Percutian di Gloria Residences Genting Highlands | Keselesaan Bilik dan Fasiliti Yang Ohsem



Berpeluang menghabiskan masa bersama-sama keluarga bercuti di kawasan peranginan di tanah tinggi seperti Genting Highlands memang tidak akan saya lepaskan. Apatah lagi penginapan di Hotel esklusif yang serba-serbi lengkap dengan fasiliti bertaraf dunia pastinya meninggalkan momen yang sangat manis.

Gloria Residences Ion Delemen Genting Highlands terletak berdekatan dengan Pusat Keriangan Genting (kira-kira 9 minit perjalanan). Jika bertolak dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 45 minit. Hotel dengan rekabentuk moden dan kontemporari ini menawarkan pelbagai jenis pilihan bilik dan juga fasiliti yang hebat sekaligus memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang menginap di sini.

Terletak di kawasan tanah tinggi yang dikelilingi hutan hutan (rainforest) yang lama memberi lebih rasa privasi dan esklusif. Cukup sesuai untuk mereka yang datang bercuti samada sendirian, berteman atau famili. Bahkan untuk organisasi yang ingin adakan meeting, seminar mahupun bengkel juga sesuai diadakan di sini.

Ini kerana pihak pengurusan  Gloria Residence menyediakan semua kemudahan dan fasiliti mengikut keperluan pengunjung. Seperti saya yang pertama kali menginap bersama keluarga di sini dapat rasakan konsep yang diperkenalkan memang benar-benar penginapan berorientasikan keluarga (family friendly). Gaya kehidupan seperti rumah dari segi konsep dekorasi rumah (ala apartmen) dan juga hidangan yang ditawarkan di restoran dan juga kafe.

Lobi. Kemas dan teratur. Agak luas dan sangat mudah berurusan di sini. Apatah lagi kedatangan disambut dengan penuh mesra oleh penyambut tetamu yang bertugas.

Ruang lobi yang menyediakan kemudahan seperti kerusi empuk dan meja kecil. Terutama buat penginap hotel yang ingin menunggu atau melepak santai di ruang ini memang memberi keselesaan. Kemudahan parkir memang banyak disediakan, jadi kita tidak perlu risau kalau datang beramai-ramai bercuti di sini.

Satu OOTD sebelum masuk bilik. Terdapat dalam 24 tingkat dan untuk setiap aras adala lebih kurang 12 unit rumah. Terdapat 7 kategori bilik ditawarkan, antaranya seperti Studio Room, One Bedroom Suite, Two Bedroom Suite, Family Suite, Two Bedroom Executive Suite, Three Bedroom Executive Suite dan Gloria Penthouse.

Saya dan famili menginap di Three Bedroom Executive Suite . Konsep ala apartmen (seperti rumah) yang mempunyai fasiliti dapur, 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan juga ruang makan. Untuk ahli keluarga yang ramai seeprti saya, menginap di dalam bilik seperti ini memang memberi keselesaan.

Bilik Tidur

 Ini merupakan bilik tidur utama. Selain daripada set televisyen, kabinet terdapat juga bilik air utma didalam bilik ini.

 My Yara yang begitu teruja berlari ke katil. Oh ya! katil didalam bilik ini adalah bersaiz queen.


Memang tidur nyenyak ya! Ini kerana di dalam setiap bilik disediakan juga kemudahan penyaman udara (aircond). Biarpun hotel ini sudah berada di tanah tinggi namun tetap juga disediakan fasiliti ini memang terbaik!


Bilik nombor dua yang juga luas juga. Ada meja dan juga kabinet baju.

 Dan ini adalah bilik ketiga. Keluasan lebih kurang sama dengan bilik nombor dua. Tetapi disediakan dengan dua katil jenis 'single bed'. Dan ada televisyen juga disediakan untuk bilik ini.


Ruang Tamu

Ruang tamu, ruang santai bersama ahli keluarga. Pihak Hotel Gloria Residences juga menyediakan kemudahan wifi untuk tetamunya.

 Memang puas hati dengan saluran televisyen yang disediakan. Sangat banyak dan memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Benar-benar berasa seperti di rumah!

Ruang Bilik Air


Untuk bilik saya menginap terdapat 2 bilik air. Dan bilik air utama agak luas jika dibandingkan dengan bilik air tetamu. Turut disediakan keperluanmandian seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya.

