CTOS SecureID Memberi Maklumat Tentang Penipuan, Pemantauan Kredit Serta Perlindungan Takaful
Sepertimana yang kita ketahui, CTOS merupakan Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 yang telah ditubuhkan pada tahun 1990. Pengenalan CTOS adalah bagi mempermudahkan perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat.
CTOS dapat menyediakan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit. Portfolio yang disediakan dapat digunakan secara meluas oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar, perusahaan kecil serta sederhana, firma guaman, badan-badan kerajaan dan berkanun.
Pengenalan CTOS SecureID
Dan terbaru CTOS telah melancarkan CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit bagi memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain daripada dapat membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Sekaligus menjadikan perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.
Sebelum itu apa itu Dark Web sebenarnya?
Rujukan : fstm.kuis.edu.m
Secara ringkasnya CTOS melancarkan khidmat pemantauan Dark Web untuk melindungi pengguna Malaysia daripada pencurian dan penipuan, terulung di Asia Tenggara. Dengan CTOS SecureID, pengguna akan diberi maklumat tentang penipuan, kredit akaunnya akan dipantau serta diberi perlindungan takaful.
Antara perlindungan takaful yang diberikan dibawah CTOS SecureID seperti kemalangan serta kehilangan nyawa, kerugian harta akibat ragut dan pelbagai lagi. Jenis pampasan yang boleh dituntut sila rujuk pada gambar di atas ya!
Pengenalan Kapten CTOS
Majlis pelancaran CTOS SecureID ini telah dirasmikan
oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity
Malaysia. Selain itu di majlis ini turut mengumumkan Kapten CTOS iaitu Hisyam Hamid seorang bintang TV dan filem popular tanahair. Di mana Kapten CTOS ini akan turut terlibat dalam memperkenalkan perkhidmatan CTOS SecureID kepada seluruh masyarakat melalui pelbagai medium digital mahupun bercetak.
Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara.
Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.
Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.
Dennis Martin, Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.
Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.
Pakej CTOS SecureID Yang Berbaloi
Dengan CTOS SecureID, pelanggan akan turut
menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan
dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat
Laporan Skor MyCTOS setahun. Ini sememangnya sangat menarik!
Bayaran yang dikenakan hanyalah RM9.90 sebulan atau RM99 setahun. Memang murah dan berbaloi. Dengan harga pakej yang ditawarkan membolehkan sesiapa sahaja menikmati perlindungan CTOS SecureID dan juga ketenangan fikiran :-)
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan ingin melanggani CTOS SecureID boleh layari di laman web https://www.ctoscredit.com.my
CTOS SecureID Memberi Maklumat Tentang Penipuan, Pemantauan Kredit Serta Perlindungan Takaful
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 19, 2020
Rating:
Now memang kena ada perlindungan dari semua segi. Zaman nie semua cari cara je nak dapatkan duit dengan cara mudah.
ReplyDeleteBagus la bila ada perlindungan macam ni kan. Kalo tak buat perlindungan ntah2 macam2 apa la yang jadi
ReplyDeleteCtos ni bermanfaat sangat. Kalau nak guna perkhidmatan diaorang pun murah je kan
ReplyDeletebagus jugak macam ni, sangat bermanfaat, bayaran pun bukanlah mahal pun tu. insyaAllah
ReplyDeleteAitt Ctos pun orang nak buat penipuan ek...adeii takutnyaa...nak bagitau dengan anak laa hal ni, biar dia daftar untuk persediaan..
ReplyDeleteWah tak sangka ada perlindungan yang macam ni. Rasanya memang mudah dan tak perlu fikir2 sangat, just langgan sahaja
ReplyDeleteMenarik jugak pakej ctos ni. Murah pun murah. Mcm boleh ambil je pakej ni.
ReplyDeleteBagus juga CTOS buat macam ni, bila apa-apa jadi, pengguna boleh cepat-cepat buat report..Bahaya sekarang ni
ReplyDeletebenda penting dan perlu untuk kita ambil tahu dan ambil berat. Mudah kalau jadi apa2 kan
ReplyDeleteHari tu inkuiri sy sgt tinggi tentang benda CTOS ni, so, sy pun registerlah and check my name & segala hutang piutang yg ada haha
ReplyDeleteYep, I have registered Ctos and it is good for us ! Thanks for sharing.
ReplyDelete