Cuti-cuti Malaysia | Water Park Bukit Gambang Resort City

Giler lama pergi ke sini baru nak up entri, hakhak. Sebenarnya masa pergi Water Park Bukit Gambang Resort City tak banyak sebenarnya gambar diambil. Sebabnya dah nampak kebiruan air, memang terjun terus, hahahaha.

Tapi sebenarnya Water Park kat Bukit Gambang ini agak besar juga. Dan slides disediakan juga agak menarik walaupun tak sebanyak bilangandengan Sunway Lagoon. Saya paling suka slide untuk kanak-kanak yang mana orang dewasa pun boleh naik sama. Kiranya boleh enjoy sakan bersama anak-anak.


Kalau masuk Sunway Lagoon, memang jarang giler lepak kawasan pantai. Sebab rimas dengan pasir. Tapi dekat Water Park Gambang Resort City suka pula dengan kawasan pantai, hakhak. Maybe sebab kawasan dia tak besar dan dikeliling pokok, rasa tenang jer.

 Antara port yang bebudak ni suka adalah sungai. Memang siap sewa pelampung hokeh. 3 biji hokeh. Semata nak main beria didalam air.

 Anaqi adalah anak saudara yang pertama dari keluarga saya. So dia memang agak rapat dengan makcik2 dia. Makcik pun ada dua orang jer, makbik dan maksha.

 Dan dua orang kanak-kanak ni. Tenaga dia ya ampun. Begitu banyak seklai. Tak reti penat hokeh. Kita tengok diaorang pun rasa penat sangat, hahahah

Inilah yang seronoknya main di Water Park. Selain dilengkapi dengan pelbagai fasiliti, bermain air adalah antara aktiviti kegemaran tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Paling penting kita boleh habiskan masa dengan orang yang tersayang dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan :-)

Memang rekomen korang untuk ke sini!
Cuti-cuti Malaysia | Water Park Bukit Gambang Resort City Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.