CTOS SecureID Memberi Maklumat Tentang Penipuan, Pemantauan Kredit Serta Perlindungan Takaful

Sepertimana yang kita ketahui, CTOS merupakan Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 yang telah ditubuhkan pada tahun 1990. Pengenalan CTOS adalah bagi mempermudahkan perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. 

CTOS dapat menyediakan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit. Portfolio yang disediakan dapat digunakan secara meluas oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar, perusahaan kecil serta sederhana, firma guaman, badan-badan kerajaan dan berkanun.

Pengenalan CTOS SecureID


Dan terbaru CTOS telah melancarkan CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit bagi memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain daripada dapat membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Sekaligus menjadikan perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.

Sebelum itu apa itu Dark Web sebenarnya?


“Dark web” adalah sebahagian daripada website yang ada di Google, Yahoo, Bing dan lain-lain yang memerlukan tools untuk diakses. Sekali diakses ia akan jadi seperti website yang biasa digunakan. Dark Web merupakan terma yang merujuk secara spesifik kepada sejumlah laman-laman web yang hanya wujud pada rangkaian berenkripsi. Ianya tidak dapat diketemukan melalui enjin carian konvensional atau dilawati dengan menggunakan pelayar konvensional.
Rujukan : fstm.kuis.edu.m



Secara ringkasnya CTOS melancarkan khidmat pemantauan Dark Web untuk melindungi pengguna Malaysia daripada pencurian dan penipuan, terulung di Asia Tenggara. Dengan CTOS SecureID, pengguna akan diberi maklumat tentang penipuan,  kredit akaunnya akan dipantau serta diberi perlindungan takaful.

Antara perlindungan takaful yang diberikan dibawah CTOS SecureID seperti kemalangan serta kehilangan nyawa, kerugian harta akibat ragut dan pelbagai lagi. Jenis pampasan yang boleh dituntut sila rujuk pada gambar di atas ya!

Pengenalan Kapten CTOS

Majlis pelancaran CTOS SecureID ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia. Selain itu di majlis ini turut mengumumkan Kapten CTOS iaitu Hisyam Hamid seorang bintang TV dan filem popular tanahair.  Di mana Kapten CTOS ini akan turut terlibat dalam memperkenalkan perkhidmatan CTOS SecureID kepada seluruh masyarakat melalui pelbagai medium digital mahupun bercetak.


Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.
Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara.



Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.
Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.
Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.




Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.



Pakej CTOS SecureID Yang Berbaloi

Dengan CTOS SecureID, pelanggan akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Ini sememangnya sangat menarik!




Bayaran yang dikenakan hanyalah  RM9.90 sebulan atau RM99 setahun. Memang murah dan berbaloi. Dengan harga pakej yang ditawarkan membolehkan sesiapa sahaja menikmati perlindungan CTOS SecureID dan juga ketenangan fikiran :-)

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan ingin  melanggani CTOS SecureID  boleh layari di laman web https://www.ctoscredit.com.my

CTOS SecureID Memberi Maklumat Tentang Penipuan, Pemantauan Kredit Serta Perlindungan Takaful Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 19, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. Now memang kena ada perlindungan dari semua segi. Zaman nie semua cari cara je nak dapatkan duit dengan cara mudah.

    ReplyDelete
  2. Bagus la bila ada perlindungan macam ni kan. Kalo tak buat perlindungan ntah2 macam2 apa la yang jadi

    ReplyDelete
  3. Ctos ni bermanfaat sangat. Kalau nak guna perkhidmatan diaorang pun murah je kan

    ReplyDelete
  4. bagus jugak macam ni, sangat bermanfaat, bayaran pun bukanlah mahal pun tu. insyaAllah

    ReplyDelete
  5. Aitt Ctos pun orang nak buat penipuan ek...adeii takutnyaa...nak bagitau dengan anak laa hal ni, biar dia daftar untuk persediaan..

    ReplyDelete
  6. Wah tak sangka ada perlindungan yang macam ni. Rasanya memang mudah dan tak perlu fikir2 sangat, just langgan sahaja

    ReplyDelete
  7. Menarik jugak pakej ctos ni. Murah pun murah. Mcm boleh ambil je pakej ni.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga CTOS buat macam ni, bila apa-apa jadi, pengguna boleh cepat-cepat buat report..Bahaya sekarang ni

    ReplyDelete
  9. benda penting dan perlu untuk kita ambil tahu dan ambil berat. Mudah kalau jadi apa2 kan

    ReplyDelete
  10. Hari tu inkuiri sy sgt tinggi tentang benda CTOS ni, so, sy pun registerlah and check my name & segala hutang piutang yg ada haha

    ReplyDelete
  11. Yep, I have registered Ctos and it is good for us ! Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.