Ella Dilantik Menjadi Duta Kepada Jenama SABELLA Fesyen Muslimah #bajutanpagosok
Ella Dilantik Menjadi Duta Kepada Jenama SABELLA Fesyen Muslimah #bajutanpagosok - "Benda Tak Payah Gosok, Buat Apa Nak Gosok", berilah apa sahaja pekerjaan kepada golongan wanita dan sememangnya mereka boleh lakukan tetapi aktiviti menggosok bukanlah satu aktiviti yang memberi keseronokan. Hah! Yerp apatah lagi kini kita mempunyai pilihan untuk menyarung pakaian yang cantik dan berkualiti tanpa perlu digosok dan langsung tidak berkedut. Bukankah ini sesuatu yang sungguh menyeronokkan??
Dan SABELLA jenama yang ada menawarkan busana muslimah yang cukup cantik, menarik dan tanpa perlu digosok yang boleh kita dapatkan melalui pembelian di atas platform online samada menerusi website mahupun daripada dropship-dropship yang telah dilantik.
SEJARAH SABELLA
Semuanya bagaikan sudah tertulis kerana sejak tahun 2016 apabila jenama Sabella mula mengorak langkah hingga dikenali oleh pasangan suami isteri, Mohd Sufian Sulaiman (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Siti Fatimah Abd Samat (turut dikenali sebagai Siti Sabella dan juga sebagai pengasas). Mereka pada mulanya telah memilih untuk bermula dari bawah tanpa menggunakan pengaruh popular termasuk di kalangan artis. Bagaimana untuk tahun 2020 kelainan diicari dengan menjalinkan kerjasama sulung diantara Sabella dan Ella dan sekaligus membuka ruang untuk terus melebarkan jenama ini ke peringkat yang lebih membanggakan.
Oh ya! Nama Sabella sebenarnya diambil dan diilhamkan daripada nama anak kedua Sufian dan Siti Fatimah iaitu Faiqa Salsabila.
Busana dari jenama Sabella bermula dengan hanya daripada sebuah mesin jahit sahaja. Sabella bermula dengan cetusan idea daripada pengasasnya iaitu Puan Siti Fatimah Abd Samat atau lebih dikenali sebagai Siti Sabella. Sejarah Sabella bermula apabila sebuah keluarga kecil dari kampung berpindah ke bandar demi mencari sesuap nasi. Akibat kesempitan hidup sebagai miskin bandar, Puan Siti Sabella bersama pengasas bersama Sabella iaitu Tuan Sufian Sulaiman terpaksa memberi anak mereka minum susu pekat manis sebagai ganti kepada susu biasa. Puan Siti Sabella bertekad untuk membantu suami bersama-sama mengubah nasib mereka. Paling tidak pernah dilupakan di mana Puan Siti pernah menjahit baju 100 pasang sehari sehingga jari tangan beliau bengkak teruk.
Namun kesulitan dan cabaran yang dihadapi tidak pernah mematahkan semangatnya. Dengan tekad dan azam yang kuat, pada tahun 2016, Puan Siti Sabella mula mengorak langkah menjalankan perniagaan secara serius dengan niat ingin membantu semua suri rumah yang senasib dengannya pada ketika itu. Bermula secara kecil kecilan dengan hanya mempunyai 10 orang dropship yang terdiri daripada keluarga terdekat, Sabella kini berjaya memiliki 13,000 orang dropship dari seluruh Malaysia dan kilang sendiri berkeluasan 30,000 kaki persegi bagi menampung permintaan pelanggan yang sangat tinggi.

Sabella begitu dikenali dengan tagline “#bajutanpagosok” telah menjadi viral di kalangan peminat fesyen muslimah di seluruh Malaysia. Baju Sabella sesuai untuk semua peringkat umur. Dan untuk pengetahuan semua, Sabella juga membuka peluang pada wanita di luar sana terutama buat suri rumah dan wanita berkerjaya sama-sama menjana pendapatan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi keluarga dengan menyertai program perniagaan sebagai dropship secara PERCUMA.
ELLA DILANTIK SEBAGAI DUTA SABELLA
Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 53, sendiri yang ditemui pada sidang media Sabella x Ella di The Love @ Matic, KL sendiri cukup optimis dengan kerjasama terjalin.
Saya sendiri menyokong apa yang diusulkan Sabella yang bertujuan membantu masyarakat menceburi perniagaan sekali gus memberi variasi dalam pakaian muslimah dengan harga berpatutan dan mampu milik. Ia seperti dakwah kecil saya dan jenama ini dalam menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat.
Proses berjalan dengan mudah kerana mengambil masa yang singkat. Ia bagaikan dirahmati dan dipermudahkan. Jika selama ini mereka tular dengan baju tanpa gosok ingat Sabella, lepas ini ingat Sabella... jangan lupa mimpi Ella sekali okey,
Diusik dengan persoalan apakah beliau menerima bayaran lumayan untuk tugas sebagai duta jenama itu, Ella hanya tersenyum manja.
Sementara itu, Mohd Sufian Sulaiman pula melihat pemilihan Ella seiring dengan penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai pentas seni.
