Nikmati Sarapan, Makan Tengahari dan Malam di HOME, Minum Petang di Hotspot Gloria Residence
Home Restaurant yang terletak di Gloria Residences Genting Highlands menawarkan pelbagai jenis hidangan yang dapat memenuhi citarasa masyarakat Malaysia mahupun dari negara luar. Mengambil konsep seperti masakan di rumah ternyata chef di sini sangat mengambil berat dari segi kualiti rasa dalam setiap hidangan yang disajikan.
Home Restaurant dibuka setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 3 petang kecuali pada hari Sabtu operasinya sehingga jam 10 malam.
Memang bersih dan kemas tau! Saya sendiri mengakuinya apabila pertama kali sampai di sini. Semuanya dalam keadaan sangat tersusun dan teratur.
Konsep minimalis. Sesuai untuk mereka yang datang sendiri, berteman mahupun bersama keluarga.
Makan Malam di Home Restaurant
Lemon Butter Chicken. Feveret anak-anak. Ayam digoreng garing diletakkan bersama dengan sos butter berlemon. Memang sedap.
Pencuci Mulut. Buah-buahan segar.
Sempat merakamkan gambar seisi keluarga ketika menikmati makan malam.
Sarapan Pagi di Home Restaurant
Variasi hidangan yang ditawarkan untuk makan pagi. Saya dan keluarga hampir ke semua hidangan dan ke semuanay sedap. Korang kena cuba snediir terutama sambal nasi lemak, kuah kacang (power giler kesedapannya), bun dan dumpling (home made) dan pelbagai lagi.
Ada nsi lemak, kuew teow, masakan ayam, sambal, hot dog dan macam-macam lagi.
Bubur dan perkakasannya.
Bersama kuah tomyam mahupun sup ayam.
Dumplings, carrot cake dan pancake.
Pencucui mulut, nasi impit dan kuah kacang sedap.
Terdapat juga bibirin dan biskut buat anak-anak.
Ada variasi jenis minuman sejuk ditawarkan.
Wefie bersama keluarga ketika bersarapan di sini!
Makan Tengahari di Home Restaurant
Untuk makan tengahari kami telah mencuba hidangan dimsum yang ada ditawarkan di Hoem Restaurant. Agak unik dan lain daripada dimsum yang pernah saya cuba selama ini.
Chicken Fried Dumplings
Steam Prawn Dumplings with Supreme Soup
Chive Dumplings
White Carrot Cake
Zha Jiang Noodle
Egg Tart
Sesame Ball With Peanut
Minum Petang di Hotspot
Lpeas check out, kitaorang lepak di Hotspot Kafe yang terletak betul-betul bersebelahan dengan lobi. Apa yang menarik tentang kafe ini selain menawarkan kudapan ringgan terdapat juga set nasi lemak dan pelbagai jenis menu pagi untuk sarapan.
Tapi untuk kali ini saya dan keluarga kudapan ringgan sebagai minuamn petang sebelum kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.
VAnilla dan coklat muffin
Waffle (with peanut butter). Ini memang sedap makan panas-panas.
Kita boleh juga request jika mahu menikmati waffles bersama coklat ataupun kombinasi keduanya sekali.
Fries with chili and mayo!
So korang, kalau nak tahu jenis bilik-bilik yang ada ditawarkan di Gloria Residences nantikan didalam entri saya yang seterusnya.
Untuk info lebih lanjut, boleh layari:-
Nikmati Sarapan, Makan Tengahari dan Malam di HOME, Minum Petang di Hotspot Gloria Residence
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 18, 2020
Rating:
Gred A woww tahniah buat mereka!
ReplyDeleteHotpot tu nampak menyelerakan dan kesukaan Sis..pantang nampak mesti nak cuba nanti..arghh laparrr
Hot spot cafe tu, macam seronok betul suasana dia. Gambar yang ada tingkap tu memang sesuai minum kopi sambil baca buku ke, blogging ke kan sis. hehehehe...
ReplyDeletebanyak nya pilihan makanan. kalau pergi mesti puas hati. suasana pun tenang dan bersih. saya suka!
ReplyDeletememang patut dapat gred A sebab bersih bersinar Home Restaurant ni. Menu dia marvelous lah kak, terliur tengok! Dumpling dia nampak sedap!
ReplyDeleteWow!!!!!!!! The ambiance and food looks good. Thank you for sharing your review. Have a good weekend tomorrow. Btw, your food photography is good too. So keep it up.
ReplyDeletehave fun at Gloria Residences Genting Highlands ya dear. The food look really healthy and delicious there
ReplyDeleteUntung lah dapat sarapan dan makan sedap-sedap kat Genting lak tu dengan semua ahli keluarga.. Kalau kita dapat pergi juga mesti best hehehe tengok semua makanan sana sedap-sedap belaka hehehe..
ReplyDeleteTempat dia memng nampak kemas ye..macam bilik vvip punya..makanan pun semua nampak sedap..port me timetu..cool
ReplyDeleteWah, Gred A tu. Susah tu nak dapat Gred A. Byk requirement kena follow. Tapi berbaloi la. Bila dah diakui bersih , pelanggan pun mesti akan puas hati. Makanan pun nampak sedap tu
ReplyDeleteSedapnya nampak semua food ni kak. Dapat lak grade A pergh lagi la rasa berselera sebab terjamin bersih!
ReplyDeletesaya mmg sangat titik beratkan kebersihan tempat makan. Kalau gred A ni nak makan pun tenang dan selera je tambahan pulak menu semua nampak sedap2. Tak pernah lagi naik sampai genting. Teringin nak ke situ
ReplyDeletewah best2nya semua. ala2 chinese style ya. nanti bolehlah cuba
ReplyDeletewahhhh bestnya makan makan dekat sini! banyak menu yang disajikan dengan ruang yang luas dan selesa tu memang jadi pujaan lah. tak sabar nak singgah ke sana nanti
ReplyDeletewah bestnya makan dekat situ. in shaa Allah kalau pergi sana bolehlah singgah restoran ni :)
ReplyDelete