AmLife Raikan Hari Tidur Sedunia 2020

Hari Tidur Sedunia 2020 merupakan tahun kelima penglibatan AmLife International Sdn. Bhd. dalam menyokong gaya hidup sihat dengan memastikan masyarakat mendapat tidur yang cukup dan sempurna.

Hasil tinjauan dari kaji selidik yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 buah negara masyarakatnya mengalami masalah tidur. Bahkan Persatuan Tidur Sedunia turut mendapati menjadi trend gangguan tidur semakin meningkat dan didapati semakin ramai mengalami masalah ini.

Di Malaysia sendiri didapati lebih 53% tenaga pekerjanya mendapat kurang daripada 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam dengan sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja. Secara purata dianggarkan 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak simpton insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah berkaitan tidur.

Berbekalkan prinsip "Life, Redefined", AmLife ingin menyokong masyarakat untuk mendapat kualiti tidur yang baik dengan memberi pendidikan serta perkongsian info melalui demonstrasi dan bengkel yang bakal diadakan di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Taiwan.

PERKONGSIAN DARI PAKAR TENTANG TABIAT TIDUR
Di majlis pelancaran Raikan Hari Tidur Sedunia 2020 ini juga, AmLife telah menjemput beberapa penceramah antarabangsa untuk berkongsi infomasi tentang kesihatan tidur. Antaranya adalah Cik Rosemary Clancy yang merupakan Pakar Psikologi Klinikal di Sydney Sleep Center. Beliau juga merupakan Pakar Psikologi Berdaftar dengan Agensi Pengawalan Pengamal Kesihatan australia (AHPRA-Australia Health Practitioner Regulation Agency).

Menurut Cik Rosemary, tabiat mengambil pil tidur yang berlebihan boleh memberi kesan jangka panjang. Namun beliau ada kongsikan tabiat tidur masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:-
  • 9 dalam 10 menderita 1 atau lebih masalah tidur
  • 78% risau tentang kesihatan akibat tidur yang tidak sempurna
  • 48% suka membaca buku, menonton tv dan mendengar radio sebelum tidur
  • 59% suka bersenam, 48% mempunyai kesedaran tentang meditasi
  • 46% perempuan (majoriti insomnia) lebih gemarkan solusi tidur secara natural

Encik Kerwin Chen, Pakar dan Penyedlidik Makanan turut menegaskan selain daripada persekitaran tidur yang selesa pengambilan makanan yang betul juga penting dalam memastikan kita mendapat tidur yang sempurna. Ini terutama diet yang sewajarnya diambil menerusi makanan yang disediakan di rumah.

ANCAMAN KEPADA TABIAT KURANG TIDUR
Sememangnya masalah kurang tidur ataupun tidur yang tidak sempurna boleh memberi kesan yang sangat berat. Ianya boleh mengundang kepada ancaman nyawa yang boleh membawa maut. Antaranya seperti:-

STROK (Angin Ahmar) - 4 Kali Lebih Tinggi
Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang dari 6 jam sehari berdepan dengan risiko di serang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama

OBESITI (Kegemukan) - 73% Lebih Tinggi
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang untuk menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi dikalangan orang yang kurang tidur.

KANSER - 47% Lebih Tinggi
Satu kajian yang telah dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang daripada 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.

JANTUNG - 1.45 Lebih Tinggi
Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. HAsil kajian mendapati bahawa orang yang kurang tidur daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap sakit jantung arteri koronari.

PRODUK TERBAIK AmLife
Menyedari tentang kepentingan tidur yang sempurna ini, AmLife telah memperkenalkan teknologi terkini yang dapat membantu kita mendapatkan kualiti tidur yang terbaik. Kenalkan siri AmPower Platinum yang serba baru dan Ampower Platinum Heat Sleep Mask, AmPower Platinum Beautifly Pillow dan AmPower Platinum Blanket.

AmPower Platinum Pillow

AmPower Platinum Pillow diperbuat daripada teknologi platinum eksklusif yang telah direka secara ergonomik.Melalui penggunaan harian, ianya dapat melindungi tulang belakang melalui detoksifikasi otak semasa tidur. Kita akan dapat merasai kesannya jika menggunakan secara konsisten untuk tempoh yang panjang. AmPower Platinum Pillow mempunyai 6 bahagian dan didalamnya terdiri daripada manik polimer yang mempunyai 4 jenis saiz, bentuk dan kelembutan yang berbeza. Secara tidak langsung ianya dapat memberikan kesan sokongan yang berbeza juga. Dan tidur diatasnya seperti kepala diurut-urut dengan selesa.

