Alif Mastaclass Goreng

Ya ampun, event tahun 2019, tahun 2020 baru beria nak story dalam blog. Kehkeh. Apapun saya berpeluang ke acara Aliff Mastaclass ni sebab menang dalam peraduan yang dianjurkan oleh jenama ini di FB.

Excited? Mestilah sebab kelas ini adalah mengenai asas teknok menggoreng. Walaupun hakikatnya kita biasa masuk dapur tapi sebenarnya ada banyak skoll dalam memasak yang perlu kita pelajari terutama untuk menjadikan hidangan yang disediakan itu masak begitu sempurna.

Semua bahan masakan disediakan oleh pihak penganjur. Kiranya kita sebagai peserta datang berlenggang-lenggang dengan semangat nak belajar yang tinggi. Gitewww.

Ada 3 jenis teknik gorengan yang diajar. Walaupun bunyinya macam mudah rupanya banyak teknik yang perlu kita ketahui. Terutama dari segi kuantiti minyak, suhu dan tempoh menggoreng.

Btw kelas ini diajar oleh Chef Nik Michael Imran dan juga dibantu oleh selebriti Alif Satar. Memang meriah dan gamat dengan macam-macam kaletah kedua selebriti ini. Sepanjang berada didalam kelas ini tak pernah bosan. Asyik tergelak-gelak. Beria pulak tu, hahahahah.

Deep Fried

Teknik menggoreng yang pertama adalah 'deep fry. Di mana kita perlu meletakkan kuantiti yang banyak didalam periuk. Masakan ini sesuai kalau nak goreng kentang, ayal ala-ala kfc dan sebagainya.

Chef Nik kata untuk kentang goreng yang enak dia kena garing di luar tapi  lembut didalam (macam lekembutan mashed potatoes). So kentang segera (frozen) yang kita beli, keluarkan dan terus goreng tak perlu defrost terlebih dahulu. Goreng sekejap, masuk dalam minyak panas dan angkat.

Kemudian masukkan bali kentang tersebut dan kali ini goreng sampai bahagian luar keperang-perangan.

Taburkan dengan garam halus (lupa dah nama garam ni, hahaha). Tabur ketika kentang masih panas-panas, itu antara teknik untuk mendapatkan rasa kentang lebih sedap. Siap!

Goreng Menggunakan Minyak Sederhana

Kali ini nak cuba teknik bukan jenis masakan deep fried tapi still perlukan minyak yang banyak. So kita cuba masak tempura.

Bahan yang diperlukan adalah telur campurkan dengan air soda. Bukan ice cream soda ya tapi air soda...Jangan jadi macam saya excited tengok air soda, beria minum hahahahahaha. Sekali amik..hahaha..tasteless...

Campurkan dalam tepung gandum. Kacau rata.

Nak goreng dia senang jer. Just macam celup2 dan angkat. Tangan pegang kat ekor udang tu jer..Ada bran??? Hahahah.. Kita dah cuba wak...survive jer. Sikit pun tak kena minyak panas...Jangan curah air dalam minyak jer, takkan meletop kena tangan der...

Tadaaaa...siap boleh makan begitu sahaja. Selain udang boleh juga goreng sayuran seperti bayam, keledek dan pelbagai lagi.

Mengguna minyak lebih kurang sama seperti tempura. Cuma kali ini kita nak masak chicken chop. Bahan yang perlu ada adalah tepung gandum, telur, breads crumb dan ayemmm.

Mula celup tepung kat tepung, kemudian telur dan bread crumb.


Ada suhu yang korang kena perhatikan. Dan masukkan ayam goreng sehingga nampak luar permukaan ayam garing.

Tada!!! Siap, makan dengan nasi Jepun dan salad ala coleslow..perghhh mmg padu!

Grill Menggunakan Sedikit Minyak
Hidangan last yang kitaorang masak adalah 'Grilled Beef". Letak garam, bawang putih dan daun rosemary.

Senang giler ramuan dia. Tapi sebab cara grill betul menggunakan suhu yang tepat. Terus marvellous jadi rasa dan rupa hidangan ini.

Memang best kelas yang saya hadiri ini. TQ partner in crime Cik Lily Putih yang sudi teman walaupun last minute aku hajak.. Dan juga team Minyak Alif, Chef Nik dan Aliff Satar, terima kasih dan syabas diatas penganjuran bengkel yang banyak memberi manfaat ini.

Jumpa lagi di masa akan datang.

Btw event ini berlangsung pada tahun 2019, tahun 2020 baru siap entrinya, hahahahah.

Mak yang semengah BZ;
Alif Mastaclass Goreng Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 04, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Memang power la. Setahun baru siap entry nya hahaha
    Banyak gak ilmu yang dikongsi masa masterclass nie kan

    ReplyDelete
  2. Macam tu ye cara goreng dia..perghh..Memnag kelas macam masterchef..Terbaikla kak dapat sebagai pemennag ni

    ReplyDelete
  3. Kalau Marina main goreng je. Baru tahu ada 3 teknik nak menggoreng rupanya.

    ReplyDelete
  4. Goreng pun kena ada teknik? I ingat masuk and angkat je. hahaha...First time tengok jenama ni. Boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  5. Air soda tu air apa ye...? Maaf la.. Selama ni sy ingat ice-cream soda tu la air soda.. Maklumla.. Kita ni tak pernah masak guna air soda.. Minum ice cream soda pernah la.. Heheheee

    ReplyDelete
  6. Ya banyk cara nak menggoreng. Ada guna minyak lebih... ada sederhana dan ada juga sikit. Btw ada beberapa typo error dalam entri ni seperti teknik jadi teknok. Bole baca balik ya...

    ReplyDelete
  7. Baru tahu ada banyak teknik untuk menggoreng. Good to know good technique of frying.

    ReplyDelete
  8. mengoreng pun kena ada teknikkan..taklah main hentam aje..best jugak dapat hadiri kelas macamtue dpt banyak ilmu

    ReplyDelete
  9. Wah! Ilmu baru. Baru tau cara menggoreng yg sebenar. Lepas ni bolehlah cuba teknik2 tu dkt rumah : )

    ReplyDelete
  10. Ya ampun... Jelesnya kita! Ada Aliff Satar tu... Huhuuu
    Beruntung nya dia dapat belajar teknik menggoreng yang betul.
    Kita pun baru tahu, selama ni goreng jer... HAhaa

    ReplyDelete
  11. Buka masa tgh lapar ni betul menduga tau. Bgs ajar teknik sebenar guna minyak tp deep fry tukalau nk goreng byk ok la kalau tak alahai syg nya minyak.. hahah

    ReplyDelete
  12. Lepas ni dah leh bukak kedai makan dah ni..dah banyak ilmu belajar dari chef2 hebat. Tapi memang best kan join event2 macam ni...banyak kisahnya kita tak tahu bab masak memasak ni, selama ni main redah je..hehehe

    ReplyDelete
  13. Wahhh syioklah dapat belajar masak drpd chef hebat dan berpengalaman. Ada aliff satar lagi

    ReplyDelete
  14. biasa juga guna minyak aliff ni. ok je mana2 pun saya ni. yang udang celup tepung tu mengiurkan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.