Begitu juga dengan pengering rambut dan juga 'robe'.

Saya paling teruja apabila dapat mencuba sendiri  produk Rosslyn ' Hair and Body Wash' yang serius sangat wangi dan lembut baunya.

Ruang Dapur dan Ruang Makan

 Selain daripada ruang tamu, ruang makan juga antara feveret spot untuk saya dan keluarga. Di mana kami suka untuk duduk makan bersama sambil berbual bertuikar cerita. Saat yang manis apabila kita dapat berkongsi perkara yang menyeronokkan sesama ahli keluarga tercinta.


Kemas dan selesa.


Ini pula ruang dapur. Disediakan pemanas air, ketuhar (mirowave) untuk kita panaskan makanan, air mineral, minuman segera dan air kotak. Terdapat juga peti ais untuk kita menyimpan barang makanan atau minuman yang perlu disejukkan.

 Sempat saya panaskan makanan yang dibeli dalam perjalanan, heheh. Menariknya terdapat juga pinggan , sudu dan garfu disediakan untuk kemudahan tetamu di sini. Korang boleh 'request' sekiranya tiada disediakan di dapur tau!

Kemudahan Lain Disediakan Di Bilik

Kabinet rak kasut yang bertutup. Jadi bilik kita akan nampak lebih kemas dan teratur, tiada kasut bersepah-sepah di hadapan pintu.

Kemudahan menggosok seperti sterika, torchlight dan sebaginya.

Sebagai muslim, saya cukup gembira apabila bilik hotel penginapan sediakan sejadah. Ini bermakna pihak pengurusan sangat 'aware; tentang keperluan tetamu yang datang menginap.

Ada penunjuk kiblat lagi :-)

Jika korang bawa benda berharga, disediakan juga peti simpanan di bilik utama.

Fasiliti Lain di Hotel



Di sini terdapat banyak tempat yang boleh korang rakamkan untuk kenangan, Ini terutama bagi mereka yang sukakan berOOTD. Ada pancuran air pancut dengan landskap yang sangat cantik.


Terdapat juga fasiliti lain seperti mini 'playground' untuk kanak-kanak bermain.

Jika menginap di hotel, antara tarikan utama tentulah kolam renang (swimming pool). Menariknya kolam di sediakan di sini, airnya tidaklah terlalu sejuk. Bayangkan anak-anak dapat bermain air dengan gembira di Genting Highlands yang sememangnya sangat terkenal sebagai kawasan peranginan yang mempunyai suhu yang dingin (seperti bercuti di negara sejuk Eropah). Kolam ini dibuka seawal pukul 7 pagi sehingga 10 malam.

Terdapat juga kolam untuk kanak-kanak.

Dan juga kolam dewasa. Semuanya perlu memakai baju renang apabila menggunakan fasiliti kolam renang di sini.


Bagi mereka yang suka bersenam tidak kira di mana sahaja. Pastinya tidak akan melepaskan peluang menggunakan kemudahan peralatan bersenam di gymnasium di sini. Ada pelbagai peralatan disediakan mengikut dan keperluan pengguna gym itu sendiri.

Gym di sini dibuka 24 jam ya!


Kita juga boleh bersauna di sini. Ianya terletak di kawasan tandas di ruang gymnasium.

Kids Club. Untuk ibubapa yang membawa anak kecil, mereka boleh membawa anak ke bilik permainan kanak-kanak yang disediakan di dalam Gymnasium. Sambil kita bersenam anak-anak boleh bermain didalam bilik ini dengan gembira.

Korang boleh juiga bermain dengan permainan lain yang disediakan didalam hotel. Sememangnya kita tidak akan bosan menginap di sini kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan dan ahli keluarga yang lain.


Kalau korang sukakan cabaran. Korang boleh cabaran outdoor yang disediakan oleh pihak hotel. Ada sedikit caj yang dikenakan. Memang best terutama bagi mereka yang mengadakan bengkel bersama organisasi di sini. 

Ameer yang begitu teruja untuk mencuba flying fox buat pertama kali dalam hidupnya. Hahaha.

 
Ada zip lanes dan pelbagai lagi. Aktiviti yang dapat menguji keberanian seseorang. Yang bestnya sambil beraktiviti kita boleh lihat pemandangan hutan disekeliling.


