Peminat Kucing Pasti Teruja Apabila Berada Di Pulau Meow Pekan Pahang

Antara destinasi yang menarik saya dan keluarga terjah semasa bercuti di Pekan Pahang baru-baru ini adalah Pulau Meow. Kawasan ini terletak bersebelahan dengan Sungai Pahang. Pengasasnya adalah arwah Tengku Lukman Nadzira yang telah menemui pencipta pada 14 Julai 2019. Ianya adalah dibawah kendalian NGO Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato Shamsiah Pekan-Meow Island yang mula ditubuhkan pada 8.10.2015.

Pembangunan dan pengurusan kucing serta haiwan lain di Pulau Meow ini adalah sumbangan  samada syarikat mahupun individu. Selain itu, sedikit caj juga dikenakan bagi mereka yang datang ke Pulau Meow ini. Di mana wang yang diperolehi ini akan digunakan untuk makanan dan perubatan kucing dan haiwan-haiwan lain di sini.

Sebelum sampai di perkampungan kucing, kita akan lihat sekumpulan itik-itik dan angsa berdekatan dengan kolam. Memang meriah!


Agak luas juga kawasan Pulau Meow ini. Kelihatan juga banyak rumah kecil yang dibina khas untuk-untuk kucing di sini. Di mana rumah ini adalah sumbangan daripada badan-abadan berkanun, persatuan pelajar di universiti dan banyak lagi.

Sebanyak lebih kurang 80 lebih ekor kucing di sini. Ke semua kucing di sini adalah kucing yang terbiar, di buang dan ada juga yang sakit.

Ada nurseri khas untuk anak-anak kucing dan juga kucing yang tidak sihat. Mereka akan dirawat oleh sukarelawan yang datang ke Pulau Meow untuk membantu menguruskan kucing-kucing di sini. Saya sempat menemubual beberapa sukarelawan ketika berada di sana. Ada dikalangan mereka yang datang dari UK, Jerman dan juga US. 

Biasanya mereka akan berada di sini berminggu-minggu. Saya difahamkan ada yang mencecah 4 bulan lamanya. Selain daripada menjaga kucing di sini, sukarelawan ini juga bersama-sama membangunkan serta memelihara kawasan Pulau Meow agar sentiasa terjaga,


Bagi anak yang memang sukakan kucing, mereka akan menjadi begitu teruja. Apatah lagi kucing di sini begitu jinak dan sangat manja.


Tidak kira usia tua dan muda, bangsa dan agama bagi mereka yang sukakan kucing pasti teruja apabila dapat bermain dengan mahkluk comel ini di sini.

Bersama Mak Engku iaitu kakak kepada arwah Tengku Lukman yang mengambil alih penjagaan Pulau Meow ini.

Saya sempat bertemu dengan Dewi, kambing yang agak nakal dan lincah di sini.

Apa uniknya tentang Dewi ini, dia cukup sukakan makanan kucing. Mungkin sebab membesar bersama kucing, biarpun kambing beliau mampu menikmati makanan kucing dengan penuh berselera. Siap berebut lagi, hiks.



Banyak juga dana wang yang diperlukan setiap bulan bagi menanggung kos makanan dan perubatan semua kucing di sini.

Moga segala yang diusahakan oleh arwah diteruskan ke legasi seterusnya. Dan "Pulau Meow" akan terus menjadi tarikan pelancong samada dalam negara mahupun luar untuk datang berkunjung ke sini.

Untuk sumbangan boleh melalui :-
Akaun maybank no: 556235308411
Atas nama Pertubuhan Perlindungan Kucing Dato’Shamsiah Pekan

Untuk keterangan lanjut mengenai boleh layari:-
https://www.facebook.com/tompok.luke

Peminat Kucing Pasti Teruja Apabila Berada Di Pulau Meow Pekan Pahang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.