyeronokkan!
Dalam 30 minit juga kitaorang tengok haiwan kat situ. Paling best, staff Safari siap berikan banyak info mengenai haiwan kat situ. Menarik sangat! Seperti kita tengok cerita di animal planet. Tapi yang ini dalam real life siap ada 'fun fact', 'true fact'...hahaha.
Banyak sebenarnya gambar diambil dari sini. Tapi macam malas nak masukkan semua, hahahah.
Yang bestnya Safari disini dibuka sehingga malam. Jadi sambil menunggu 2 persembahan pada sebelah malam. Kitaorang makan malam kat sini. Kitaorang order nasi kukus dan set burger homemade. Kedua-dua sedap dan berbaloi.
Beria nak bergambar kat tempat persembahan api pada sebelah malam. Tenaga bebudak ni sangat banyak hokeh. Biarpun seharian sakan berjalan dalam Safari, sebelah malam pun masih bertenaga lagi.
Memang best percutian di Safari Gambang Resort City terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang sukakan haiwan!
Cuti-cuti Malaysia | Safari Bukit Gambang Resort City
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 02, 2020
Rating:
Simply unadulterated brilliance from you here. Homework Assignment Help you have never expected something not as much as this from you and have not confounded me by any reach out of the inventive vitality.
ReplyDeleteThanks for providing recent updates regarding the concern, I look forward to read more.
ReplyDeleteYour site is truly cool and this is an extraordinary moving article.
ReplyDelete