MoU Persefahaman Di Antara RICHLIST CLUB MALAYSIA dan MAXI WISE SDN. BHD. | Untuk Memperkenalkan Gaya Hidup Yang Memberi Lebih Manfaat
Sebagai peminat tangan berkualiti tentunya saya berasa teruja apabila mengetahui tentang TWI Watches sebenarnya sudah beroperasi di Malaysia. Pembuat jenama tangan esklusif ini cukup sinonim dalam penghasilan jam tangan bermutu tinggi, unik dan mempunyai gayanya yang esklusif. Tidak hairanlah, Tun Mahathir juga memiliki jam keluaran TWI Watches.
Koleksi jam hebat ini sebenarnya mempunyai kelab gaya mewah mereka yang tersendiri. Di Malaysia sehingga kini mempunyai ahli lebih kurang 80 orang. Namun demikian, kelab ini juga dibuka keahliannya di serata dunia sebenarnya. Untuk di negara China sahaja sudah mencecah 2000 orang ahli.
Kelab Gaya Hidup Mewah
Richlist Club Malaysia (RCM) adalah sebuah kelab gaya hidup mewah di Asia yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 April 2017. Untuk pengetahuan semua, matlamat utama kelab ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup dan aktiviti untuk ahli VIP mereka.
Aktiviti gaya hidup yang diperkenalkan memang hebat dan menarik. Antaranya seperti mempromosikan sukan air dengan melibatkan ahli-ahli kelab dalam acara belayar (pelayaran). Ianya membabitkan sebanyak 130,000 bot daripada 184 negara-negara yang mengambil bahagian. Selain itu, Melalui aktiviti seperti ini bukan sahaja membolehkan ahli VIP dapat berkenalan antara satu lama lain bahkan membuka peluang meluaskan perniagaan yang diusahakan.
Memorandum Persefahaman
Dan yang terkini. RCM telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maxi Wise Sdn Bhd di TWI Watches Clubhouse Asia Pacific Region yang terletak di Viva Home Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Menurut Presiden RCM, Cik Diana Loo,
TWI Watches dipilih untuk menjadi rakan sekutu mereka kerana produk berkualiti yang dihasilkan, terutamanya berlian semulajadi. RCM hanya menawarkan yang terbaik ahli VIP mereka dan TWI jam tangan sesuai dengan keperluan kami kerana identiti uniknya.
Turut hadir di majlis perjanjian persefahaman ini adalah Encik K.N. Moorthy, Gemologist daripada Jabatan Geologi Malaysia. Beliau juga bertindak sebagai Penasihat Watch TWI terutama didalam memastikan kualiti berlian sentiasa terjamin yang paling terbaik.
Lebih menarik RCM kini akan menyumbang sebanyak 10% daripada pembelian setiap pelanggan kepada PEKA. Ini adalah salah satu kolaborasi hebat yang mendekatkan lagi peranan masyarakat 'elit' khasnya dengan melestarikan kehijauan dunia.
Sepertimana yang kita semua jelas, NGO Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) yang diketuai oleh Presidennya, YBhg Puan Sri To 'Puan Datuk Dr. Shariffa Sabrina Binti Syed Akil seorang wanita yang berjiwa besar dan konsisten dalam mempertahankan hak alam sekitar dunia agar terus terpelihara. Di majlis ini juga Y Bhg Puan Sri sudi hadir membuat penampilan istimewa seterusnya menandatangani perjanjian kerjasama.
Melalui kolaborasi ini, sekaligus dapat melakarkan lagi beberapa aktiviti dan agenda antara dua pihak seperti bengkel, seminar, hari ahli kelab bersama alam sekitar dan pelbagai lagi.
Jam Tangan TWI Yang Esklusif
Jam tangan TWI menggunakan teknologi Swiss yang dihasilkan di Amerika. Seterusnya memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2018 dan kini pejabat HQ adalah terletak di Viva Home Shopping Mall.
TWI Watches adalah HANYA rantaian bersepadu kedai francais di Malaysia yang khusus dalam pembuatan jam tangan berlian semula jadi. Antara jenama utama yang dihasilkan oleh TWI Watches adalah seperti BrunoMagli, BM, Eric Von Sant, Akribos XXIV dan Armand Nicolet. Ciri utama dalam seutas jam tangan yang dihasilkan adalah ianya diperbuat daripada berlian semulajadi . Manakala untuk tali samada ianya dari kulit buaya dan sebagainya. Dan ianya juga menggunakan 316 keluli.
Antara koleksi TWI Watches seperti:-
Antara banyak koleksi di sini, saya paling suka...
Harga 12,900 USD :-)
Sangat cantik dan mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Tidak hairanlah TMI Watches, keluaran jamnya adalah 100% Trade in Value, which preserves the value of each watch, bring out the“permanent value guarantee, the ultimate life”
Untuk pertanyaan lanjut mengenai keahlian RCM, sila hubungi: -
Cik Diana Loo
Presiden
011-35151931
Datin Louis Loi
Naib Presiden
019-2968822
Haji Uzir Haji Abdul Samad
Penasihat Club Boutiqe Richlist
013-2461686
E-mel: - richlistclub@gmail.com
Laman web: - www.richlistclub.com
MoU Persefahaman Di Antara RICHLIST CLUB MALAYSIA dan MAXI WISE SDN. BHD. | Untuk Memperkenalkan Gaya Hidup Yang Memberi Lebih Manfaat
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 04, 2020
Rating:
No comments:
Sharing is caring...