Tambah Mohd Sufian, pihaknya telah mula menyunting Ella pada akhir tahun lalu.
KEISTIMEWAAN SABELLA
Seperti sedia maklum, Sabella merupakan pengeluar baju Muslimah tanpa gosok nombor satu di Malaysia. Sabella bukan sahaja menjual busana Muslimah yang menepati cita rasa wanita Muslim bahkan turut membuka peluang perniagaan kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah secara percuma. Program dropship ini memang sangat menarik. Sehingga kini siapa sangka Sabella telah melahirkan tiga jutawan dan sekaligus telah membantu hampir 13,000 orang untuk menjana pendapatan.
Pemilihan Ella sebagai duta sememangnya dapat terus membakar semangat serta membantu rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memakai busana Muslimah yang berkualiti dan dijual pada harga berpatutan.Peluang ini ternyata mampu melahirkan ramai jutawan yang dapat menjana pendapatan.
Pihak pengurusan Sabella sangat mengalu-alukan dan membuka ruang kepada masyarakat di luar sana untuk menambah pendapatan.Carnaya dengan menyertai Sabella sebagai dropship secara percuma!
Macam saya katakan tadi, matlamat dan visi Sabella cukup jelas dan itu sendiri sudah menjadi tarikan magnet untuk berlaku kerjasama ini. Melihat anak muda yang ingin membantu masyarakat dan berdakwah dengan penghasilan baju Muslimah, ia sememangnya harus dicontohi oleh semua usahawan lain. Apatah saya sendiri juga menceburi dunia perniagaan.
Banyak perkara sebenarnya yang buat saya sendiri jatuh hati dengan Sabella. Namanya pun sudah dekat dengan nama Ella. Rekaan yang dikeluarkan juga sangat cantik dan kemas, selain mampu dibeli buat semua golongan termasuk pelajar universiti. Pendek kata sesuai untuk semua peringkat usia. Bab bayaran itu, saya rasa tak perlu untuk dikongsi umum. Cuma jumlah yang dipersetujui membuatkan kedua dua belah pihak gembira.
Sementara itu, Mohd Sufian Sulaiman pula melihat pemilihan Ella seiring dengan penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai pentas seni.
Jenama Sabella juga mahu menjadi pilihan yang relevan sampai bila bila seperti Ella. Kelompok peminat Ella sendiri bukan hanya daripada golongan dewasa, malah generasi muda turut mengaguminya.
Begitu juga impian kami supaya dapat terus diterima dalam tempoh yang panjang. Kontrak Ella bermula Februari lalu untuk tempoh setahun. Insya-Allah kerjasama ini akan diteruskan dari tahun ke tahun.
Ella dilihat antara artis pilihan yang dapat membantu Sabella berkembang lebih maju ke hadapan. Setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak pengurusan Sabella, kami mula menghubungi pihak Ella pada Januari lalu. Kami mula berjumpa untuk mengenali antara satu sama lain pada bulan lalu. Dalam pertemuan pertama itu, alhamdulillah maklum balas diterima sangat positif antara Sabella dan Ella.
KEISTIMEWAAN SABELLA
Seperti sedia maklum, Sabella merupakan pengeluar baju Muslimah tanpa gosok nombor satu di Malaysia. Sabella bukan sahaja menjual busana Muslimah yang menepati cita rasa wanita Muslim bahkan turut membuka peluang perniagaan kepada suri rumah untuk menjana pendapatan dari rumah secara percuma. Program dropship ini memang sangat menarik. Sehingga kini siapa sangka Sabella telah melahirkan tiga jutawan dan sekaligus telah membantu hampir 13,000 orang untuk menjana pendapatan.
Pemilihan Ella sebagai duta sememangnya dapat terus membakar semangat serta membantu rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memakai busana Muslimah yang berkualiti dan dijual pada harga berpatutan.Peluang ini ternyata mampu melahirkan ramai jutawan yang dapat menjana pendapatan.
Pihak pengurusan Sabella sangat mengalu-alukan dan membuka ruang kepada masyarakat di luar sana untuk menambah pendapatan.Carnaya dengan menyertai Sabella sebagai dropship secara percuma!
Cantik-cantik baju di Sabella tau. Antara yang mencuri hati saya ialah Vella Suit ini, harganya RM79 sahaja. Giler murah, berbaloi, cantik dan paling penting tak pergu gosok. Yesza!!
Ella Dilantik Menjadi Duta Kepada Jenama SABELLA Fesyen Muslimah #bajutanpagosok
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 14, 2020
Rating:
Masa kak pergi event ni barulah tahui mengenai jenama ini yang memang mampu milik.. Dah tengok dan nampak selesa apatah lagi baju tanpa gosok.
ReplyDeleteKak baju dia memang kena dengan Ruby. Suka suit gini dan harga berpatutan. Best!!!
ReplyDeletebaju sabella ni mmg za suka sbb design cantik, tutup aurat, material pun sedap pakai...harga pun berpatutan sgt....and best sbb ada plus size...hihih
ReplyDeleteWah...berkenan gak tengok design sabella ni.. sesuai sabgat Ella jadi Duta.. TB pun rasa berkenan pulsk tengok
ReplyDelete