 Terdapat juga climbing walll disediakan di sini.

Memang unik dan menarik. Sekali-sekala bercuti kita cuba aktiviti yang agak ekstrem dan sesuai dengan fizikal ahli keluarga. Petugas yang membantu sangat profesional dan terlatih jadi kita tidak perlu risau tentang hal keselamatan dan sebagainya.

Ada banyak lagi yang ingin saya kongsikan. Nantikan entri seterusnya tentang bilik-bilik penginapan yang ditawarkan di sini. dan juga restoran serta kafe yang korang WAJIB cuba bila bercuti di sini.

Jumpa lagi di entri seterusnya!

Check it out! Laman web dan sosial media untuk sebarang promosi mengenai penginapan di Gloria Residences Genting Highlands.



Bercuti tetapi seperti berada di rumah sendiri,
Gloria Residences memberi keselesaan dan privasi!
Percutian di Gloria Residences Genting Highlands | Keselesaan Bilik dan Fasiliti Yang Ohsem Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 17, 2020 Rating: 5

17 comments:

  1. waaahh... rasa macam menarik pulak nak bawak family jalan-jalan kat Genting. Hotel pun okay tu.

    ReplyDelete
  2. best giller! lgpun dekat dan cuaca best, so perfect lah cuti2 kat sini!!

    ReplyDelete
  3. Nampak cantik la bilik dia. Kemas dan selesa. Aktiviti lasak tu untuk mereka yang lasak. I pass kat orang lain yang lebih lasak la. Hehehe.....Nanti boleh cuba menginap kat sini pulak.

    ReplyDelete
  4. Wow, best yer ayue bawa family bercuti ke sini. Nyaman jer udara di genting highland ni kan. Thanks sharing. Nnt nak bercuti ke sini jugak lah!

    ReplyDelete
  5. Wah panjang lebar cerita... seronok sungguh nampak.. memang spacious hitel
    Ni sesuai untuk family staycation. Dah lama tak ke Genting....

    ReplyDelete
  6. Seronoknya Gloria Residence ni. Cantik biliknya. Ada 3 bilik! Boleh ajak adik beradik stay sini

    ReplyDelete
  7. Kita belum pernah lagi ke Genting dan menginap di atas nunn, sebab memasing anak nak naik kabel car, one day nak juga menetap di atas Genting, senang nak ke hulu ke hilir kan...
    Cantik plak tu suasan dan keluasan biliknya, sesuai le dengan family kecik Sis ni...

    ReplyDelete
  8. cantiknya apartment ni. fasiliti semua lengkap disediakan. Mungkin siapa nak stay reramai, boleh cuba sini kan

    ReplyDelete
  9. Memang seronoklah menginap di tempat yang tip top kemudahannya. Rasa seperti duduk di rumah sendiri pula kan hehe. Cantik dan selesa tempatnya

    ReplyDelete
  10. Menarik sangat hotel ni.. Semua serba lengkap.. Paling best flying fox tu.. Perghh.. Mok masukkan list dalma percutian ni.. Hehehe

    ReplyDelete
  11. menarik jga hotel ni ya. selesa, banyak kemudahan, dan yang penting tempat baharu.

    ReplyDelete
  12. Lengkap dan selesa betul tengok unit ni. Seronok kalau bercuti dengan family kat sini kan. Boleh lah Qiss ajak family bercuti kat sini cuti sekolah nanti.

    ReplyDelete
  13. Amboi selesanya anak Ayu tidur hehehehe best lah tempat kemas cantik dan luas pulak tu berada kat tempat sejuk hehehehe nak juga lah bermalam kat sini bestnya nanti boleh naik genting bila dah siap outdoor games...

    ReplyDelete
  14. Memang nampak selesa, memang berbaloi kalau dapt pergi dengan famili. Kemudahan pun banyak

    ReplyDelete
  15. wah nampak menarik percutian dkt sini. semuanya serba lengkap. bolehlah nnti saya bawa keluarga bercuti di sini jugak. 😊

    ReplyDelete
  16. menarik betul tempat ni.. boleh masuk dlm list tempat yg best utk siapa2 yg nk bercuti.. lagi2 ngan family

    ReplyDelete
  17. Bestnya pergi bercuti satu family macam ni. Mesti anak2 akak happy sangat dapat bercuti dengan parents & siblings macam ni.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.