NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 | Membantu Untuk Meningkatkan Potensi Diri

NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 | Membantu Untuk Meningkatkan Potensi Diri - Hadirnya tahun 2020 memberi keazaman baru yang lebih luar biasa buat saya. Lelah dengan perkara-perkara negatif yang boleh mengurangkan semangat untuk hidup lebih produktif dan berjaya.

Jadi apabila berpeluang menghadiri ke Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 memang saya tidak dilepaskan. Ini kerana setiap perubahan nak ubah hidup dikuasai oleh pemikiran kita sebenarnya. Nah! Memang apa yang saya perlukan sekarang adalah ilmu untuk buat sesuatu keputusan dan tindakan. 


Saya juga percaya untuk mendapatkan ilmu kita perlukan mentor yang dapat sama-sama membantu untuk kita mulakan bertanya apakah BIG WHY yang kita cari selama ini.Tetapkan matlamat dan keinginan bukan untuk jangka masa pendek sahaja bahkan ianya terus menjadi konsisten cemerlang sampai bila -bila.



Bak kata Dr. Azizan Osman,
“Kita selalu dikuasai oleh akal pemikiran tapi sebenarnya kita juga boleh menguasai akal jika kita ada ilmu”.

Program Yang Membantu Mempertingkatkan Potensi Diri
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 merupakan satu program anjuran RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman. Ianya merupakan program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.

Saya difahamkan untuk NUH 2020 kali ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah menyertainya. Program telah dijalankan di Setia City Convention Center (SCCC). padat dengan perkongsian dan pengisian ilmu bermula seawal  pagi hingga ke malam.


Program seperti ini telah dimulakan dari tahun 2008 lagi. Sehingga tahun 2020, 12 tahun lamanya RichWorks International telah menganjurkan program dengan tujuan yang sama untuk membantu terutama mereka yang berminat dalam berniaga untuk lebih maju ke hadapan. Waima didapati juga semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, tidak dinafikan masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala sebenar untuk berniaga. Dan akhirnya mereka kecewa kerana perniagaan yang dijalankan tidak dapat kekal lama.

Pengalaman Jatuh Bangun Dr Azizan Sebagai Motivasi

Untuk pengetahuan semua, Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan. Namun begitu beliau telah bangkit dan merencanakan semula perniagaanya dengan cara dan kaedah yang betul.

Dr. Azizan mahu lebih ramai orang berjaya seperti beliau. Dan beliau ingin bantu lebih ramai orang muntuk hidup ke arah yang lebih baik. Perkongsian ilmu melalui pengalaman serta bimbingan, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. 

Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ternyata untuk ilmu kita dapat lihat pelajar (peserta) yang hadiri  datangnya dari pelbagai pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain. Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Walaupun produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa- biasa saja seperti baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja. Namun sudah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Dalam bisnes, sokongan antara suami dan isteri sangat perlu untuk mencapai kejayaan!

Namun apa yang menjentik perasaan saya adalah kesungguhan Dr Azizan dalam menjalan bisnes tetapi tidak melupakan sokongan darupada ibu dan isterinya. Betapa sehingga kini, beliau berasa bersyukur tentang kehadiran suri itu di dalam hidupnya. Banyak aura persona positif Dr Azizan yang boleh kita ikuti dan ambil inspirasi.

Perkongsian Kejayaan Dari Peserta NUH Yang Lepas

Orang kata mendengar kisah sebenar pengalaman kejayaan seseorang ahli perniagaan jatuh bangunnya dapat menyuntik rasa motivasi bahawa 'tiada perkarapun yang mustahil jika kita terus mencuba'. Berada di NUH 2020, kita dapat mendenar sendiri perkongsian cerita hebat oleh semua peserta NUH Sebelum ini yang telah berjaya sekarang. Kejayaan lebih manis bukan sahaja dengan melihat kepada hasil keuntungan yang diperolehi bahkan rezeki perniagaan yang dibuka juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah:-

Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. 
Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery 
Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah Puan Siti turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection 
Bisnesnya hanyalah menjual cadar sahaja. Kisahnya beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun bisnes yang dijalankan beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 jualan semakin menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. Sesuatu yang diidamkan telah dicapai.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

Kehadiran Tun Mahathir Bersama Isteri Ke NUH 2020 Meninggalkan Momen Yang Manis
Momen yang tidak dapat dilupakan dengan hadirnya Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah ke Program NUH 2020 pada hari kedua. Kehadiran Perdana Menteri secara tidak langsung dapat menyuntik semangat para peserta dalam membangunkan perniagaan sekaligus memberiimpak kepada ekonomi negara Malaysia.

Turut hadir  mengiringi Perdana Menteri dan isteri adalah YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBhg Dato' Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


Mengulas pesanan Tun Dr Mahathir,
"Rezeki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah... Kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire."
Tokoh hebat ini hadir bagi menyaksikan sendiri ramai bangsa usahawan jutawan Melayu yang sedang berusaha nak bina bisnes berjaya dan nak ubah hidup mereka.

Kesimpulan
Program NUH 2020 sememangnya sangat padat dengan perkongsian ilmu, terutama pada mereka yang benar-benar fokus ingin berjaya didalam perniagaan. Tidak dinafikan didalam konten di setiap program diaturkan juga dapat menyuntik semangat pada diri peserta yang menghadiri untuk mengubah hidup ke arah lebih baik.


