MinNature Malaysia: Galeri Miniatur Yang Menarik Dan Unik

MinNature Malaysia: Galeri Miniatur Yang Menarik Dan Unik- Sebagai rakyat Malaysia memang saya sangat kagum dengan budaya, tradisi serta pembangunan negara tercinta. Apatah lagi Malaysia sememangnya kaya dengan warisan dan sejarah lama. Lebih mengujakan satu galeri khas telah dibina dengan melakarkan semula rekaan bentuk pembinaan bersaiz mini mengenai apa yang menarik tentang Malaysia.

 Ianya dikenali sebagai MinNature Malaysia. Oh ya! Bermula dari 3 Mac 2020, Magnificent Miniatures Sdn Bhd telah membuka galeri MinNature Malaysia kepada orang ramai untuk melihatnya sendiri keindahan senibina mini yang unik. Dan galeri ini terletak di JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Mr. Wan Cheng Huat selaku Pengarah Projek berkata,
Pembukaan rasmi MinNature Malaysia awal tahun 2020 tepat pada masanya; sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020. Pengunjung akan mendapatkan gambaran keindahan dan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia.
Galeri ini terletak di Tingkat 1, di mana pengunjung akan dapat melihat sendiri lebih daripada 100 bangunan warisan dan ikonik begitu juga dengan 10,000 miniatur yang telah dimasukkan ke dalam pameran seluas 13,000 kaki persegi.

Pameran ini akan memberikan pelbagai maklumat serta cerita yang menarik ianya diumpamakan kita membaca satu buku 3 dimensi.
Ibarat kita pulang ke Malaysia  dan melihat begitu banyak tempat yang indah untuk dikunjungi, dan dengan maklumat yang disediakan, anda boleh merancang perjalanan cuti masa depan anda di sana.Kami menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung untuk tahun ini kerana kami berada di lokasi yang strategik.
Sememangnya pameran ini adalah satu-satunya di Malaysia yang dapat memberikan pengalaman yang benar-benar unik dan menarik. Sekaligus memberi peluang kepada pengunjung tempatan untuk mengenali lebih lanjut mengenai asal-usul negara tercinta.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini pameran MinNature ini terletak di Summit USJ, Subang Jaya. Pemindahan MinNature Malaysia ke JUMPA @ Sungei Wang Plaza merupakan satu langkah yang strategik dan juga sinergi yang baik apatah lagi dengan inisiatif penjenamaan pusat membeli-belah ini.

Kronologi Pembinaan MinNature
Bab Satu – Pengasas
Pada tahun 2008, pengasas MinNature, Wan Cheng Huat,mendapat idea ini yang baginya agak luar biasa. Tetapi cabarannya agak besar memandangkan beliau  tidak memiliki apa-apa pengalaman dalam bidang seni kraf diorama atau miniatur. Beliau telah berkongsi idea dengan kawan rapatnya, Nicholas Ong, dan mereka berdua mula mengembangkan idea tersebut serta cuba mencari dana untuk membiayai projek ini. 5 tahun berlalu dan pada masa yang sama mereka masih belum dapat apa-apa sokongan dari bentuk kewangan dari mana-mana pihak. Mereka mula menyedari bahawa impian ini mungkin sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Bab Dua – Rakan Sepasukan
Wan dan Ong telah mengambil masa dengan membuat analisa serta strategi baru demi menjayakan impian. Mereka mula mencari rakan-rakan rapat untuk berkongsi akan keunikan projek sebegini untuk membina satu dunia mini bagi semua orang dapat menikmatinya. Dan dalam tempoh tiga bulan, mereka berjaya mengumpul kesemua dana yang diperlukan. Daripada dua orang mereka membentu satu pasukan yang besar rerdiri daripada Chan Chee Wing, Loong Yik Hoe, Benjamin Wan dan Ong Kian Ming. PAsukan ini mengambil masa lebih kurang 1 ½ tahun untuk belajar pemodelan 3D dan pencetakan 3D. 

Apa yang menjadikan proses ini lebih rumit adalah mereka tidak ada apa-apa pengalaman
dalam pemodelan 3D atau pencetakan 3D, mereka terpaksa belajar dari peringkat asas sehingga ke tahap pakar (expert) semasa proses pembuatan model-model mini. Mereka mengambil masa lebih dari 8,000 jam untuk pemodelan 3D dan lebih daripada 113,400 jam dalam percetakan 3D. Untuk menjayakan ini, projek ini telah memiliki 10 pencetak 3D bersaiz kecil yang ditempatkan dalam satu bilik kecil seluas 60 kaki persegi.

Bab Tiga – Permulaan MinNature
Lokasi pertama MinNature adalah di Summit USJ dengan keluasan melebihi 17,000 kaki persegi.
Pembinaan MinNature mengambil masa 8 bulan dengan lebih 80 orang untuk menyiapkannya. Terdapat pelbagai aktiviti yang interaktif dan menarik untuk pengunjung-penunjung MinNature. Salah satu tarikan utama di MinNature adalah “centerpiece” Dataran Merdeka. Ia mempamerkan semua bangunan warisan yang mengelilingi tapak bersejarah ini. Bangunan-bangunan dan jalan-jalan dengan pencahayaan yang cantik, terdapat juga muzik iringan di latar belakang seolah-olah anda berada di bandar sebenar, jalan kakinya dipenuhi dengan model-model manusia mini.