Ampower Platinum Blanket

The AmPower Platinum Blanket adalah 100% teknologi diperbuat di Jepun. Fabriknya ialah daripada gentian platinum dan juga kain kapas yang halus dan lembut apabila disentuh.

Antara kebaikan selimut ini adalah seperti yang dinyatakan didalam gambar di atas secara terperinci.

Amlife Hokutolite Blanket

Selimut yang dapat memberi keselesaan dan lebih tenang ketika tidur.


 Ampower Platinum Heat Sleep Mask

Ini merupakan rangkaian teknik anti-penuaan Platinum dari Jepun yang sememangnya dapat membantu melengahkan penuaan sel dan menjadikan kulit awet muda, serta dapat mengekalkan keremajaan dan kesihatan badan menerusi kebaikan tidur.


Tahniah kepada AmLife kerana telah memenangi Sebutan Kehormatan Hari Tidur 2019 dan juga Anugerah Aktiviti Unggul 2018 di Persidangan Tidur Sedunia di Vancouver Kanada pada 22 September 2019. Sebuah acara bertaraf antarabangsa yang menghimpunakan 352 wakil rasmi dari 53 buah negara dengan menjayakan 200 Acara Hari Tidur Sedunia.

Jom dapatkan tidur yang berkualiti, untuk kesihatan serta kesejahteraan yang berpanjangan!

Keterangan lanjut boleh layari www.amlife.com.my dan https://www.facebook.com/Amlife2u/
AmLife Raikan Hari Tidur Sedunia 2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 11, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Humang aihhhh, bestnya tengok blanket tu... memang perlu untuk saya ni Kak Ayu... dah masuk dalam kategori kurang tidur ni... kadang-kadang tu, dah la kurang tidur, dah sampai waktu tidur insomnia pulak... aduyaiiii... geram lak rasa... pastu, badan rasa lesu sebab kekurangan ketiduran gituuuuu... hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada produk Ampower ni. Boleh bantu dapatkan tido yang berkualiti

    ReplyDelete
  3. Wah menarik jugak Ampower Platinum Heat Sleep Mask

    ReplyDelete
  4. Moh la kita tidur yang cukup. Nanti esok takde la kepala terasa pening je. Ada juga kawan I yang susah nak tidur. Maybe boleh dapatkan produk ni.

    ReplyDelete
  5. kena cuba cukupkan tidur juga ni .. seram pula tgk statistik kematian tu boleh punca dari tak cukup tidur... hmmm tapi tu la kadang2 bila badan dah penat , tapi tak leh tido juga cmne la kan...

    ReplyDelete
  6. Kalaulah ada rezeki lebih nak juga miliki produk Amlife ni..sangat bagus tu, mesti tidur selesa kann..

    ReplyDelete
  7. Kalau ada rezeki bolehlah saya cuba beli produl2 Amlife ni untuk dapatkan tidur yang berkualiti. Dah jadi mak ni faham sajalah tidur mana pernah cukup kan

    ReplyDelete
  8. penting memang penting. bukan bab katil sahaja. tidur yang berkualiti memang pengaruhi kesihatan. yang dlm sachet tu kena cek dulu ramuan dia elok, baru blh amalkan.

    ReplyDelete
  9. Memang penting tidur berkualiti nie untuk kesihatan fizikal dan mental. Rawlins nie ngah cari tilam yang best agar tidur lebih berkualiti

    ReplyDelete
  10. gojes purple!!!
    tido is tips utama kalau nak sihat yg total.
    buat la pe pon, if tak tido cukup, takkan sukses.
    masa tu la badan & otak kita berehat.
    kesedaran gini sgt penting dan bagus.

    as for me, before 11 mlm da tido, ayu.
    bangun kul 5 pagi. weekends and weekdays tu la dia jadual.
    alhamdulillah la. mcm cukup dah kan :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  11. Baru tahu wujudnya hari tdo sedunia huhu. Paling berkenan dgn Amlife pillow tu tapi harga mesti bukan beshe beshe kan...

    ReplyDelete
  12. Seronok pula tengok produk Amlife ni nak try usha la nanti hee baru tahu ada Hari tidur sedunia bagus juga ada kesedaran mengenai tidur yang berkualiti

    ReplyDelete
  13. Bagus sgt ni bagi sesiapa yg ade masalah sukar tido. Thank you ayu sbb kongsi kebaikan AmLife

    ReplyDelete
  14. I need more deep sleep and hope that the pillow can help.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.