Jika selama ini kita ingin lakukan sesuatu yang berbeza tapi harapkan hidup itu berubah tanpa bertindak sebenarnya ianya adalah angan-angan yang sia-sia. Mana mungkin juga kejayaan boleh datang tanpa ada pengorbanan. Just do the best and trust the process!  Dan paling penting didalam NUH 2020 juga saya belajar betapa cabaran yang dihadapi itu sebenarnya boleh bina kejayaan atau kegagalan hidup seseorang. Apa yang penting adalah cara bagaimana kita pilih untuk bertindak dan apa impak pilihan itu.



FAST ACTION FAST RESULT, SLOW ACTION NO RESULT!

Syabas kepada semua peserta NUH 2020, kerana anda semua ingin ubah hidup untuk lebih berjaya dan cemerlang!

Kalau korang berminat jugak nak join next program "Nak Ubah Hidup" boleh layari laman web www.NakUbahHidup2020.com.

NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 | Membantu Untuk Meningkatkan Potensi Diri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 30, 2020 Rating: 5

17 comments:

  1. Eeycha baiduri tu before dia jom richworks.. I dah lama followed dia punya FB lives!! Heee Alhamdulillah dapat gak review produk dia.. not bad oh produk dia.. no wonder la Laku keras

    ReplyDelete
  2. terinspirasi bila datang program macam ni..

    ReplyDelete
  3. Satu ketika dulu Sis laa orangnya paling rajin ikut kelas Dr Azizan ni. Mana-mana kelas free di situ ada Sis Lin. Memang positif gile kalau pergi kelas ni macam ni. Lepas tu senyap..now dah comeback balik, kalau ada ke JOhor, pasti Sis pergi!!

    What you give, you get more...

    ReplyDelete
  4. Wah betul tu.... Nampak nya NUH ni memang betul betul bagi inspirasi dan motivasi untuk terus berjaya dalam bidang perniagaan. Sokongan pasangan tu pon paling penting. Best nye kalau fafa pon dapat join skli

    ReplyDelete
  5. memang bersemangat bila join program ni. sebab dikelilingi dengan orang yg dahagakan ilmu. in shaa Allah nak join lagi kalau ada program ni lagi :)

    ReplyDelete
  6. betul tu, berniaga ni sebenarnya sunnah Rasulullah. Saya suka jugak berniaga tp pernah kecil-kecilan je, mmg perlukan coaching dan smgt. Kalau tak habis gitu jela

    ReplyDelete
  7. Bagusnya program begini. Berikan semangat positif. At the same time dapat juga kita tahu kisah kejayaan orang lain sbg satu inspirasi

    ReplyDelete
  8. macam best la event ni. kalau ada opportunity nak juga belajar

    ReplyDelete
  9. I saw many of you supporting NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020. This programme is great for all of the business minded ppl.

    ReplyDelete
  10. Bestnya kak ayu dpt join program macam ni. Ramai yang support NUH ni kan. Bertuah siapa yang join program ni. Tahniah semua.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat pergi seminar macm ni.. memang menyuntik semangat betul kan.. TB pernah pergi gak sekali.. memang rasa aura dia lain macam woo kalau berada dalam seminar dr azizan ni

    ReplyDelete
  12. Apasal lah k mid tak pergi..dah terang2 banyak bole dapat ilmukan..tengok pun dah tahu...next time pasti tak lepaskan peluang

    ReplyDelete
  13. Meniaga memang penuh cabaran. Jika tiada support system memang boleh gagal dan depressed. Maka elok berkawan dengan yang berfikiran positif bagi mengekalkan konsistensi perniagaan.

    ReplyDelete
  14. Wahhhhh.. Akak pun join ya.. Ramai jugak bloggers yg pi kan...
    Seronok la dpt tau byk tips dlm ni kan

    ReplyDelete
  15. Sesuatu yang kita kena ubah kalau nak berjaya ialah diri kita. Seronok juga Qiss bila pertama kali join program macam ni. Macam-macam ilmu Qiss dapat. Terbaik NUH2020

    ReplyDelete
  16. Duk tengok status kawan² yang update kat Fb pergi ke NUH 2020. tapi tak tahu apa sebenarnya.

    Hari ni baru tahu jelas lepas baca posting kak Ayu.

    Bestnya Kak Ayu pergi sana. 3 hari berturut tu. Kita yang baca ni pun rasa berkobar semangat. Next time ada rezeki nak join jugak.

    Terinspirasi dengan mereka yang dah berjaya. Wahh, masing² berjaya bertindak dan buktikan yang mereka boleh berjaya.

    Perancangan di susuli tindakan itu penting dari berangan-angan saja macam mat jenin, tak ke mana.

    Berniaga perlukan ilmu dan mentor, baru kita tahu hala tujunya dan tidak tersasar arah.


    Tahniah Kak Ayu. Semoga suksess selalu 💜

    ReplyDelete
  17. Memang best kak gi program camni. Kte selalu join program camni pulak2 saat rasa diri dah hanyut so utk back in track masuk la balik hahahahha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.