Bab Empat – Permulaan MinNature Malaysia
Siapa sangka 3 tahun berlalu dan projek MinNaturemasih ingin diteruskani. Dan kini tapak lokasi baruMinNature adalah di JUMPA@Sungei Wang dan konsep lama pameran miniature telahpun
berkembang untuk menjadi konsep galeri warisan miniature Malaysia.

Konsep Yang Diperkenalkan Di MinNature
Konsep Minnature Malaysia berevolusi untuk memberi lebih tumpuan kepada keindahan budaya,
sejarah dan warisan Malaysia. Sememangnya Malaysia sangat kaya dengan sejarah, budaya dan warisan. Setiap model mini, yang kami bina atau hasilkan, mempunyai satu cerita
pendek yang diselitkan bersama-samanya.
Pembinaan fasa 1 dan 2 MinNature Malaysia mengambil masa 18 bulan. Antara ahli pasukan yang terlibat adalah “Masterbuilder” JaniceChin, Tan Hon Sen, Ng Jef Fre dan Brian Tan . Mereka ini terlibat dalam pembinaan semua struktur di tapakMinNature dan pemasangan model-model mini. Selain daripada “Masterbuilder” terdapat lebih daripada 30 karyawan tempatan serta antarabangsa yang terlibat dengan projek ini; 6 dari Malaysia, 4 dari Indonesia, 1 dari Singapura, 2 dari Negara Thai dan 18 dari Negara Cina. Setiap karyawan mempunyai kepakarannya tersendiri; daripada menghasilkan model-model manusia mini ke penghasilan model keretapi ke pembuatan pokok-pokok miniatur. Karyawan-karyawan MinNature Malaysia sememangnya memberikan ketelitian terbaik.

Koleksi Rasa Malaysia.
Di sini dipaparkan makanan-makanan yang sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia dalam bentuk miniatur. Ada sate, kacang-kacang, buahan potong dan pelbagai lagi. Kebanyakan makanan yang dipaparkan kita boleh jumpa dari penjual di kaki lima (street food).









Sangat comel dan unik! Korang akan kagum melihat hasil makanan mini yang dipersembahkan.

Mini Diorama Di Dalam Dinding Kaca
Antara feveret saya adalah pameran Mini Diorama Dalam Dinding Kaca. Konsep ini memberi pengunjung peluang untuk menyaksikan diorama-diorama di dalam bekas lut sinar kaca. Kita boleh lihat pelbagai suasana kehidupan masayarakat malaysia samada di kampung laut, pekan, gua dan pelbagai lagi.









Koleksi Pakaian Tradisi Masyarakat Malaysia
Terdapat juga minitur koleksi mempamerkan pakaian tradisi rakyat Malaysia.  Ianya juga dikenali sebagai “Rakyat Malaysia Dalam Pakaian Tradisi”. 

Seni Bina dan Bangunan Warisan Malaysia
Di bahagian inu  pengunjung akan dapat menyaksikan pembinaan bangunan warisan terkenal dan mercu tanda ikonik dari semua negeri- negeri Malaysia. Agak menarik kerana kita dapat belajar banyak tempat bersejarah hampir dari setiap negeri di Malaysia. Terutama pekan-pekan lama yang masih dikekalkan pembinaan lamanya.







Cantikkan!
Bandar Pulau Pinang, Perkampungan Desa, Dataran dan pelbagai lagi

Harga Tiket dan Waktu Operasi
Ada berita baik untuk semua, sempena pra-pembukaan MiNature Malaysia ada diskaun untuk harga tiket kemasukan tau! 


Untuk harga tiket adalah seperti berikut:-
Dewasa: RM15 (Harga Normale: RM25)
Kanak2 Dari 4-12 tahun: RM10 (Harga Normal: RM20)
Kanak untuk 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA

MinNature Malaysia
Jumpa @ Sungei Wang Plaza
MUF-1, Level 1
Tel: 6011-1009 9374

Waktu Operasi : Dibuka setiap hari, 10 pagi sehingga 10pm (kemasukan terakhir jam 8.30pm)

Keterangan lanjut boleh layari:
Website: http://minnature.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/MinNatureMalaysia/
MinNature Malaysia: Galeri Miniatur Yang Menarik Dan Unik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 07, 2020 Rating: 5

5 comments:

  1. Galeri miniatur ni memang menarik dan unik lah...rugi betul kalau tak pergi. Nasib baik saya jauh... haha... kalau tak memang dah melompat dah ambil peluang. Uhm...menarik juga kisah disebalik MinNature ni.. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  2. Interesting. I never heard of it before. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. za suka tengok org buat miniature ni.. memerlukan kesabaran tinggi dan juga bakat of coz.. nnt nak bawak anak lah utk menikmati kesenian ni...

    ReplyDelete
  4. Menarikk tempat nie..cuti sekolah plan nak bawak ank ke sinila..thanks kak ayu for your sharing..

    ReplyDelete
  5. Pada musim cuti sekolah pertama bulan ini bolelah bawa anak anak ke pameran jni bolehla mereka tahu tentang bangunan ikonik di Malaysia.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.