Syawal Showcase Bahari Asyek 2020
Sudah lama saya tidak menyaksikan pertunjukan fesyen baju kurung tradisi. Dan kali ini apabila saya dijemput oleh Butik Bahari Asyek untuk melihat sendiri koleksi syawal tahun 2020 memang membuatkan saya teruja. Ini kerana butik ini cukup popular dalam memperkenalkan baju kurung tradisi daripada pelbagai jenis fabrik serta corak.
PENGENALAN KEPADA BUTIK BAHARI ASYEK
Oh ya! Butik Bahari Asyek (BA) kini sudah berusia 12 tahun usianya. Untuk pengetahuan semua, Bahari Asyek ditubuhkan dari hasrat dan minat kecintaan terhadap seni dan warisan. Jika dilihat pada maksud nama BAHARI itu sendiri yang membawa maksud barang lama, yang silam, warisan lama dan bahan lama dipinggirkan.
Manakala ASYEK memberi maksud suka, jatuh cinta, terpegun dan terpesona. Kesimpulannya BAHARI ASYEK bermakna 'Jatuh cinta kepada warisan tradisi bangsa'.
Ini adalah salah satu Butik Bahari Asyek yang terletak di Hotel Concorde Shah Alam. Sangat kemas dan luas. Ada pelbagai jenis koleksi pakaian terutama kurung tradisi yang boleh didapatkan di sini.
Encik Jailani Ab Ghani (Pemilik Bahari Asyek) turut menyampaikan tanda penghargaan dan juga terima kasih kepada semua tetamu yang menghadiri majlis pertunjukan fesyen anjuran butiknya.
Sebelum pertunjukan fesyen bermula, persembahan gimmick daripada Puan Zahalina selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek. Diikuti pula persembahan tarian adik-adik manis yang cukup menghiburkan.
Lagu 'Bagaikan Sakti' disampaikan penuh bertenaga oleh pelajat UITM Iskandariah. Mantap sungguh suara dia!! Suka saya mendengarnya.
KOLEKSI SYAWAL 2020
Sebanyak 32 rekaan baru yang disediakan untuk koleksi syawal 2020. Seperti kita maklum Bahari Asyek sememamgnya cukup terkenal imej warisan dan tradisional. Kelainannya untuk setiap koleksi adalah bergantung kepada sentuhan akhir ciri busana itu sendiri terutama dari segi pengemaskinian terhadap corak, fabrik, sulaman dan sedikit ubah suai bagi ianya sesuai dengan pemakaian harian.
Antara 17 rekaan baru yang sempat saya saksikan didalam pertunjukan Syawal Showcase 2020 yang bakal diketengahkan untuk jualan raya tahun ini.
- Kurung Moden Puspa - koleksi ini diinspirasi daripada kurung moden pada zaman retro 70-anyang mana warna terang digunakan berserta butang-butang besar yang diketengahkan bagi menampakkan gaya yang lebih ranggi, lasak dan lincah.
- Kurung Kuno Kapas - antara rekaan yang menjadi kegemaran dari Bahari Asyek. Cuma untuk koleksi Syawal 2020 fabrik yang digunakan adalah daripada kapas india dan teknik hand block.
- Kurung Riau Cotton Raw Silk Berperada Emas - Kurung riau menggunakan teknik chop, hand block dengan prada emas tentunya menaikkan seri busana.
- Kurung Riau Tenun -menggunakan bahan tenun tangan bercorak garis halus yang ditempah khas dengan warna prime yang sentiasa menjadi permintaan ramai.
- Kurung Poket Dua
- Kebaya Pahang Cotton Chop - inpirasi daripada baju kebaya lama berbunga telepok dengan menampilkan kebaya pahang dengan menggunakan fabrik cotton menggunakan teknik hand block dengan perada (serbuk emas).
- Kurung Tun Fatimah - kurung voil kembang dan memberi kesan beralun apabila pemakai bergerak/melangkah.
- Kurung Sultana - kurung voil yang sentiasa diminati terutama mereka yang berbadan besar. Didatangkan dengan motif 'mata ikan' dengan kombinasi bawahan dari corak ikan.
- Kurung Kelasi - kurung linen kelasi ini adalah inspirasi daripda kelasi yang dalam pelayaran. Dengan rekaan kurung yang mempunyai leher dapat berfungsi melindungi leher dari terdedah daripada panas mentari. Menggunakan corak jalur linen yang sememangnya sangat sesuai dengan cuaca panas terik.
- Kurung Archipelago - rekaan kurung versatile yang menggunakan 6 kekek kiri dan kanan ini sebenaranay mewakili jujukan kepulauan melayu di Nusantara.Untuk lebih ranggi, fabrik denim telah digunakan.
- Kurung Dandia - diinsipirasikan dari baju lelaku gujerat yang diolah dengan pendekatan baju melayu, Menggunakan fabrik Thai Silk menjadikan baju ini kelihatan mewah.
- Kurung Moden 'Rosalinda' - kurung moden dengan fabrik brocade yang sememnagnya dapat menyerlah si pemakai.
- Kurung Kuni Bintang Seribu - Istimewanya sulamannya yang ditempah mengikut rupabentuk bintang. Kombinasinya memang sungguh cantik dan klasik.
- Kebaya Riau Cengkih - kebaya riau menggunakan fabrik brocade yang ditemopah khas bermotifkan rempah ratus cengkih.
- Kurung Tun Teja- - kebaya ini menggunakan fabrik brocade yang setentunya nampak lebih mewah.
- Kebaya Cik Siti Wan Kembang - kebaya yang menggunakan songket bermotif bunga pecah4 dengan rekaan jalur lebar di bahagian bawah.
- Kebaya Dayang Senandung - kebaya yang mempunayi 17 butang, fabrik cotton silk yang bermotifkan polka dot.
Senarai diatas memang rekan terbaru untuk tahun 2020. Dan untuk Syawal Showcase 2020 ini turut menampilkan rekaan tahun sebelumnya atas permintaan yang cukup tinggi. Antaranya seperti Kebaya 4 Dara, Kebaya Siti Zaleha, Kurung Kedah Sunti dan Kurung Kedah Seri.
Berikut adalah TOP 3 rekaan kegemaran saya :-)
Seindah mata memandang, menyerlah keayuan ibarat wanita melayu terakhir.
Burung merpati kepak bersilang,
Turun ke bendang memakan padi,
Simpan di peti takutkan hilang,
Baik disimpan di dalam hati.
Syabas team Bahari Asyek. Memang terbaik rekaan untuk Syawal 2020. Masih mengekalkan konsep rekaan tradisi, namun diberi juga sentuhan versatile sesuai dengan pemakaian masyarakat melayu hari ini.
Jom dapatkan baju raya di sini!!
Untuk keterangan lanjut boleh layari:-
Syawal Showcase Bahari Asyek 2020
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 13, 2020
Rating:
No comments:
Sharing is caring...